RSS

sentap yang tersedar

sepanjang bulan puasa nie, ada 2 citer yang me n hubby suka tengok --> Pencari Tuhan n Geng Surau. Pencari Tuhan nie citer indon while Geng Surau nie citer melayu. dua2 citer nie mesej utamanya sama --> untuk menggambarkan bahawa surau tu bukan sekadar sebuah bangunan ibadah tapi juga penuh dengan pelbagai citer yang menghiburkan.


tapi...!

pengisian kedua2 citer nie sangat2 la berbeza. ibaratnya jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi. akhirnya, me n hubby tak leh miss langsung citer Pencari Tuhan tapi tak kisah pun kalau tak tengok Geng Surau.

naper?

kita cerita pasal Geng Surau dulu. watak utamanya 4 orang; sorang imam, sorang cikgu, sorang orang kampung n sorang budak nakal yang nak jadi baik. watak budak nakal nie me ok lagi. but me can't stand dengan 3 watak yang lain tu. perlu ker tonjolkan watak sorang imam yang teringin sangat nak kawin sampai tak leh tengok perempuan cantik langsung... agak2 berkenan jer terus la tergedik2, tergedik2. yang cikgu pulak tak macam gaya cikgu. yang orang kampung tu lagi over. in fact sangat over! terjerit2. terjerit2. ada satu watak nie, watak ustaz. pun sama jer overnya.

bagi me, ok jer nak tonjolkan kat surau nie boleh buat macam2 aktiviti seperti ajar masak, pertandingan nasyid, ajar ngaji n sebagainya. tapi watak2nya jangan la over sangat. paling me rasa hampeh jer tengok citer tu sebab dialognya sangat kosong. tak der pengisian langsung! nampak sangat la penulis skripnya tak buat research n sekadar buat skrip je. kaitkan la dengan hadis sikit ker dalam setiap aktiviti tu. selitkan sikit2 dalam dialog.

me suka citer tu. santai... tapi tu la... sekadar santai jer la...

tentang Pencari Tuhan pulak. ada empat watak utama jugak. abang jack, chelse, juki n barong (see.. i sampai ingat nama watak2nya). abang jack nie sorang penjaga surau while d other 3 nie bekas banduan. diorang nie nak ubah sikap n nak jadi baik. me tak tengok citer nie dari awal. tapi tau2 diorang nie dah dok kat surau tu sebab dah tak der tempat lain dah nak pegi. abang jack nie la yang jaga n bimbing diorang.

apa yang bagusnya tentang citer nie? me nie bukan la peminat citer2 indonesia sangat. boleh dikatakan me tak minat langsung dengan sinetron2 diorang yang panjang2 sampai terus tak tentu arah jalan ceritanya tu. tapi kalau citer2 keagamaan diorang, memang me sangat2 suka. sebab dah namanya citer agama, jadi selayaknya la sarat dengan mesej2 agama. kalau pun tak penuh dengan hadis n firman tu, penuh dengan ayat2 yang baik n 'sentap yang tersedar'. tak caya? tengok la citer tu. setiap isnin - jumaat, 1.30 petang, astro oasis. ulangan pukul 10.00 malam. dialog2nya walaupun berisi, tapi disampaikan secara ringkas, santai n kelakar. so kita tak der la rasa macam kena ceramah atau terlalu serius. memang me suka la. kalau la ada member kat indon n citer nie ada dikeluarkan dalam bentuk cd or dvd, nak jer me kirim mintak tolong belikan..

nak tau lagi tentang citer nie, sila gie kat sini yer --> http://id.wikipedia.org/wiki/Para_Pencari_Tuhan

citer tentang tupai

tak der phrase yang lebih sesuai la untuk mamat sorang nie selain dari 'sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.' kalau ayat sini pulak, 'aik! jatuh jugak encik tupai??' pastu gelak jahat (di bulan puasa). ;p


let me story2 sikit2 tentang tupai nie.

beberapa tahun yang lalu, ada seekor tupai berjasad manusia. tupai nie duduk kat bandar n sangat jahat. me rasa kalau dia duduk kat hutan maybe la dia tak sejahat tu. sebabnya, tupai kat hutan melompat dari satu pokok ke satu pokok jer. makan buah, buang. curi buah, tinggal. but since tupai nie dok kat bandar n pokok2 pun sangat kurang untuk dia melompat2, so dia pun melompat la dari satu manusia ke satu manusia yang lain n manusia2 nie dikenali sebagai 'mangsa'. modus operandinya senang jer. approach sorang mangsa, pujuk2 mangsa tu jadi pelabur kononnya untuk buat projek. kalau mangsa tu bagi seratus ringgit, sepuluh ringgit dia guna untuk setup projek tu, sembilan puluh ringgit lagi dia guna untuk diri sendiri. malangnya sepuluh ringgit tu memang tak cukup la nak buat projek2 besar macam yang tupai nie janjikan. so akhirnya projek terbengkalai atau tak der langsung. sedangkan tupai nie dah bersenang lenang dah dengan duit tu. agak2 dah nak kantoi, dia pun lari ntah ke mana, menyepikan diri sambil2 intai mangsa baru. kiranya tupai bandar nie kaki kikis la.. berpuluh2 mangsa nie pun pakat2 buat report n akhirnya tupai nie tertangkap juga akhirnya... kredit tu my member sebab dia telah berjaya menjadi detektif konon tak rasmi dalam citer nie. buat masa nie tak tau la lagi apa nasib tupai tu. kalau me... me sembelih jer pastu bagi buaya makan.

walaupun me tak terkena, tapi me pernah kenal dia n pernah berurusan dengan dia. tapi bila me dapat tau yang dia nie penipu, me terus declare dengan ex-bos me yang me tak nak berurusan dengan dia dah.

dah la. malas nak citer panjang tentang mamat tupai nie. citernya banyak sangat. nak atur kronologi pun jadi confuse. nak recall apatah lagi. buang masa jer.


cerita biasa

baru2 nie me jupe balik kawan lama me masa usm dulu. huh! lama betul kitorang lost contact. me nie biasa la... very bad at keeping contact. sebab tu la member2 pun malas nak keep contact me. not blaming them. my own fault. :D


anyway, kitorang jupe kat fb. hepi2. then semalam kitorang berbalas2 email. kitorang tak call. biasa la... edisi berjimat nak raya.. she told me that she's following my blog. silent reader sangat. dia cakap dia dah pernah terjupe dah blog me. selalu la buka. tapi tak follow sangat since me pun jarang update. dia sendiri tak perasan blog nie me punya. tengok gambar macam kenal tapi tak berani nak tanya. tapi lepas kitorang jupe hari tu, dia baca semua entry me. fuhh.. rajin sungguh la..

