RSS

*wahai kau cinta...*

cinta lagi... isk! jiwang betul blog nie. :) terpulang la pada penilaian masing2. tapi memang tak dinafikan. subjek nie sentiasa menarik dan sensitif. kadang2 citer orang, citer kita. citer kita, citer orang. thats love... :)

Situasi 1 :
sorang kawan call semalam. katanya dia dah terlanjur jatuh hati dengan kawan lelaki dia yang dah ada pasangan. asalkan main2 jer. lama2 terus tersangkut. (macam sedang berlaku dekat2 'depan mata' aku jer citernya... *sengih jahat). kawan lelaki dia tu pun pernah cakap yang dia pun sukakan member aku nie. tapi tu waktu dia tengah ada krisis dengan pasangan dia. n now... diorang dah berbaik semula n tengah buat preparation nak bertunang 2 bulan lagi n insyaAllah akan kawin hujung tahun nie. sadisnya, member aku n kawan lelaki dia tu masih berhubung. walaupun member aku nie tak tanya (sebab tak berani nak dengar jawapan), tapi member aku nie dapat rasa yang lelaki tu cuba nak jauhkan diri dari dia tapi rasa bersalah. dalam masa yang sama, member aku nie pun nak jauhkan diri dari jugak. tapi 'TAK BOLEH'. ok. stop takat tu.

Situasi 2:
baru dapat emel dari sorang member aku kat sabah. pun mengadukan hal hati jugak. citernya, dia dah terpikat dengan sorang cikgu lelaki kat tempat dia mengajar. sangat baik n boleh dikatakan ada semua ciri yang dia cari. cikgu tu pun baik dengan dia. cuma buat masa nie, cikgu tu ada banyak tanggungan. dari pandangan mata kasar, member aku dapat rasa yang cikgu tu pun ada hati dengan dia. (isk! apasal semua macam sedang berlaku jer nie??) tapi tak ada kepastian. tergantung. sebagai perempuan, of course member aku nie segan nak terus terang (walaupun dia nie jenis cakap direct jugak). nak 'menunggu' ayat2 power dari cikgu tu tak tau la bila. tapi on her side, dia selalu cakap pasal umur dia yang makin meningkat. tambah2 pulak tahun nie ada beberapa orang member kitorang, termasuk aku, yang expecting a baby. ok. stop.

Situasi 3:
tadi ber'ym' dengan sorang member (hari nie aku lagha sikit). sebelum nie dia pernah berkawan dengan somebody dari johor. budak tu dia kenal dari frenster n budak tu yang approach dia dulu. dia tak tau langsung detail background budak except nama budak tu (yang dia selalu panggil), keje apa n cuma tau duduk kat johor. which part in johor pun dia tak tau. tragisnya, lebih setahun diorang berkawan, baru2 nie budak tu MISSING IN ACTION! tak dapat dihubungi langsung, frenster pun dah tutup, nombor hs dah 'not in service'. nasib baik member aku nie ada nombor ayah budak tu. itu pun dah 'not in service' jugak. hmm..

ada lagi beberapa situasi yang tragis2 lagi. aku pun tak paham. akhir2 nie aku asek dengar citer2 macam nie jer. n semuanya datang mengadu. rasa macam pakar kaunseling pulak. :D memang dari dulu aku macam tu. bila ada problem, baru la member aku datang citer itu ini. masa tengah hepi, satu citer pun tak dengar. tau2 dah kawin, dah anak jer. *marah!

anyway, aku tak nak buat apa2 kesimpulan lagi dalam entry nie. cuma aku teringat lirik satu lagu radja yang aku suka - wahai kau cinta, sungguh tak ada yang bisa, mampu berpaling darimu, bila terlanjur sayang...

:)

*antara dua gelas*

GELAS 1 : transparent. tak der hiasan langsung. macam gelas jernih kenduri2 tu...
advantage : nampak apa2 kekotoran yang masuk dalam air tu. so boleh buang terus.
disadvantage : tak der hiasan, mungkin agak kurang menarik

GELAS 2 : transparent jugak tapi ada hiasan
advantage : cantik. menarik
disadvantage : tak perasan sangat kekotoran yang masuk dalam air. biasanya dah nak sampai mulut baru perasan.

pernah aku memikirkan beza dua gelas nie dulu. membanding, meneliti, menimbang2 n menilai. kenapa? sebab salah satunya aku nak guna untuk minum n kalau boleh aku tak nak tukar2 sampai bila2 dah.

life is a choice. sometimes u'll ge what u choose. n sometimes u'll get what u didnt choose. thats d mystery. yet thats d thrill! :)

bercakap tentang pilihan, hakikat kita sebagai manusia memang tak pernah tau apa yang terbaik untuk kita. lagi2 bila melibatkan soal hati. but still, Allah tu Maha Penyayang. kalau kita sentiasa mintak petunjuk Dia, jadikan Dia sebagai tempat bergantung, Dia tak akan hampakan kita. sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. n itulah keputusan akhir yang telah ditetapkanNya.

