tadi mak sms; 'makin lama kemeriahan syawal makin tak terasa, makin lama kemeriahan syawal hanya mengundang hiba, walaupun 5 pasang baju dah pun ku sedia, tapi di dalam hati tetap terasa sayu dan lara'.
isk! isk! menitik sikit airmata saya! mak dengan abah nie, kalau pasal buat ayat2 syahdu memang king n queen. tak leh lawan la. tapi dalam syahdu2 tu sempat jugak gitau baju raya 5 pasang. tergelak saya!
sms mak tu buatkan saya teringat zaman kecik2 dengan adik2. baju2 raya nie memang toksah risau la. mak saya sikit lagi capai tahap profesional tailor. dia cuma bersara awal jer. :D dari awal tahun sampai la dekat nak raya, berpasang2 baju2 raya kitorang mak jahit. tapi malangnya skill tu tak menurun pulak kat saya.
dalam sibuk menjahit tu, sempat jugak setelkan kuih raya, ketupat, juadah2 raya. memang kagum dengan mak. tempahan jahit berlambak2, keje2 rumah setel, tak letih ker... bab ketupat nie saya paling nak tergelak dengan abah. masa mula2 dia tak pandai anyam ketupat. mak pulak tak pandai nak ajar. tapi semangat abah nak belajar jugak buat ketupat tu begitu tinggi. kadang2 sampai tahap merajuk la dengan mak sebab mak tak nak ajar. hahaha! akhrirnya, berkat kesungguhan abah, dia berjaya jugak belajar anyam ketupat. belajar sendiri! dan caranya pun senang pulak tu. saya lebih paham cara abah dari cara mak. :D (nasib baik mak tak pandai baca blog. hahaha!
kemeriahan bulan puasa terutamanya dekat2 nak sambut raya masa kecik2 memang tak boleh lupa. tapi lama2, sejak abah dan mak kena pindah sabah 5 tahun, kemeriahan tu hilang sikit demi sikit. selama 5 tahun tu jugak la kitorang adik beradik beraya sendiri2 jer. pagi raya nangis2 call mak dan abah. rasa macam student oversea pulak. :D lama2 dah biasa. sampai dah tak kisah sangat dengan hari raya. yang penting dapat berpuasa dan semoga ibadat tu diterima sempurna dan diterima Allah. baju2 raya tu semua saja jer nak meraikan kemeriahan tu... tak ada apa sangat pun. tak raya pun tiap2 bulan saya ada baju raya. :D
tahun nie saya beraya kat rumah mertua. tak sabar tunggu tahun depan... nak buat kuih kelapa dan kuih kacang dengan mak. nak raya sama2 dengan mak dan abah. tahun depan insyaAllah tambah meriah dengan bakal si comel saya. heeheehee....
kenangan raya pulak!
duit raya!
tahun nie juga saya amat bermurah hati memberikan duit raya pada anak2 semua ofismate saya. first time! sampai diorang pun kagum sekejap. hahaha! tapi akhirnya diorang tau juga niat sebenar saya... supaya diorang mendoakan ahli keluarga baru saya yang bakal muncul beberapa bulan lagi sentiasa sihat dan sempurna selama masih berada di alam roh dan semoga tahun2 seterusnya diorang akan bagi duit raya kat ahli keluarga baru saya tu juga nanti. hahaha! sungguh tak ikhlas! :D
tapi tak tau la naper, tahun nie saya amat gembira memasukkan duit2 raya yang tak seberapanya tu satu persatu ke dalam setiap sampul. kalau tahun2 lepas tu rasa nak bagi yang wajib2 dan dekat2 jer. tapi tahun nie rasa macam nak bagi semua budak2 jer. isk! naluri keibuan sungguh. my hubby pun tersenyum sumbing.
tak per...kan bersedekah tu dituntut... sampai jadi salah satu bekal bila dipanggil Khaliq nanti. tapi satu benda yang saya selalu nak tergelak. orang kita nie kebanyakannya cuma pandang 'sedekah' tu waktu bulan puasa jer. tak pun waktu bayar zakat. selain dari bulan puasa, semuanya rasa berat sangat. teringat my buddy dulu selalu pesan, kalau nak sedekah pun berpada2, tengok orang, tengok keadaan. tak boleh nak manjakan sangat. waktu tu dia cakap macam tu sebab tengok saya nie pemurah sangat. abih, kalau yang datang tu buta, kaki kudung sebelah, pendek kata memang tak cukup sifat la. saya tak nampak saya ada kemampuan lain untuk bantu ringankan bebanan diorang. jadi apa yang saya mampu, itu la yang saya akan hulurkan. kalau saya tak ada duit hari nie, esok saya boleh cari lagi, lusa saya boleh usaha lagi. tapi diorang? ntah apa la yang diorang makan...