satu komen dia yang buat me terkesan (tapi bukan terasa). "best dah hang sekarang kan. bahagia dah. aku dah agak dah hang dengan zam nanti mesti kawin punya. jeles aku dengan hang. aku jugak tak kawin2 lagi. hang untung. laki hang baik. anak hang comel. baca blog hang tu aku pulak yang rasa bahagia sangat. laki hang tu dah la tak pandai marah. mesti aman jer kan. hisy! jeles sungguh aku."

alhamdulillah... ini salah satu bentuk rezeki yang Allah bagi me. me terima dengan syukur yang teramat. ini jugak salah satu bentuk ujian Allah untuk me --> sejauh mana me pandai jaga, hargai dan syukuri rezeki yang Dia bagi nie. sebab anytime Dia boleh amik balik apa yang Dia dah bagi nie.

tapi me bukan nak cakap tentang rezeki. me cuma nak cakap yang hidup me nie biasa2 jer. sama macam orang lain. cerita yang biasa. ada suami, ada anak, ada rumah, ada kenderaan ke sana ke mari, ada keje. tak susah, tak senang. tak mewah tapi tak juga miskin. semuanya cukup n sederhana, sekadar yang me n family me perlu. of course la kalau dapat lebih lagi me suka. tapi apa yang ada sekarang nie pun dah cukup bersyukur.

tentang hubby me, yup, dia memang jenis tak pandai marah. tapi dia pun ada perasaan jugak. ada rasa marah, ada rasa penat, ada rasa frust, ada rasa malas. hubby me tak sempurna mana pun. sama jer dengan me. lebih kurang jer. hari2 yang kitorang lalui pun tak semuanya indah2. kadang2 muka me nie pun masam jugak merajuk, bebel me nie pun kadang2 terlebih jugak, ada jugak me marah hubby me, hubby me marah me. asam garam rumahtangga kata orang.

tapi me tak suka nak reveal citer2 tak best macam tu kat blog me coz its very public. bukan semua pembaca blog me nie me kenal. malah kebanyakannya silent reader. contoh paling baik, kawan me. so kena la me pandai2 pilih mana yang me boleh kongsi, mana yang tak. buat malu me jer kalau nak citer semua benda kat blog nie. tapi kadang2 me citer jugak sikit2... cuma me akan pastikan tak keterlaluan sangat sampai kot ada saper2 silent reader yang kenal me terus labelkan apa2 kat me. isk, harap2 tak la...

bagi me, yes, blog nie open diary me. selalunya diari la tempat me nak luah perasaan. berbuku2 diari me kat biras me tu me tak amik lagi. ada separuhnya me dah buang pun. ada beberapa lagi pulak me simpan sendiri. me memang suka berdiari tapi dah malas nak tulis. so me pun ber'blog' la walaupun jarang update. but like i said, blog nie open diary, so sorry fren cz since it's an open diary, i can't reveal everything. macam mana me tak nak citer benda2 tak best between me n hubby, camtu la jugak tak semua benda2 best yang me revealkan kat blog nie. whats d point? kalau citer best tu ok la lagi. tapi kalau nak citer tak puas hati, marah, merajuk or sedih me kat hubby, me rasa me tak der point n very unfair untuk hubby. even unfair to myself. thats our story what... biar la me n hubby jer yang simpan. kalau me nak share atau luah perasaan pun bukan dengan semua orang n it won't be public. unless kalau ada pengajaran yang me nak kongsi. then maybe i'll consider la.

so to my lost-and-found-best-among-the-best-friend-of-mine (u know who you are cz i quote ur words completely), tq dear for ur pray.. i'll pray for u too n dont wori, hang pun akan hepi jugak nanti. hehehehe...



manja kaki

3 hari nie badan me sakit2. bukan sakit sikit2 tu. tapi sakit2 yang memang sakit. belikat me, betis me, tapak kaki me, lengan me, kepala me. semua la. serius! tak tau la apa puncanya. mungkin sebab angin sebab me nie memang jenis banyak angin. tapi dah dipicit2, sedawa pun sampai tak larat dah, tak jugak lega2. selalunya kalau me rasa sakit2 macam nie me mesti akan demam. kalau tak demam pun, me memang tak kan larat nak buat apa2. terlepek jer kat tempat tido. hubby la selalu picit2kan tapi tak lama. sian nak mintak hubby picitkan jer. dia pun ada keje dia jugak.


start dari hari isnin @ selasa hari tu me rasa tak selesa. hari rabu kemuncaknya. me gie keje macam biasa. buat keje sebanyak yang mungkin sebelah pagi. me tahan jer rasa tak selesa n sakit2 badan nie. sampai la nak solat zohor, me tak tahan dah. lepas solat jer me terus tertido. sampai masuk asar. kira me keje separuh hari la hari tu. bangun tu masih tak lega. gagahkan jugak beli makanan n sediakan untuk berbuka, setelkan keje2 rumah sebanyak mungkin, then me terus terbaring jer depan tv. serius tak tau nak buat camner dah. letak minyak tak lega. hubby picit2 tak lega. then me makan panadol n terus tertido. tu pun tak lena sangat.

esoknya (semalam) hubby keje half day. me demam sikit tapi tak tinggi la. tapi me memang tak larat. sakit2 badan tak hilang2. last2 me ajak hubby gie manjakaki kat damansara nie. me mintak full body massage. fuh! terus lega! alhamdulillah... tapi bak kata kakak yang urutkan tu, "badan kita nie kena diurut sekurang2nya sekali sebulan, sebelum dia jadi sakit2 gini. bila dah sakit baru nak urut, dia akan jadi lega tapi sakitnya tak hilang terus... tetap akan rasa jugak."

citer tentang manjakaki nie, me dah pernah gie sekali urut kaki. memang best. me suka suasananya. kakak2 yang urutkan tu pun ramah2. harga pun tak mahal sangat. harga standard kalau mintak makcik-makcik tukang urut datang rumah la.. cuma sampai sekarang me tak tau pemiliknya non-muslim ke muslim, cina ker indon.