pilihlah yang benar, yang jelas n nyata. pilihlah mana yang mudah jalannya. jangan terus terperangkap dengan kehendak khayalan kita. buka mata. bangun. lihat sekeliling kita. jangan takut untuk memilih. sekalipun pilihan tu sesuatu yang menyakitkan kita. percaya la, semua kesakitan tu untuk sementara jer. Allah dah campakkan sabar dalam hati kita. tinggal untuk dimanfaatkan jer. selagi kita percaya, selagi itu BAHAGIA akan sentiasa di sisi kita... :)

mari mengemas

cepat2! cari kotak! bak mai sini. paper2 bag, beg2 baju, semua la yang boleh packing barang, bak mai sini. aku n hubby actually dalam mood hepi sekarang nie. insyaAllah, end of this month kitorang akan berpindah ke area subang. alhamdulillah... setakat nie semua perancangan berjalan lancar. kot ada pun yang delay sikit, at last mesti setel jugak. alhamdulillah...

weekend nie me n hubby plan nak mengemas mana2 barang yang boleh dikemas. have to... takut nanti aku tak larat sangat. baju2 aku memang dah sedia dilipat n disimpan dalam storage box dah sebab dah tak muat nak pakai sepanjang pregnant nie. weekend nie nak pack buku2, tupperware2 n barang2 hiasan yang ada. pack n label. tinggal yang memang nak guna jer.

tak sabar pulak rasanya nak pindah. tapi dalam hepi2 tu, aku dalam dilemma jugak nie. pantang nanti nak lepak atas ker bawah. pastu nanti mesti rumah tu agak 'sunyi' tingkat bawahnya. sebab semua orang kat atas, malas nak turun. tak pun 'sunyi' kat atas sebab semua orang kat bawah, malas nak naik. hahahaah! benda kecik macam tu pun nak pikir. wait n see jer la. pindah dulu, baru tau. kan?? :D

keje keje keje!

sesaper yang baca blog aku nie mesti dah muak agaknya bila aku asek cakap pasal 'sibuk'. macam la dalam dunia nie aku sorang yang sibuk.

tak la camtu... tapi dah hakikatnya begitu...

memang biasanya aku sibuk. tapi bulan2 sebelum aku maternity leave nie aku extra bz sikit. menyiapkan keje yang current, keje yang memang dah sedia ada, keje yang coming. kalau boleh aku tak nak cuti aku tu nanti sampai menyusahkan orang sebab ada keje tak siap lagi. sedangkan diorang for sure la tak sampai hati nak kacau aku sebab aku tengah maternity leave. 2 bulan pulak tu!

memang kalau cakap bab keje nie aku agak serius sikit. tapi tak la sepanjang masa... yela, kita nie deal with people yang ada macam2 ragam. camner kita tak suka orang susahkan kita, camtu la orang tak suka kita susahkan dia. sebab tu seboleh2nya sebelum cuti nie aku nak siapkan sebanyak mungkin keje yang aku boleh siapkan. dalam cuti nanti pun, insyaAllah... kalau aku mampu, aku akan buat keje macam biasa dari rumah. cuma mungkin terbatas sikit la...

tapi, to be honest, jauh dalam hati aku, macam2 yang aku fikirkan. camner kalau Allah 'jemput' aku masa deliver baby? bukan nak menakutkan diri sendiri, tapi itu hakikat. in fact, tak yah tunggu time bersalin. sebab bila2 masa jer Allah boleh panggil kita. nyawa kita di tangan Dia. "bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup selamanya. beribadahlah seolah2 esok kamu akan mati". keje pun satu ibadah (selagi keje tu mendatangkan rezeki yang halal dan di jalan yang benar).

aku selalu terpikir. kalau aku tak der, saper yang nak siapkan keje aku. kat ofis aku tu boleh dikatakan semua stafnya multi-task. mana nak siapkan keje sendiri, mana nak siapkan keje aku. tambah pulak keje2 aku tu 90% memang kena amik masa untuk belajar camner nak buat. ada flownya. dan (bukan nak bangga), saper jer yang amik alih tempat aku nanti has to be extra creative sebab kebanyakannya kena develop sendiri. isk! pasal tu aku cakap, kalau saper2 tanya aku keje apa aku susah nak jawab. dok kat tempat aku, buat keje aku, then baru nampak n paham.

anyway, doakan semoga aku dipanjangkan umur n diberikan kesihatan n kekuatan untuk tunaikan amanah mereka2 yang membayar gaji aku. insyaAllah, selagi diizinkan Allah, kat situlah aku, tak ke mana (kecuali kalau aku n hubby dah setup bisnes sendiri nanti) :D ...

update di tengah malam

hm..aku baru lepas menyiapkan file editing aku yang kedua. memang menyakitkan badan. tapi tak per... banyak hikmah yang aku dapat. antaranya aku dapat belajar guna software tu sedikit demi sedikit n aku jugak belajar makna sabar. paling best bila husband datang n urut2 belakang aku sambil pujuk... "sabar sayang..." *sengih*.

sebenarnya aku dah nak tido dah. tapi bila aku masuk bilik tadi (aku buat keje kat ruang tamu, husband aku buat keje dalam bilik), aku tengok husband aku dah tertido kepenatan memerah otak mencari idea depan laptopnya yang masih terpasang n internet still connect. terus terlintas nak update blog aku sikit. heeheehee...