tak per la.. bagi saya mana yang saya mampu, saya bantu. mana yang saya tak mampu, saya doakan diorang akan bertemu orang2 yang lebih mampu dari saya untuk bantu diorang. semoga di akhirat nanti, berkat kesabaran dan ketabahan diorang, Allah akan berikan balasan yang selayaknya. dan hanya Dia yang Maha Sempurna. dan semoga kita semua tergolong di dalam golongan orang2 yang bersyukur... Amin....
shopping raya!
konon2nya tahun nie malas nak beli baju raya sebab tahun nie saya asek beli baju jer. hampir setiap even saya akan beli sepasang baju baru. dah la tahun nie saya ada macam2 event. baik event ofis, event famili. tapi bila my hubby beli baju melayu baru sabtu lalu, kaler baju yang saya tak ada pulak tu, 'terpaksa' la saya dengan gembiranya membeli baju baru yang sama kaler jugak. maklum la sehati sejiwa... hehehehe!
my sis cakap, orang perempuan yang asek nak pakai baju sama kaler dengan husband dia nie jenis queen control. isk! kalau yang queen tu saya admit. yang control tu pulak setakat nie tak pernah berlaku lagi la. dan harap2 saya bukan golongan tu. bagi saya, walaupun saya nie queen dalam rumahtangga, my hubby tetap king forever. err...tapi kalau main chess pun memang queen yang lebih bebas ke sana ke mari protect king dia kan? *sigh...
tapi tahun nie saya beli banyak sangat kuih raya dan semuanya saya bahagi dua. separuh bawak balik kg. hubby, separuh lagi nak bawak balik kg. saya sendiri nanti. saya punya sendiri?? err..tahun nie tak der plan la nak buat rumah terbuka.. tapi kalau agak2 nak buat nanti saya akan announcekan pada semua jemputan konsep 'pot luck'! hahahaha! jimat pun jimat. jemput datang rumah tak semestinya kena jamu makanan. jemput datang jer...hehehe...boleh camtu?
sekarang nie saya dah kat kg. hubby. sepanjang perjalanan dah terbayangkan tangan yang lenguh mengacau dodol, memukul adunan bahulu. rupanya sampai2 jer semua dah siap sedia. fuh! luv u la mummy n daddy! hehehe!
mindset orang kita
semalam saya ada presentation di TH. proposing new tech utk kegunaan pelanggannya yang berjuta2 tu. apa yang saya nak cakap kat sini ialah mindset orang kita nie. bila sebut jer golongan berusia emas, macam2 la kelemahan diorang yang diisukan. 'nampak ker diorang? mata diorang nie dah rabun dah', 'boleh ker diorang belajar?', 'pandai ker diorang guna?', 'ingat ker diorang?' padahal yang bertanya tu pun lebih kurang jer umurnya. tak paham aku.
pernah tak diorang terpikir, golongan berusia sekarang nie zaman millenium punya orang tua2. zaman alaf baru. dah advance dah. kadang2 ada yang lebih advance dan lebih cepat belajar dari yang muda2 nie. kalau tak dimulakan dari awal, macam mana nak tau? kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya?? sudahnya alasannya 'belum bersedia'. ntah bila baru bersedia pun tak tau la. mana la tak berpuluh2 tahun tapi macam tu jugak takuknya. jumud sangat. mind tu tak nak dikembangkan. tapi kononnya 'seiring perkembangan teknologi terkini'. hee..sungguh tak paham.
saya bukan marah sebab proposal tu direject 'buat sementara waktu' tapi kelakar dengan alasan yang diberikan. langsung tak boleh nak dicernakan oleh otak saya nie. bukan la jugak tak boleh nak terima alasan orang langsung, tapi kalau nak bagi alasan tu biar la yang sesuai sikit dengan tahap profesionalismenya tu...hm..mindset..mindset..
Yang ditunggu hampir tiba
8/9 hari tu saya buat check-up kat poliklinik umra, shah alam. saja nak mengesahkan sesuatu yang sudah lama dinanti2kan. jawapannya - POSITIF! alhamdulillah... hepi tidak terkata. my hubby tersengih2 tak henti2. risau pulak rahangnya tak boleh tutup pulak nanti. :D
excited! no other words. just excited! saya dan hubby dah preparekan beberapa nama yang sweet2 n of course dengan maksud yang indah2. insyaAllah... semoga jadi anak ayah dan umi yang sihat dan sempurna, soleh dan solehah dan sentiasa tunduk dan menyerah. amin...
setelah sekian lama...
salam untuk semua.
setelah lama bertapa di dalam gua, akhirnya tibalah masa untuk saya keluar menghirup udara blog semula. uish! banyak kena belajar balik nie. my last entry dekat my last blog (yang aku dah tak ingat username dan passwordnya tu) pun last year. hahahaha! mari kita kembali memblog! *wink!