kalau urut kaki jer, diorang akan urut kat kerusi2 rehat yang disediakan kat depan kaunter. tapi kalau mintak urut badan, masuk kat dalam bilik yang sangat selesa (bagi me la). siap ada shower untuk mandi lepas berurut (tapi kebanyakan tukang urut tak advice untuk mandi sebab lebih galakkan kita biarkan minyak urut tu meresap dalam badan). lepas berurut semalam memang me rasa lega sangat. baru la badan tu rasa betul2 ringan nak buat apa pun.

tapi lepas isyak malam tadi, me ngantuk sangat n terus tido. pesan kat hubby tolong kejutkan sebab hubby request mee goreng telur untuk sahur. tambah pulak dapur tak kemas lagi. nasi pun tak masak lagi. tapi me dah ngantuk tahap tak leh buat apa dah. pesan me kat hubby, "apa jadi pun, sayang jangan kemas dapur tau. biar saya yang kemaskan." hubby cuma senyum n angguk.

pukul 12 me terjaga sebab me terdengar macam riuh kat dapur. tengok2 jam dah pukul 12. rupanya hubby tengah mengemas2 dapur, membasuh pinggan n sebagainya. kelam kabut me bangun! siannya hubby...! "naper sayang tak kejutkan saya??" "tak apa la.. sayang tak sihat. tapi camner pun saya akan kejutkan jugak.. sayang cakap nak masak nasi kan?" "ha'ah. dengan nak goreng mee." "me tu tak payah la. kita sahur nasi jer."

me terus bangun siapkan semua tu n sambung tido pukul 1. hubby pun dah tido. adam jer yang berjaga sambil termenung kat grill. me terus tido. terjaga balik pukul 4.30. sama jugak, hubby dah bangun n tengah panas2kan lauk. aduhhh... malunya... tapi hubby cakap, "tak apa la sayang... selalunya awak yang sediakan. sesekali saya pulak sediakan." baiknya la hubbyku ini...

itu la penangan manjakaki... lepas nie me nak gie lagi la. tak nak dah sakit2 badan camnie. tak keruan rasanya. sian hubby,,,




pengorbanan...

yer... terpaksa la me berkorban... berkorban di bulan Ramadhan...


me dah buang apa yang me sayang nak buang...

sebab me tak boleh paksa orang lain ikut me. tak semua orang ada apa yang me ada.

me redha...

actually me dah buang skrip html untuk font kesayangan me. kan me pernah citer yang me boring tengok font kat blog nie. very d skema n common. masalahnya itu jer la pilihan font yang ada. cari punya cari, akhirnya jumpa la skrip untuk me ubah font blog nie ikut font yang kita nak. tapi malangnya lagi font tu tak tak appear kat pc reader yang tak ada font tu. contohnya untuk blog me tempoh hari me guna font 'sheer elegance'. so dekat pc me kat ofis memang cantik la tengok. tapi bila me buka blog me dekat pc yang tak ada font tu, blog me nie jadi kucar kacir! fontnya besar gedabak n tak tentu hala. huh! sangat la tidak memuaskan hati!

so... me amik keputusan untuk buang jer skrip tu buat sementara waktu sampai la me jupe solutionnya.. huhuhuh... sedih... sebab me suka tengok blog me dengan font tu. isk! blogger nie tak kreatif la. diorang kena re-script-kan balik font diorang nie! huh!

*sangat entry yang tidak penting*


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata:

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12). Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3). Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17). Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf . Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60). Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18). Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19). Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69). Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

~ my little adam ~

bakal maksu adam emailkan me gambar2 adam masa zaman montok dia dulu. masa tu dia baru pandai merangkak tapi lagak macam dah pandai jalan. hahahah! tergelak2 me sorang2.











apa la yang mereka tau...

rajin kan me update blog. hahahaa! sebenarnya mood ngantuk tu yang telah merajinkan me. bila dah ngantuk, memang me tak boleh fokus dengan keje me sekarang. nak buat keje lain pun tak boleh. so nak hilangkan ngantuk nie kejap, me update la blog. nanti kalau sampai masa me malas nak mengupdate (walaupun ngantuk) mahu selang 2-3 bulan baru ada update baru.


anyway, dalam usaha menghilangkan ngantuk nie, me bersenam2 sikit, pasang lagu kuat2 kat telinga nie, menggoogle sana sini n menjenguk2 FB.

kat FB, me terpandang gambar sorang budak kulit hitam (tak pasti la somalia ker, afrika ker, sebab tak sanggup nak tengok detail), tengah bertenggong2 makan nasi yang terjatuh atas lantai. nasi tu sangat sikit... satu gambar lagi pulak, gambar sorang budak kulit hitam jugak tengah mengorek2 tanah atau rumput (me tak pasti) untuk dijadikan makanan jugak. aduhhh... luluh hati nie... sungguh!

kalau la me nie ada kudrat, ada mampu, ada kelebihan, me akan abadikan semua kelebihan me tu untuk bantu diorang2 nie. bantu yang me mampu la. itu jugak la yang selalu hubby me cakap. tapi sehingga sekarang, rezeki yang Allah bagi pada me, hubby n adam masih sekadar cukup jer untuk kami.

berbalik pada gambar tadi, lerai sikit airmata me nie... sejak2 ada adam, me memang sensitif betul dengan citer2 atau gambar2 atau apa2 jer la yang melibatkan budak2 nie. apa la yang diorang tau selain dari merengek bila kelaparan n bermain bila dah kenyang. :(((

malam tadi pulak, waktu alih2 channel nak cari rancangan yang best kat tv, hubby terbuka satu drama nie. apa ntah tajuknya. tapi scenenya waktu tu, sorang perempuan nie tengah marah sorang budak perempuan kecik. tak tau la tu anak dia ker bukan. budak tu tak melawan langsung pun tapi perempuan tu marah beriya2. memang menjadi la lakonan diorang. budak tu cuma nangis jer... nasib baik orang gaji dia baik n tak lama lepas tu ayahnya balik. sedih... terus me suruh hubby me alih channel lain. airmata dah bergenang dah nie.

buka paper pulak makin menjadi2 kes buang bayi. me sangat sokong kalau diorang nie dikenakan hukuman mati atau penjara berpuluh2 tahun. memang layak pun! tak ada alasan yang munasabah untuk buat macam tu. tak payah la bersusah payah nak reka. zahirnya manusia, hati macam binatang!

setiap kali tengok adam... macam2 me pikir. syukur, bangga, risau, sedih. semua ada. syukur n bangga sebab Allah izinkan juga me n hubby ada zuriat sendiri. risau bila terpikir mampu ke me n hubby didik adam dengan baik. sedih bila memikirkan berapa lama lagi masa yang Allah izinkan me jaga adam...

ya Allah... sesungguhnya seluruh takdir kami di tanganMu. seluruh kudrat kami atas izinMu. bantu kami untuk membantu mereka yang memerlukan, ya Allah... dengan kudrat dan iradatMu...