actually my husband sekarang tengah sibuk dengan dia web design job dia. alhamdulillah... rezeki Adam n berkat dhuha, banyak pula job yang masuk. payment sikit atau banyak, itu soal kedua. walaupun satu sen, itu tetap rezeki. alhamdulillah... (kalau kak ilus nie mesti dia cakap "tak material"). aku memang teringin nak tolong my hubby buat website tu. tapi dengan kesuntukan masa aku sekarang nie, terpaksa la aku memendamkan dulu hajat tu. apa yang aku dapat tolong husband aku is tolong plankan mana yang dulu dan mana yang kemudian. pastu tolong penuhkan tumbler husband aku dengan air masak. tak pun tolong urutkan bahu dia. extra sikit, tolong bagi idea n carikan bahan sikit. selebihnya, aku terpaksa menghabiskan masa dengan menyiapkan keje2 aku tu.

setiap kali my husband dapat call dari customer atau tayang order yang masuk email dia kat aku, aku tak dapat lari dari rasa kagum n bangga. dia yang aku kenal, dari dulu sampai sekarang, tak pernah kering idea camner nak cari duit. ada jer usaha dia. jadi atau tak, tu nombor dua, Allah yang tentukan. yang penting usaha. bagi aku dia sorang yang sangat cekal. kalau dia dah set target dia nak kan something, dia akan usaha jugak dapatkan. of course dengan cara dia yang sangat 'sopan' n 'lemah lembut' tu or in other word - slow (err... sori sayang... ) :D tapi dalam slow2 tu, hasilnya sangat memberangsangkan. dia tak kisah bersusah payah ke sana ke mari, amik masa berapa lama sekalipun, jumpa sesaper saja yang perlu, asalkan dia dapat apa yang dia nak. tak pernah aku nampak dia jemu. lebih 10 tahun aku kenal dia, mulut dia tak lekang bercakap pasal komputer, design n yang sewaktu dengannya.

beza benar dengan aku. kalau boleh semua nak cepat. kalau aku nak something, aku nak waktu tu jugak. kalau kena tunggu pun, jangan lama sangat. agak2 tak dapat jer, aku akan tinggalkan jer. bukan la putus asa. tapi cuba lain kali pulak. (tapi 'lain kali' tu kena tunggu sampai mood tu datang balik la). pastu aku nie jenis cepat boring. 'tak istiqamah', orang cakap. memang dasar gemini. semua nak buat, semua nak belajar. tapi semua sikit2 jer. contohnya masa mood aku nak jahit crosstich dulu. membara2. banyak sample aku beli. husband aku nie layankan jer. rasanya hampir 10 sample dah. tapi 1st crosstich yang aku buat sejak hari raya 2 tahun lepas, sampai sekarang tak siap2 lagi. husband aku selalu tanya, "bunga awak tu bila nak tumbuh?" (sebab crosstich aku tu gambar bunga). hahahaha! camtu jugak dengan buat skrip. ada sorang producer offer aku buat skrip. siap jer hantar kat dia. ingat lagi, aku buat sinopsisnya. siap bincang dengan my buddy tentang jalan citer (masa tu aku tak kawin lagi). pyan pun siap mintakkan contoh skrip kat sorang producer yang agak glemer jugak. last2 sampai Adam dah nak lahir dah, sinopsis tu hanya tinggal sinopsis. nasib baik producer yang offer tu tak tuntut. yang terbaru, sangat semangat belajar design. nak create scrap book untuk Adam. beribu2 dan gambar, design paper n embellishment dalam pc aku tu (serius tak tipu). siap scan balik semua gambar2 lama aku n hubby. tapi tak mula2 lagi sebab semangat tu dah hilang sikit (tapi yang nie aku ada alasan yer... bz dengan keje).

at this part, aku memang salute my hubby. harap2 our Adam akan ikut sikap ayah dia. tak putus asa. doesn't mean ummi dia cepat putus asa... cuma kureng sikit dari ayah dia jer... :D

letihnya...

macam biasa. bila aku sebut pasal letih jer, mesti tak lain tak bukan, ada kena mengena dengan keje2 aku kat ofis nie. tapi dalam banyak2 keje yang aku buat, keje edit mengedit la yang paling buatkan aku letih. letih mata, letih otak, letih belakang badan. dekat area belikat aku nie akan pedih semacam jer. husband aku cakap, kalau boleh scan, mesti boleh nampak ada urat2 yang putus atau luka sebab tegang sangat.

time aku buat editing, memang aku akan fokus betul2. semalam ada sorang hamba Allah cakap yang aku nie jenis yang sangat2 teliti. boleh dikatakan terlalu. tapi dalam pada 'terlalu teliti' tu, ada juga kecuaian yang aku buat. tu yang buat aku letih tu. ok, katakan aku kena edit 400 pages punya manuskrip n aku dah siap edit sampai page 200. tiba2 kat page 201 aku perasan ada wording2 yang kena italic. aku akan ulang balik check dari page 1 n check word by word ok...! berpinar biji mata.

tapi aku suka. it's fun. aku memang suka buat keje yang memerlukan fokus walaupun letih. kepuasannya bila tengok hasilnya nanti. tapi kalau tiba2 terperasan pulak ada salah lagi dalam hasil tu nanti, aku akan rasa nak meraung jer. egh! my hubby cakap, ala... sikit jer tu... abaikan. (dah lama aku tak guna word 'abaikan' tu. dulu2 aku selalu guna word tu dekat my buddy).