~ romantika pagi hari ~

perbualan pagi tadi waktu mr. hubby menghantar me ke ofis. dah sampai ofis, salam2, cium pipi then me nak keluar dari kereta. tiba2...


hubby : emm... cantik mata sayang...
me : (terkejut n tersipu2 sebab hubby me jarang2 la bagi pujian tiba2 berkenaan rupa paras me nie)
hubby : betul... puji betul nie..
me : (tak jawab apa lagi sebab malu. senyum tak henti2 jer)
hubby : ok. hari tu sayang buat karangan untuk saya kan. hari nie sayang buat karangan untuk sayang pulak.
me : ok.
hubby : melihat matamu seperti melihat jernih air di kolam...
me : (terus senyum)
hubby : melihat gigimu pula... err... (terus gelak besar)
me : sayang! (tarik muka tapi tak lama lepas tu terus ketawa besar jugak)

hahahahah! bila la me ada bajet nak buat gigi me nie. satu2 makin rapuh nie. gigi depan me nie risau jadi gua pulak nanti.


mood pagi Ramadhan ke-10

Hari nie hari ke-10 Ramadhan. Pagi2 sebelum nie biasa jer. Tapi pagi nie.. masyaAllah... ngantuk, perut tak selesa, malas. Macam2 la. Teruk betul!


Malam semalam, lepas berbuka puasa n solat maghrib, me baring2 melepaskan penat sambil tengok tv n melayan Adam. Me pun tak sedar n tak tau bila masa me tido, sedar2 hubby kejutkan me solat Isya' pukul 10.30. Subhanallah! Memang me tak sedar langsung! Nie la 1st time. Me baring2 tu pun bukannya me mengantuk ke apa. Kalau memang ngantuk tu tak apa la jugak. Nie mata tu memang tengah segar bugar melayan Adam, sedar2 rupanya me tertido?? Hubby cakap dia gerakkan me solat Isya' setiap setengah jam. Tapi me memang tak response langsung. Confuse.

Me tidur balik pukul 1.30 pagi. Tup2 hubby kelam kabut gerakkan sahur. Mana taknya, dah pukul 5.20! Imsak pukul 5.40. Sekali lagi me blur. Rasanya macam baru letakkan kepala tadi. Dalam blur tu terus bangun menyiapkan sahur dengan hubby. Nasib baik semua dah ready. Tinggal panaskan jer.

Lepas solat subuh tadi memang me ngantuk sangat. Terus tido balik. 7.30 baru bangun. Hubby cakap me nampak letih sangat. Entah apa yang me letihkan sangat me pun tak tau. Rasanya tak der la buat keje berat ker apa ker semalam.

Pagi nie masih ngantuk. Nak buat keje pun tak larat. Adoiii...! Nak tido sat rasa bersalah. Kat ofis nie. Tak tido pulak tengah ngantuk sangat. Puh! Puh! Jangan la ngantuk. Banyak keje nak buat nie!


ada apa dengan 'fonts'

Eewwww... me sangat suka dengan font!


Almaklumlah... me nie jenis yang cepat boring. Jadi me boring kalau asyik tengok font yang sama je setiap kali menaip. N me jeles bila tengok orang lain guna font cantik2 dalam design2 dia hatta kat tv sekalipun.

Kalau boleh dikatakan sebagai hobi, kumpul font is one of it. Ada hampir 2000 font dalam pc me nie. Kurang beberapa puluh jer. Walaupun nanti me pening nak pilih n kena tengok satu2 balik bila time nak guna, tapi me suka.

Nie, baru lepas update font me dekat blog nie. Saja me nak blog me nie nampak macam diari sikit n tulisan dia pun lawa. Me rasa lebih dekat dengan diri me. Malangnya... me guna font 'Sheer Elegance' yang memang tak semua komputer ada font nie. So, bila buka blog me dekat komputer yang tak ada font nie, tulisannya jadi besar gedabak n very d skema. Huh! Tak apa la. Me akan cuba cari solutionnya.

Btw, me tengah cari font yang rancangan 'Tablescape' dalam AFC guna tu. font apa tu??

Since mata tak leh tidur sebab tadi dah tidur lama (it's 1.21 am now), so mari mendownload font baru! *wink*


*lepas semua*

Lega rasanya bila kita dapat luahkan apa yang terpendam. Kalau boleh me memang nak elakkan diri me dari bersangka2 n simpan2 rasa sampai akhirnya me cerita2 belakang sedangkan orang yang me tak puas hati tu tak tau apa2. So me cari jalan jugak untuk slow talk n tegur or luahkan apa me rasa. Dan alhamdulillah... individu berkenaan pun sangat boleh menerima teguran n luahan rasa me.


Me tak salahkan dia 100%. C'monnn... saper tak pernah buat salah? Bukan nak cari excuse tapi itu hakikatnya. Me sendiri, bukan semua betul pun. Me sedar tu. Sebab tu me berpikir2 banyak kali kalau nak tegur orang or nak luahkan rasa tak puas hati me dekat orang. Nak pikir me jer tak puas hati kat orang, orang lain pun ada jugak tak puas hati dekat me. So me kena la tenang2kan diri jer. Lagipun me yakin individu berkenaan tak sedar pun dia terbuat silap. N setakat nie dia pun bukannya jenis yang tak boleh ditegur. Very d bunga yang baru nak kembang. Me akan rasa lebih bersalah kalau me tak tegur dia.

Anyway, semua dah setel (at least rasa tak puas hati me dengan individu berkenaan). Me tak salahkan dia pun kalau dia terasa or tersinggung dengan teguran me. Me boleh paham. Saper yang suka kena tegur...? Me pun akan sentap. Cuma untuk tidak menghuru-harakan keadaan, me akan pikir balik kenapa dia tegur me n akan cuba cernakan teguran dia tu.

Semoga lepas nie tak der dah citer2 yang boleh mengkusutkan keadaan. Aduhhh... kepala yang dah sedia pening, malas betul me nak tambah2kan dengan faktor2 luaran yang tak ada kaitan. Walaupun setakat jadi pendengar, pening tau.


~ saya merajuk ~

malam tadi saya merajuk dengan suami saya. dah lama tak buat perangai gitu (sebab azam tak nak merajuk). punca merajuk tu malu nak citer sebab kecik sangat2. bila pikir2 balik, memang tak patut la saya merajuk. husband saya pulak bukannya pandai pujuk. lagi2 kalau punca rajukan saya tu merepek2. dia pujuk sikit2, gelak2 (sebab merajukkan benda yang tak logik) pastu sambung buat keje. sabar jer.


sahur tadi, saya minta maaf lagi kat husband saya. as usual, dia senyum jer. pastu dia tanya naper merajuk. (see... kan dia tak tau pun sebab saya merajuk dengan dia.) saya pun citer n again, dia gelak. tapi kemudian, dia bagi 'tazkirah' pendek tentang merajuk kat saya.

"tak baik merajuk2 macam tu. lagi2 kalau puncanya kecik n tak logik. sayang tau tak, bila sayang merajuk, hati saya terasa. walaupun saya nak tergelak tapi saya tetap terasa. sayang tau kan hukumnya bila buat hati suami terasa? lagi2 syurga sorang isteri kat redha suami. bila hati suami terasa, maksudnya suami tu tak redha dengan apa yang isteri dia buat."

gulpp! saya terkedu. saya tau tu... tapi ikutkan hati 'nak menang' sangat...

"saya minta maaf yer..."

husband saya senyum lagi. "saya maafkan. tapi lain kali kalau nak merajuk pikir dulu betul2, kenapa kena merajuk n berbaloi tak merajuk tu. kalau sayang merajuk, ada tak kesan apa2 kat sayang nanti. kalau sayang yakin sayang tak kan kena apa2 balik, merajuk la. tapi ingat saya cakap tadi, bila salah sorang merajuk, mesti hati salah sorang tu terasa sekaligus tak redha."

"sayang... saya minta maaf lagi..."

"saya maafkan... tapi jangan jadikan perkataan maaf tu murah sangat. nanti tak der harga. lagipun, kenapa pulak sayang nak mintak maaf kalau sayang rasa sayang betul? sayang mesti akan minta maaf kalau sayang rasa apa yang sayang buat tu tak betulkan? saya sentiasa maafkan sayang... tapi jangan la selalu sangat minta maaf. yang penting jangan buat dah apa yang sayang sendiri rasa tak betul."

saya memang tak terkata2 kalau suami saya ber'tazkirah' camtu. apapun alasan yang ada dalam otak saya nie, semuanya terbatal bila suami saya mula cakap pasal 'redha'.

pesan suami saya lagi, "isteri nie senang sangat dapat pahala. masakkan air pun dapat pahala. sekecil2 benda, semua dapat pahala. tapi dalam masa yang sama... kalau tak hati2, senang jugak dapat dosa. sayang pilih la sayang nak yang mana."

aduhhh... malu saya. sangat la saya nie belum lagi isteri yang baik kalau benda kecik macam tu pun saya nak merajuk. huhuhuhu...

tekad dan azam saya di Ramadhan yang ke-9 nie, saya tak nak merajuk2 dah.

bantu, ya Allah...


adu domba??

sebenarnya me tak berani nak komen sangat bab2 sikap suka adu mengadu nie. sebabnya me admit me sendiri sikit sebanyak ada sikap tu. yela, kadang2 bila kita menyembang tentang seseorang dengan member2 rapat kita, mesti kita akan sampaikan apa yang tak sepatutnya kita sampaikan. terus la dapat status 'mengadu domba'. selalunya 'aduan' tu adalah untuk mengukuhkan lagi citer kita atau citer kawan kita tentang orang yang diperkatakan tu. sedangkan kita tak sedar yang mungkin aduan kita tu nanti akan menyebabkan permusuhan antara diorang.


bukan me nak bela diri atau kecualikan diri me sebab kalau dah namanya bercerita tentang hal orang, tetap la kaedahnya 'mengadu domba' la tu. pusing kot mana pun, itu jugak la title endingnya. tapi biasanya me akan pilih2 dulu. kalau me agak2 apa yang me adu tu tak menimbulkan huru hara, me teruskan. tapi kalau me rasa akan menimbulkan huru hara, me akan keep it to myself jer. tak nak me jadi punca dua orang hamba Allah bergaduh (walaupun tetap ada jugak). huhuhuu...

tapi me tak berapa paham dengan orang yang suka mengadu2 tentang orang lain sedangkan apa yang diadu tu tak menyusahkan dri dia pun. adakah sebab dia nak kan perhatian orang? be the center of attention? atau dia dah tak tahan dengan sikap orang yang diadu? atau dia rasa apa yang diadu akan dapat menjernihkan keadaan? wallahu'alam...

apapun me harap apa yang jadi hari nie tak kan berpanjangan. me memang tak suka sikap orang yang suka mengadu2 untuk dapatkan perhatian orang lain. sedangkan apa yang diadu tu tak der kaitan dengan diri dia pun.


tersentap di FB

ABANG MUNIF : "Rasulullah bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat mimbar. sahabat berhimpun. baginda menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ya Rasulullah, kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: "Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan."

NAZRUL IZWAN : "Cuba kita bayangkan yang berdoa tu malaikat,yang aminkan pulak Nabi. Allahuakhbar... semoga dosa kita semua diampunkan oleh Allah..Beristighfarlah..." Ramadhan,whose middle is forgiveness," sabda Nabi s.a.w.."

ABANG MUNIF : "aduhhh... dan jibril turun ke bumi menyeru pada seluruh makhluk, beistigfarlah untuk org yg berpuasa, semua makhluk dibumi pun beristigfar untuk org berpuasa.. beruntunglah bg yg berpuasa kerana takutkan Allah.."

ME : (terdiam... 'terampun ke dosa2 me...')


"... dah kembali ..."

malam tadi lebih kurang 10 lebih, abah me call husband me dengan berita sedih. sepupu me sedang nazak di hospital kuching. lebih kurang pukul 11.30 malam, abah call hs hubby me sekali lagi. kali nie beritanya lebih sedih. husband me dah tido waktu tu so me jawab.


"uya... abah baru dapat msg dari paksu. shahir dan kembali.... dia dah tido dah.. kita sama2 sedekahkan al-fatihah kat dia yer. abah ingat esok nak gie kuching. tapi abah sorang la. apa2 nanti abah call."

terdiam me.

kebetulan husband me terjaga. dalam mamai dia tu, me bagitau dia lembut2. "sayang.. shahir dah tak der.." husband me terkejut n terus terbangun. termenung sekejap. kalau ikut hati jer, nak jer kami semua ke kuching. tapi bajet sangat tak mengizinkan.. hanya mampu doa dari jauh jer...

lebih kurang pukul 12.30, abah call husband me balik. husband me dah tido balik sebab terlalu mengantuk so me jawab call tu lagi.