check-up punya citer

alkisah, 2 weeks ago aku kena buat detail scan for my baby. sebelum doktor bagitau aku kena buat detail scan tu, aku dah baca satu artikel tentang kepentingan detail scan. tapi sebelum decide untuk buat detail scan tu, parents-to-be sangat digalakkan untuk bincang dan fikir dulu masak2 sama ada nak buat atau tak. why? sebab basically detail scan will tell u more details tentang baby u. i mean, kot2 ada kecacatan atau ketaksempurnaan. detail scan can also detect down syndrom symptom. sebab tu parents-to-be kena decide betul2. sebab resultnya akan sangat mempengaruhi emosi terutamanya di pihak ibu. aku pun bacakan artikel tu kat my hubby. dia cuma senyum. "kalau doktor tanya awak nak buat ker?" aku senyum. tak jawab apa.

masuk bilik doktor, tup2 doktor kata, every pregnant mom sangat digalakkan buat detail scan. untuk tak merisaukan aku, doktor bagitau yang setakat nie semua result detail scan sangat2 cemerlang. maybe ada 1 case dalam 500 kehamilan. at 1 side, aku lega. but at 1 side aku risau jugak sebab kebarangkalian tu tetap ada. me tengok hubby, hubby tengok me. senyum lagi (sampai nurse2 kat klinik tu cop aku 'kakak senyum'). then i said, "ok la." baru la doktor pun senyum. :)

so, two weeks ago aku pun buat la scan tu. alhamdulillah... my Adam sihat sempurna. every bones, every organs, terbentuk dengan sangat cantik dan baik. detail scan nie doktor pakar yang buat, bukan doktor biasa yang check aku tu. aku tengok doktor tu yang terlebih excited sepanjang scan tu. "see! his legs!" "can u see his paru2?" "oo..his tapak kaki so cute!" n macam2 lagi exclamation yang sangat menunjukkan keterujaan dia. memang padan la dia jadi doktor pakar. she loves his job! :D me n hubby nie terkial2 la nak memahamkan imej kat skrin tu. satu2nya yang paling jelas dekat mata aku n hubby is my baby's head. tu pun sebab bentuknya paling obvious - bulat. doktor tu tunjuk imej 3D pun kitorang blur. :))

hasilnya insyaAllah - my Adam a bit tall, small n active. overall, normal. alhamdulillah...

back to ummi... (me). since my mom got diabetes n darah tinggi, so aku kena pun check semua tu jugak. in fact ujian2 for all those things diwajibkan untuk pregnant mom sekarang. so, d very next week aku pun gie buat checkup lagi. 1st test, my blood. aku tak berani tengok masa darah aku kena amik. erk! 2nd test, aku kena minum air gila. serius air gula yang sangat pekat n likat! aku rasa nak termuntah kat situ jugak! dah la masa aku minum tu, ramai budak2 yang kena praktikal kat poliklinik tu baru sampai. dengan muka terkelat n tekak yang dah mula perit, terpaksa jugak aku habiskan 1 gelas besar air gula tu. serius rasa macam nak pitam. eghh..!

then i've to wait for 2 hours then only my darah akan diambil balik. sementara 2 jam tu, me n hubby lepak rumah kakak ipar aku kat s.alam jugak. dari dalam keta lagi perut aku dah bergelodak semacam. setiap kali aku terbayangkan air gula tu, terus rasa mual. hubby aku cakap apa pun aku tak respon. sampai rumah kakak ipar aku, aku rasa lega sikit. tapi tengah kitorang menyembang2 tu, tiba2 jer aku rasa nak termuntah n akhirnya terhambur la semua 'perasaan' yang aku pendam tu. huh! lega... :D

unfortunately, waktu aku checkup balik lepas tu, my bacaan gula lepas minum air gula tu jatuh! before minum 5.0, lepas minum 3.8! mula2 aku plan tak nak bagitau yang aku muntah. takut kena minum balik air gula tu. tapi bila aku tengok nurse2 tu macam kalut2 n doktor pun muka risau, baru la aku cakap aku muntah, n semua yang ada kat situ menarik nafas lega. "so, test hari nie tak boleh pakai. u've to come next 2 weeks untuk buat 2nd checkup just for diabetes. n this time, make sure u tak muntah lagi tau. tahan sikit." dengar jer doktor tu cakap camtu, terus aku rasa nak pengsan time2 tu jugak.

so, semalam is that 'next-2-weeks'. nasib baik kali nie air gula yang aku minum tu walaupun sangat pekat manisnya tapi masih ada rasa masam sikit. aku imaginekan macam air ribena. so aku boleh minum dengan jayanya tanpa muntah. sementara nak tunggu 2 hours tu, me n hubby lepak kat tasik s.alam. best pulak rasa. dah lama tak bersantai2 kat tasik camtu.

but my sugar reading still FAIL! aghh! my gula a bit high! before 4.1, after 9.3! masuk2 bilik jer, doktor terus cakap kat my hubby - she's fail this test! duh! what else...?? "u got diabetes. at 1 side, u dont have to worry. most pregnant mom will got diabetes sebab both baby n mother punya hormon. so mostly, this is for temporary. but still, at 1 side, u've to worry ur baby. sebab baby yang akan dapat kesan2 lebihan gula dalam badan u tu. so, u've to be very careful with ur eating. take less sugar, coklat, everything yang sweet n berkarbohidrat, n also tepung.. bla bla bla!"

my hubby senyum perli dekat aku dah. "kalau sebelum nie u makan coklat sampai 1 bar atau 2 bar sehari, this time, makan 1 potong jer sehari. tu pun kalau betul2 teringin. selebihnya makan minggu depan pulak." again my hubby senyum lebar. n banyak lagi pesanan2 doktor tu yang buatkan my hubby senyum lebar n sinis. "i akan pantau ur sugar reading. u've to make sure it's back to normal, for ur baby's sake. but u jangan diet time i nak amik bacaan jer. makan macam biasa cuma less sugar n karbohidrat. think ur anak, bukan anak tekak." n d doc n my hubby terus ketawa. erk! how can they laugh??