"uya! ya Allah... abah minta maaf sangat2! shahir ada lagi... abah tak baca msg paksu betul2. abah cuma baca 'shahir dah kembali.. tengah tido'. dapat berita tadi, abah call syafiq (abang shahir), dia tengah dekat lctt tunggu flight balik kuching. dia cakap paksu tak bagitau dia pun, so dia call paksu. pastu paksu call abah suruh abah baca msg tu betul2 balik. rupanya msg paksu tu, 'abang, alhamdulillah... shahir dah kembali stabil. dia tengah tidur sekarang. abah minta maaf yer."

hahahaha! tergelak me. sabar jer la abah nie. dalam sedih, ada jugak ruang untuk ketawa. ahaks! semoga sepupu terus kuat dan cepat sembuh!


keluarga mithali

dulu masa me mula2 keje kat tempat keje me sekarang, me aktif jugak join aktiviti2 peminat2 bos me. peminat2 bos me pun rajin datang ofis bawak macam2 buah tangan. yang jadi peminat me pun ada. ahaks!


antara ramai2 peminat2 nie, ada sebuah keluarga yang me sangat suka. sangat2 suka ok.. kami semua panggil dia 'ibu zaharah'. anak2nya 2 lelaki dan 2 perempuan. kenapa me suka keluarga ibu zaharah nie? kalau setakat citer maybe susah nak dapat gambaran. me cuma boleh cakap, secara peribadi, merekalah keluarga contoh bagi me. me tak cakap keluarga ibu nie sempurna. tapi lebih dari cukup untuk me isytiharkan sebagai keluarga mithali untuk me. ada rasa sejuk setiap kali tengok diorang. tak kisah la time jumpa ker, tengok gambar ker. senyum aje muka2 diorang tu. tenang ajer rasa.

baru2 nie anak dara bongsunya kawin (anak bongsu ibu lelaki). banyak gambar2nya publish kat FB. n me tak dapat nafikan rasa cemburu me pada keluarga ibu (tapi bukan cemburu yang tak baik yer...). mampu ke me n hubby didik adam n bakal adik2nya macam ibu n suaminya mendidik anak2 diorang tu? diri sendiri pun banyak lubang sana sini yang nak kena tutup. aduuhhh... malu pulak kat diri sendiri. angan2 tinggi sampai langit. usaha baru takat rumput jer.

tetiba pulak rasa rindu nak makan2 kat rumah ibu zaharah. :D nak ajak hubby me gie raya rumah dia nanti la.




~ saya suka bulan Ogos ~

kenapa me suka bulan Ogos?

sebab Ogos ialah bulan anniversary me n suami.

Ogos juga bulan kelahiran bonda me yang tersayang dan ayahnda suami me yang tercinta.

kemeriahan Ramadhan dan Syawal pun akan mula terasa pada bulan Ogos.

dan...

Ogos me akan dapat MACP. :D

tak ada la banyak pun sebab karya2 me pun bukannya banyak n itu pun hanya untuk in house project jer.
tapi berapa pun jumlahnya, me tetap syukur sebab sekurang2nya me n suami boleh bernafas dengan lebih lega untuk bulan tu sekaligus laksanakan apa2 rancangan kami yang tergendala kerana bajet (kalau jumlahnya cukup la...)

bagi me, sikit atau banyak bukan soalnya. yang penting halal dan dari hasil titik peluh me sendiri.
semoga me, suami n kita semua tidak tergolong di dalam golongan hamba2nya yang kufur..


~ selamat ulangtahun perkahwinan kita, sayang... ~

hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa. manakala genap tiga tahun kami berkongsi segala cerita suka dan duka, susah dan senang, derita dan bahagia atas akad sebagai suami dan isteri.

saya nak cerita tentang suami saya.

suami saya seorang yang sederhana, lembut, sopan, bertanggungjawab, amanah dan kuat hati. dia juga seorang yang tegas, keras hati, pendiam dan suka berfikir. suami saya dilahirkan dengan segala kekurangan dan kelemahan untuk dilengkapkan oleh saya. dalam masa yang sama dia juga dilahirkan dengan segala kelebihan dan kekuatan untuk menjadi pelengkap saya pula. suami saya hadir ketika pegangan saya terhadap hubungan yang dipanggil 'cinta' antara sepasang manusia yang digelar 'kekasih' amat rapuh dan sangat goyah. waktu itu, hanya ada sepasang manusia saja yang menjernihkan makna cinta dalam fikiran saya - mak dan abah saya. suami saya adalah manusia yang bertanggungjawab membuka mata dan fikiran saya supaya melihat dunia dengan lebih luas dan di luar kotak pemikiran dan tanggapan saya terhadap cinta.

suami saya akan mendiamkan diri bila marah tapi saya mendengar suara marahnya dengan amat jelas. suami saya sangat tenang apabila bercerita tentang cita-citanya tapi keterujaannya meresap ke dalam semangat saya. suami saya amat lembut ketika memberi teguran tetapi saya amat terkesan dengan ketegasannya. sebenarnya saya tak pernah mampu membantah suami saya sejak zaman bergelar sahabat tanpa akad sehinggalah zaman bergelar sahabat dalam akad. ya, dialah satu2nya manusia yang berjaya 'mengunci' kelantangan saya dengan hanya berdiam tanpa bicara. cuma adakalanya, saya sengaja mempamerkan kedegilan saya sehinggalah selepas bergelar isteri kepada suami saya, saya tak berani untuk meneruskan kedegilan saya. bimbang Pencipta saya dan seluruh makhluk di langit dan bumi melaknati saya.

saya tak nafikan, sesekali suami saya ada membuat saya marah dan merajuk. tapi tak pernah sekali pun dia buat saya terluka. sedangkan saya percaya yang saya selalu membuatnya hampa dengan segala kerenah dan sikap kebodoh2an saya. suami saya tak pernah memewahkan saya dengan wang ringgit atau harta benda. tapi dia sentiasa ada di sisi saya setiap kali saya memerlukannya. suami saya bukanlah seorang yang romantik yang selalu mengatakan sayang pada saya atau mencium pipi saya. selalunya sayalah yang akan memulakannya, mengatakan sayang dan mencium pipinya. tapi saya merasakan seluruh sifat romantiknya terserlah dalam perhatian dan ambil beratnya pada saya dari dulu hingga sekarang dan setiap kali dia melihat saya sambil tersenyum (mengenangnya pun sudah membuatkan saya tersenyum sekarang). suami saya juga selalu tidak mahu menurut kehendak dan keinginan saya (dan selalunya itulah yang membuatkan saya merajuk). tapi di hujungnya, dia selalu membuatkan saya sedar bahawa kehendak dan keinginan saya itu hanya sekadar 'mahu', bukan 'perlu'. anehnya, dia mendidik saya tanpa banyak bicara. bukan terlalu memuji atau memujanya lantaran dia juga manusia biasa seperti saya. tapi itulah suami saya... dengan segala kelemahan dan kekuatannya.