1 more, darah merah is very low. anemia. i never know before. seriously. but like doctor said, it's 'normal' for a pregnant mom but still NOT NORMAL for baby. "so, everything u eat, think about ur baby too".

looking back to my eating habit since i'm pregnant, yup, i kerap makan manis. tapi sekali amik, i tak amik banyak. seingat aku, aku cuma kerap makan coklat n gula2. tu pun bila my tekak n lidah rasa mual n tak selesa jer. so, lepas nie memang aku akan kurangkan la. my hubby cakap, once a month jer aku boleh makan coklat. erk! bulat mata aku dengar arahan dia. ayyoo!

~ raikan cinta : 2 ~

masih tentang cinta.
sekadar mengimbas perjalanan 'kisah2 cinta' yang berlaku di sekeliling aku sekarang'.

Untuk Yang Sedang Bermain-main Dengan Cinta
cinta bukan satu permainan. percaya la, cinta tu boleh jadi sesuatu yang sangat kuat n sesuatu yang sangat lemah. sekali kita permainkan cinta, lebih dari sekali kita akan dipermainkan olehnya. Allah Maha Adil...

Untuk Yang Sedang Berteka-teki
jangan terlalu melayan rasa. kalau ada peluang untuk luahkan, luahkanlah. carilah cara paling halus untuk menzahirkan rasa tu. jangan buatkan diri sendiri tertunggu2 lama sangat. ada masanya, kita perlu tegas dengan hati sendiri. kalau kehendak hati didahulukan, takut nanti masa n usia kita yang akan terbuang sia2.

Untuk Yang Sedang Menanti Yang Pasti
jangan terus berdiri dalam kesamaran. perlu ambil sekurang2nya 1 langkah. bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri jugak. kadang2 kita perlu pentingkan diri n hati sendiri sebelum dapat bertemu dengan makna cinta yang sebenar. selagi kita terus menanti, selagi itu la kita tak akan bertemu dengan yang 'pasti'. sedangkan 'pasti' itulah yang sedang kita nantikan.

Untuk Yang Sedang Bercinta
peliharalah hubungan tu agar sentiasa di landasan syariat. jangan nanti kita dihukum hanya semata2 kerana dosa akibat hasutan cinta. cinta itu harus kita pandu dengan iman, bukan cinta yang memandu kita dengan kealpaan. tetapkan hati, kuatkan iman. tak rugi melepaskan sesuatu yang boleh menghancurkan kita kalau semua usaha kita untuk membawa cinta tu berjalan di atas kebenaran, tak berkesan. ada hikmah yang tersembunyi di dalam setiap perkara yang telah ditetapkan oleh Allah. selagi kita mencari n memohon yang terbaik, pasti ada yang lebih baik yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita. yakin itu.


Untuk Yang Bakal Memiliki Yang Pasti
gerbang tu hanya selangkah di depan mata. sabar, sabar n terus sabar. sebab bila kita dah melangkah ke dalam gerbang tu nanti, banyak lagi perkara yang akan menuntut kesabaran kita. pelihara perasaan dan ikatan yang sedang kita miliki nie sebaik2nya supaya ia akan sentiasa berada n terpelihara di dalam redha Allah. menjaga hubungan sebelum ada apa2 ikatan itu susah. tapi menjaga hubungan yang telah ada ikatan tapi masih belum disahkan dengan akad itu, lebih susah lagi. banyak yang dituntut oleh hati, tapi banyak jugak yang harus diabaikan. sehingga sampai detik akad dilafazkan n hati bergetar waktu bersalaman n dahi dicium, peliharalah ikatan itu. jangan cemarkan sunnah dengan sesuatu yang nampak indah tapi hakikatnya membawa padah. ibarat membina masjid dengan bata yang pecah2.

ingatan nie untuk diri aku jugak. semoga indah cinta waktu di dunia tetap dapat kita nikmati hingga ke syurga, n kekal bersama dia yang bernama 'cinta'...

'Selagi kita mencintai yang Maha Pencinta, selagi itulah kita akan merasa sentiasa dicinta...'
:)

~ raikan cinta : 1~

bulan nie orang cakap 'bulan cinta'. sebabnya mereka2 yang gemar mengajuk2 budaya n tradisi barat akan meraikan valentine's day esok. tak per la.. semoga diberi hidayah Allah. cinta tu tak perlu tunggu valentine's day atau setiap februari jer baru nak diraikan. tapi setiap saat, setiap waktu, setiap hari, raikanlah cinta. :)


isk! kalau la makhluk2 tertentu baca entry aku kali nie, mau gelak sampai terhambur semua isi perut. yang pasti 2 ORANG di antara mereka memang akan gelakkan aku bila baca entry nie. (u know who u are...) :))


takper2.. abaikan mereka. back to our topic hari nie ~RAIKAN CINTA~. btw entry hari nie bukan la sempena 'bulan cinta' nie yer. tapi sekadar lontaran rasa aku. sebagai tanda syukur, sebagai tanda penghargaan, sebagai renungan, sebagai tanda ingatan dan sebagai peringatan kita bersama.

~ ERTI CINTA ~

bagi aku cinta tu sangat abstrak, sangat subjektif maknanya. susah nak jumpa definisi yang sama dari dua orang bila ditanya tentang makna cinta. cinta tu bagi aku adalah satu perkataan yang mewakili semua perasaan.


aku tertarik dengan episod 'cinta sejati' dalam rancangan ally (tv3) kelmarin. dan aku sangat2 tertarik dengan definisi cinta bagi A. Samad Said - (lebih kurang bunyinya) "bagi saya yang dah tua nie, cinta tu ialah bila saya disayangi, dijaga dan diberi perhatian...". yup! sangat mendalam maksudnya n itu cuma sebahagian dari maknanya. TAPI walaupun sebahagian, ia tetap menjadi antara makna yang paling didambakan oleh setiap manusia. aku jugak tertarik dengan 'airmata' salah sorang jemputannya. tak sampai 10 minit rancangan tu bermula dan tak sampai 2 soalan diajukan pada dia, airmata terus berlinang, malah dari soalan pertama lagi suaranya dah tersekat2. apa yang buatkan aku tertarik ialah sebelum nie aku selalu baca n dengar macam2 tanggapan n tuduhan tentang jemputan tu. tapi sungguhlah, cinta tu boleh membuatkan hati yang keras jadi lembut, muka yang selalu masam jadi selalu tersenyum. 'setinggi' mana pun perawakan seorang manusia tu, dia akan tunduk juga pada cinta. itu hakikat yang memang tak dapat kita nafikan. perasaan yang dah memang sedia halus bertambah2 halus n sensitif bila sebut saja tentang CINTA.


seumur hidup aku setakat nie, alhamdulillah, aku bersyukur sangat pada Allah sebab aku tak terlibat dengan ramai orang bila masuk bab2 cinta nie. sebelum kawin, hanya 2 orang hamba Allah jer yang mengenalkan aku pada perasaan nie. dari diorang la aku belajar apa itu cinta. n sekarang, salah sorang dari diorang adalah MY HUBBY. lepas kawin baru aku betul2 merasai, menghayati n menjiwai cinta. bila terlafaz jer akad, terasa sungguh perasaan tu meresap dalam hati. syukur... syukur... bak kat my hubby, itulah rahmat Allah.


~ USIA CINTA ~

ada satu citer pendek dekat channel hallmark astro, walaupun aku masih mencari2 maksud sebenar cerita tu, tapi sangat2 menyentuh2 hati aku. wataknya cuma 2 orang - seorang suami n seorang isteri. dua2 dah tua. citernya bermula bila lelaki tu bangun dari tidur, buka mata n dia terus tatap isterinya yang masih 'lena' (aku letak 'lena' sebab aku tak pasti isteri dia tu memang tengah tidur ker atau dah meninggal sebab dari mula sampai habis cerita, isteri dia memang tak bangun2, tapi baring kaku jer tak macam orang tidur). si suami nie terus bangun, buat sarapan, mandi n bersiap sambil mata dia tak lepas merenung sayu dekat isteri dia. ada satu part tu dia keluarkan baju isteri dia warna putih dari dalam almari n sekali lagi tengok isteri dia dengan muka sedih. n then dia pakai kasut, betulkan tie, sikat rambut n renung isteri dia sekali lagi, n terus baring dekat sebelah isteri dia jugak. habis... apa yang buatkan aku sedih? wajah si suami tu... n umur watak2 tu. hmm... sangat sayu... walaupun tanpa sebarang dialog tapi riak muka n setiap tingkah tu sangat menzahirkan kasih sayang dia pada isteri dia.

secara umumnya, bagi aku, aku sangat2 kagum pada cinta yang bertahan sampai usia tua. susah nak cari. maksud aku, yang tetap dizahirkan sama macam waktu bercinta masa muda2. semoga cinta macam nie akan jadi milik aku n kita semua.