memandang suami saya sentiasa membuatkan semua resah saya hilang dan tenang, membuatkan hati saya bertahmid memuji segala kurnia yang Allah pinjamkan pada saya. sungguh... dalam segala kekhilafan saya sebagai manusia, Allah masih sudi memberikan kasih sayang Dia pada saya, Dia masih sudi meminjamkan saya salah seorang hambaNya yang sangat menyintaiNya. kesyukuran saya kerana menjadi pilihan suami saya hanya sekadar buah berbanding bunga syukur saya pada Pencipta dan Penjaga saya yang tidak mampu saya luahkan dengan kata2.

saya tidak tahu apa mentera dan doa yang digunakan oleh suami saya untuk melembutkan hati saya. tapi saya percaya mentera dan doanya itu pasti diredhai oleh Pemilik nyawa kami berdua. suami saya selalu mengingatkan saya bahawa dia mahu masuk syurga bersama2 saya. itulah ayat keramatnya setiap kali dia menegur kesalahan saya dan meminta saya menegur kesalahannya. hanya Allah yang tahu betapa hati saya selalu runtun dengan ingatan itu. kerana saya selalu terkenangkan segala khilaf dan kesilapan saya dan kerana saya tidak tahu apakah Allah akan mengizinkan kami sama2 berpimpin tangan ke syurga. malah apakah kami akan bertemu semula di sana pun saya tidak tahu... saya sering merasa cemburu bila mengenangkan ada bidadari yang mungkin sedang menunggunya di balik langit sana. tapi suami saya selalu berkata, dia mahu saya menjadi ketua bidadarinya. mampukah saya? sedangkan saya merasakan solehah itu masih jauh akrabnya dengan saya...

wahai suami saya... maafkan segala kesalahan saya, ya. sama ada dalam sedar atau tidak sedar, saya mohon maaf. walaupun permintaan maaf saya ini selalu berulang, saya benar2 harap supaya suami saya tidak pernah jemu memaafkan saya... bukan kerana saya takut tidak dapat masuk syurga bila suami saya tak meredhai saya, tapi saya takut suami saya jadi jemu memaafkan saya lalu meninggalkan saya... sudah pasti saya akan tergolong di antara orang2 yang rugi kerana telah mensia2kan salah satu kasih sayang Allah pada saya sekaligus menjadikan saya salah seorang manusia yang kufur dengan nikmatNya. saya tak berani berjanji, tapi saya mahu suami saya tahu bahawa saya sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik untuknya seperti mana dia yang selalu berusaha menjadi yang terbaik untuk saya.

wahai suami saya... terima kasih kerana menjaga saya dengan baik selama nie. kita sama2 tak sempurna. malah kehidupan yang kita lalui dalam tempoh 3 tahun ini juga tidak sempurna. dan selalu saja ketidaksempurnaan kita itu membuatkan kita membodohkan diri kita sendiri. tapi saya mahu suami saya tahu, atas segala ketidaksempurnaan itulah saya belajar untuk membaiki kelemahan saya dan saya belajar untuk menerima ketidaksempurnaan orang lain. terima kasih kerana terus bersama saya sehingga kini, menerima saya seadanya, berusaha kuat untuk memahami saya dan tak pernah jemu mendidik saya.

sesungguhnya Allah telah menetapkan jalan hidup kita dan sehingga saat ini, Dia telah mengizinkan kita berkongsi semuanya. semoga kebahagiaan itu tetap milik kita dan saya mahu suami saya tahu bahawa saya sangat bangga menjadi pilihannya...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita, sayang...
Semoga kasih sayang ini
Kekal hingga ke syurga
Luv...
:)





~ 11 Ogos... tiga tahun lalu ~

selesai subuh pagi itu, me n dayang2 telah mula bersiap sedia untuk meraikan majlis yang telah diaturkan. kali ini, kami semua bersarapan dahulu untuk memastikan perut kami kenyang secukupnya sehingga waktu makan tengahari nanti. bimbang kelaparan seperti semalam (sehingga salah sorang dayang me tak mahu beranjak dari hidangan).

seperti sebelumnya, me didandankan dengan penuh sempurna. sehelai dress satin labuh warna putih mutiara, disarung sehelai dress hijau berhias manik2 hijau separas lutut, sehelai tudung warna putih bersih dan sehelai selendang yang turut bertatahkan sulaman manik berwarna hijau. seawal jam 9 pagi me telah mula disolekkan untuk meraikan majlis yang akan bermula pada jam 12 tengahari. me sangat suka melihat jurusolek me yang walaupun masih muda tapi amat terserlah ketenangan dan kelembutannya. dalam masa yang sama, me juga turut keliru melihat beberapa orang dayang me turut mendapatkan khidmat jurusolek me untuk disolekkan. err.... rasanya me sorang jer pengantin kat dalam bilik nie. hahahahaah!

sedang me membuat persiapan terakhir, beberapa orang teman dan sahabat muncul membawa hadiah dan senyuman. waduhh waduhh... hadiah itu bonusnya, tapi kehadiran merekalah yang sesungguhnya memarakkan kegembiraan me pada hari itu. kak ilus dan bondanya, along, kak rose, kak z, kak ikin, salimah, iva, mas, kak ida (a.munif), sapi, hanim, awa, ija, ismy dan ramai lagi yang tak tersebutkan nama2nya. sungguh2 menambahkan kebahagiaan yang telah me nikmati dari semalam. kalau tidak mengenangkan yang me sedang berpakaian ala2 puteri raja ketika itu dan segala tindak tanduk yang seharusnya sopan sedang diperhatikan oleh semua mata yang memandang, mahu saja me melompat keriangan sambil memeluk dan menyembang dengan mereka2 tanpa mempedulikan kiri dan kanan. terkenang juga adik2, sahabat2 dan teman2 yang tidak dapat turut sama berkongsi keriangan... ada sedih yang terbit tapi ditahankan... tak apa la... cukup la sekadar hadiah menjadi wakilnya... :D

me keluar dari persembunyian ketika lebih kurang jam 12 tengahari. amalan di sini rupanya tetamu kenduri hadir dari awal pagi. tidak la me tahu... makanya ketika me memunculkan diri, kemeriahannya sederhana saja. tapi me tidak kisah. yang penting, mereka sudi hadir memeriahkan hari besar me ini. gembira me bertambah apabila melihat abang2 merangkap bos2 me melemparkan senyuman sambil mengambil gambar me. aduuhhh... sungguh2 terharu. terasa me adalah artisnya dan mereka adalah peminat me. hehehehe...