~ CINTA SEMPURNA ~

malam tadi pulak aku tengok satu citer kat HBO - the breakheart kid. kisah tentang sorang lelaki nie yang dah 5 tahun lebih bertunang dengan awek dia. tapi setiap kali tunang dia ajak kawin, dia akan bagi lebih 1001 alasan termasuk la alasan yang tunang dia nie tak suka salah satu watak dalam filem kegemaran lelaki tu. sudahnya diorang putus tunang n tunang dia kawin dengan orang lain. yang 'sadis'nya, lelaki tu sedih pulak bila bekas tunang dia kawin dengan orang lain. 'frust' punya pasal n setelah didesak2 oleh ayah n kawan baik dia, dalam dilemma, dia pun kawin dengan sorang perempuan yang baru 2 minggu dia kenal n pegi honeymoon. rupa2nya isteri dia tu ada macam2 kelemahan. pernah hisap kokain, banyak hutang, tak ada keje, tidur berdengkur, ada masalah 'septum lencongan' (bila minum banyak jer, air akan keluar ikut hidung dengan banyak jugak), degil n macam2 lagi. dalam dia tensen2 tu, dia jatuh cinta n berkawan dengan sorang perempuan yang baru dia kenal kat tempat dia honeymoon tu. dalam dilemma lagi, tak sempat dia nak bagitau perempuan tu yang dia dah kawin, keluarga perempuan tu dah tau dulu n diorang pun terus terpisah. tanpa putus asa, lelaki tu nekad tinggalkan isteri dia n menempuh macam2 halangan untuk cari balik perempuan tu. malangnya, perempuan tu pulak yang dah kawin, lepas 2 minggu berpisah dengan lelaki tu. so lelaki tu pun bawak diri. 18 bulan kemudian, perempuan nie cari balik lelaki tu n jumpa. rupa2nya perempuan tu pun bercerai tak lama lepas dia kawin sebab dia pun cintakan lelaki tu. lelaki nie pun masih cintakan perempuan tu. menariknya, di akhir cerita, setelah berjanji2 nak jumpa lagi, datang sorang perempuan lain dekat lelaki tu. rupa2nya, dalam tempoh 18 bulan tu, dia dah kawin... sekali lagi lelaki tu dalam dilemma... aku n hubby memang tergelak2 tengok citer dia. citer yang simple penyampaiannya tapi sangat kompleks jalannya.

ada few mesej yang aku dapat dari citer tu. antaranya : 1. cinta bukan tentang kesempurnaan. kadang2 kita nie terlalu mencari yang sempurna tanpa sedar yang kita sendiri tak sempurna, malah dalam dunia nie tak ada sorang manusia pun yang sempurna. itu la yang menjadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain. hakikatnya, kita kena saling menerima kelemahan pasangan kita n sangat2 kena memujuk diri sendiri untuk bertoleransi dengan kelemahan tu, sebab kita pun nak dia terima n toleransi dengan kelemahan kita jugak. 2. umumnya, 'love takes time' tapi kalau betul 'love takes time', dari mana datangnya ayat 'love at first sight'? dua ayat yang saling n sangat bercanggah maknanya. so, adakah kita memang kena betul2 kenal dengan pasangan kita sebelum amik keputusan untuk kongsi hidup dengan dia? kadang2 ada yang bertahun2 bercinta tapi bila kawin, bercerai, kejap jer. ada jugak yang baru jer kenal tapi bila kawin, kekal sampai akhir hayat. hmm...

aku teringat ada satu dialog yang sangat2 aku suka dalam salah satu citer yang aku tengok dulu. kisahnya tentang sorang lelaki nie yang masih lagi mengingati kekurangan2 n kelemahan2 isteri dia yang dah lama meninggal. so, dia nak cari perempuan yang lebih sempurna la sebagai pengganti isteri dia tu. anehnya, setiap kali dia ingat kekurangan2 n kelemahan2 mendiang isteri dia tu, setiap kali tu la perasaan cinta dia pada mendiang isteri dia tu makin kuat sampai akhirnya dia amik keputusan untuk tak nak cari pengganti dah n setiap hari dia pergi kubur isteri dia sampai dia sendiri meninggal sakit jantung dekat kubur isteri dia tu.

dialog yang aku suka tu, have been said by salah sorang perempuan yang dia kenal - "kamu mengingati setiap kekurangan mendiang isteri kamu sebagai salah satu alasan untuk kamu melarikan diri dari bayangan dia. hakikatnya, setiap kekurangan n kelemahan dia dulu, menjadikan kamu seorang yang sangat diperlukan di sisi dia. n kerana itulah kamu mencintai dia. tanpa sedar, sekarang rasa cinta kamu pada dia lebih subur dari sewaktu dia masih hidup. cinta tak semestinya sentiasa berdiri di sebelah kesempurnaan tapi dalam banyak keadaan, cinta duduk bersama2 kekurangan. sebab itulah Tuhan menjadikan perasaan cinta, supaya kita dapat saling menerima kelemahan masing n dapat saling menjaga satu sama lain". lebih kurang la... walaupun mungkin tak tepat sangat dialongnya, tapi tak ada satu pun point dialog tu yang aku lupa.

bercakap tentang cinta... tak tahu mana hujungnya. bermula dari alam syurga tapi hanya Allah yang tahu di mana akhirnya. mungkin entry nie lebih fokus pada cinta sesama manusia atau senang cakap, cinta antara seorang lelaki n seorang perempuan. aku bukan sasterawan yang pandai nak mereka2 ayat berbunga atau seorang da'ie yang nak bercakap n menghuraikan tentang cinta pada yang Maha Esa, atau seorang ahli politik yang nak bercakap tentang cinta pada negara atau dunia. aku cuma manusia biasa, seorang kawan, seorang anak, seorang kakak n seorang isteri yang begitu mencintai n menyayangi orang2 yang ada di sekeliling aku. jadi untuk semua yang membaca... jauh atau dekat, sering bersama atau tidak... kalian adalah antara orang2 yang mengajar aku untuk MERAIKAN CINTA... :)

nombor lagi

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir. Mari Kita Kira.

Contoh:12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


3. Ceria
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konservatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

lagi tentang nombor

* nie aku amik dari a blog yang aku tak ingat langsung nak amik addressnya. nanti kalau aku jumpa balik blog tu aku paste kat sini. insyaAllah... (credit to d owner)

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir - Dr Fadhilah Kamsah

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2.

Kemudian campurkan kesemua nombor.
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8.