me lalu berdiri sambil memegang jambangan bunga di pintu gerbang, menantikan putera raja yang telah bergelar suami meimpin tangan ke meja santapan. melihat senyumannya dari jauh, lengkap dengan tanjak dan samping berwarna hijau melengkapi sepasang baju melayu putih bersulam hijau di bahagian leher, membuatkan me tersenyum dan ketawa di dalam hati, "seumur hidup, bukan senang nak tengok husbandku ini berpakaian begini. hahahahaha!" bagi me memang lucu sebab suami me ini seorang yang sangat simple dan tidak kisah dalam soal berpakaian. oh ya, warna hijau putih yang kami pilih ini bukanlah bermakna kami ini obses kepada mana2 parti politik di negara ini. tetapi ianya sebagai perlambangan kepada tema anganan me iaitu 'majlis dalam taman' yang gagal me realisasikan dengan jayanya kerana terlupa yang 'taman' itu memerlukan hiasan 'bunga2an' dan 'daun2an' yang banyak. tambahan pula bajet me tidak mengizinkan me berbelanja untuk hiasan yang berlebih2an. jadi cukuplah sekadar tema warna daun saja yang me gunakan...

sepanjang me bersantap, abang2 merangkap bos2 me menghiburkan me dan suami serta para hadirin secara percuma. dengan kelengkapan pa system yang tidak sempurna, mereka gigih juga melantunkan suara dengan penuh merdu dan pesona. terima kasih yang amat tidak terhingga... :) dalam masa yang sama, me sebenarnya tidak sabar menghabiskan juadah di pinggan. di dalam hati sudah tergaru2 untuk bangun sambil menarik tangan suami untuk bergambar2 dengan teman2. bimbang sungguh andai tidak berkesempatan. apatah lagi me terdengarkan acara menarik mereka untuk menyerbu rumah kak z dan abang iqbal yang tidak jauh dari situ. aduhh... terfikir me, "agak2 melampau tak kalau pengantin join sekali serbuan itu?" ada duri cemburu yang mahu tumbuh. apa tidaknya... bukan senang dapat berkumpul2 begitu bersama hampir semua teman2. tapi duri itu berjaya me cantas apabila melihat senyuman suami di sisi. sirna semua rasa cemburu. 'lain kalilah ya teman2...' :D

selesai bersantap dan bersalam2an dengan semua hadirin, me dan suami mengiringi kerabat suami yang sudah mahu pulang. kemudian kami hantar pula teman2 ke bas untuk meneruskan serbuan. dan selepas itu, barulah me dan suami meneruskan acara bergambar yang dari tadi me nanti2kan. macam2 aksi tidak logik yang digayakan. maklum la... pengantin ini cuma selalu beraksi spontan. mujur fotografernya juga dari kalangan teman2 dan ada juru gaya yang walaupun masih amatur tapi idea2nya laksana bertahun pengalaman. walaupun sekejap dan hanya di sekitar kawasan kenduri saja, tapi cukup la bagi kami yang sudah kepenatan ini. tambahan pula waktu itu solat zohor masih belum ditunaikan. apatah lagi banyak periuk belanga yang perlu dilangsaikan.

alhamdulillah... walaupun sederhana dan tanpa kesempurnaan yang menjadi bualan, selesai juga majlis pertabalan dan pengesahan akad kami suami isteri...

terima kasih pada dayang2 me : cik maizatul wahida, cik shima dan cik ninie kerana sudi menjadi peneman malam2 akhir tidur me sebelum bergelar isteri dan menjadi penghilang gugup me dengan aksi2 yang ntah apa2.

terima kasih pada jurusolek merangkap dayang me : pn. aslina kerana sentiasa sabar melayan kerenah me dan meminjamkan ketenanganmu pada me.

terima kasih pada jurugaya merangkap dayang me : pn. mazniza n suami yang sentiasa memeriahkan sesi photoshoot me n suami.

terima kasih pada pn. faraizura dan suami yang telah membawa saya ke nilai untuk membeli belah persiapan akhir di saat2 akhir.

terima kasih pada abang2 merangkap bos2 me : abang faizal, abang munif, abang isman n abang ipin kerana sudi menghiburkan me n tetamu tanpa sebarang invois.

terima kasih pada fotografer me : en. akramin yang redha jer mengambil gambar2 me n suami.

terima kasih pada seluruh keluarga dan mereka2 yang tak penat2 menyinsing lengan sepanjang majlis dilangsungkan dan menjadi reminder me sehingga saat2 akhir persediaan me.

terima kasih pada teman2 : kak ilus n mak, along, kak rose sekeluarga, kak z sekeluarga, kak ikin dab anak daranya, salimah, iva & mas sekeluarga, kak ida sekeluarga dan semua yang terlepas pandang namanya - atas kehadiran yang sungguh2 bermakna.

terima kasih pada teman2 yang gagal hadir namun mengirimkan doa dari kejauhan : adikku sya (kalau u tak konvo, mesti lebih awal la u berpasangan dengan en. hubbymu sebagai pengapit me n hubbyku), sahabat2 kesayangan, cik war (sape suruh pindah kedah, dah kena keje time kitorang cuti), cik mie (kalau awak n ina pilih tarikh lain mesti awak dah nyanyi kat majlis saya), hood (kalau awak tak lupa date majlis saya tu mesti awak dah datang bawak hadiah besar), dearie yus (naper ek awak tak datang masa tu??) n semua yang tak tersebutkan namanya.

terima kasih pada mak abah n mak bapak serta seluruh keluarga atas restu yang diiringkan.

terima kasih pada suami yang setia berpegang janji untuk sama2 berkongsi pelamin yang diangankan.

dan terima kasih padaMu, ya Allah, atas segala kebahagian yang Kau izinkan..

terima kasih...