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1.
Hasilnya..
2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.

tentang nombor

actually aku nak update citer tentang nombor nie dari minggu lepas lagi. tapi disebabkan kepadatan keje aku ditambah pula dengan ketakcukupan masa aku ditambah lagi dengan 'kerajinan' aku mengupdate blog nie, maka aku tundakan sehingga semalam. malangnya semalam pun aku tak dapat (tak nak sebenarnya) update juga pasal nombor nie sebab my csi sis punya pasal la. karang dia kata aku tiru dia sebab memang dalam kebanyakan keadaan, dia yang akan buat dulu walaupun idea tu dah lama ada dalam kepala aku nie. isk! bagi la chance...

anyway, lupakan semua tu. back to main topic. tentang nombor.

ceritanya bermula dari officemate aku nie la. punya la dia baik dengan owner kedai aksesori kat bawah ofis aku nie sampai ms. owner tu sanggup meluangkan masanya untuk 'membaca' tarikh lahir officemate aku nie ikut kaedah metafizik. kebetulan pula, hampir 98% yang ditekanya tu tepat belaka. so officemate aku nie pun dengan very d excitednya terus menghebahkan berita tersebut n budak2 ofis aku yang lain nie pun excited la untuk 'kenal diri sendiri'. aku n sorang lagi member jer yang ketinggalan sikit.

so last week, officemate aku nie ajak aku pulak. dah sekian lama dia ajak, dengan rasa nak-nak-tak-nak aku pun gie la. n yup, hampir 96% tekaannya tentang sifat2 aku betul. naper aku punya 96% n officemate aku 98%? sebab ada jugak yang dia teka tentang aku tak berapa betul. contohnya, aku tak akan bagitau my hubby kalau aku dapat apa2 side income. yang tu tak tepat sebab setakat nie, dalam bab duit aku memang tak ada rahsia apa2 dengan my hubby. camtu jugak dengan dia.

ok. here are antara character aku berdasarkan kaedah metafizik tu:
1. lembut tapi strong character
2. sangat particular bab duit (hehehe... aku baru perasan part nie) tapi tak la sampai berkira. cuma every single cents yang keluar ada dalam rekod aku n aku dah ada plan on how to spend my duit
3. sangat menjaga duit
4. sangat trustworthy escpecially bab duit (isk! duit jer nie!). kakak owner tu cakap, aku sesuai keje in banking (very2 sebab aku memang sangat taksub dengan keje2 yang ada kaitan dengan nombor nie. :D )
5. kuat keje n tak berkira keje tanpa mengira upah n salary jugak. (erk!)
6. boleh siapkan banyak keje on time
7. will doing good in bisnes
8. banyak berfikir (sebab my number 898 - really big2 number)
9. banyak mendahulukan famili sendiri (berbanding famili mertua. erk! nehi!)
10. antara me n hubby, me yang akan banyak dominasi hala tuju our relationship (semoga dipandu oleh Allah), me yang banyak pesongkan dia (erk!) dalam maksud yang positif n me yang banyak push dia (certain2 thing n condition laa...). senang cakap me yang lebih agresif dari dia la (yela kan... my hubby is a very soft n patient person but with strong integiriti ok! hakikatnya aku lebih suka follow dia jugak sebab setakat nie dia yang lebih wise dari aku. hehehehe!)

my hubby's pulak, antaranya :
1. pelaris (sebab ada nombor 696 - nombor pelaris). in other words, sesuai jadi promoter n salesman
2. sweet talker n very d 'pikat orang' punya person
3. will doing good in bisnes. in fact, tu la line kerjaya yang sangat sesuai dengan my hubby (amin...)
4. very d penyabar
5. agak lurus. tak der belok2 punya. senang cakap - very sincere n honest
6. cool guy
7. wise wise man

ada la lagi explaination2 yang lain but seriously tak der yang negatif (kecuali few parts on me la). maybe kakak owner tu saja tak nak revealkan yang negatif2. yela, buat apa nak bagitau buruk orang. baik kita sebut yang baik2 jer, semoga jadi pemangkin semangat dia.

actually walaupun teruja mendengar 'tekaan' dia tu, hati berkata2 jugak. takper ker mintak orang 'baca2' nombor nie? tapi hati aku terubat sikit bila kakak tu cakap apa yang dia cakap tu semua semata2 berdasarkan nombor yang ada dalam tarikh lahir kita tu. ada yang betul, ada yang tak betul. mana yang kita rasa betul n baik, kita teruskan. mana yang betul tapi tak baik, kita baiki atau tinggalkan. kalau tak betul atau rasa macam tak ada jer sifat tu dalam diri tapi sifat yang tak ada tu baik, usahakan la untuk amalkan. semuanya bergantung pada diri sendiri jugak, tak leh taksub sangat.

contohnya macam my hubby, ada semua ciri2 yang diperlukan dalam bisnes. kalau buat bisnes pun, my hubby tetap kena usaha. cumanya mungkin lebih mudah sikit. sama macam aku. walaupun nombor aku dipenuhi dengan nombor 'duit', tapi kalau aku tak jaga, boros semacam, main langgar jer bajet2 yang aku buat tiap2 bulan tu, tetap jadi papa kedana di hujung bulan jugak. so d point is semua berbalik pada diri sendiri jugak... :)

mari ber'tag' lagi!

***Here are the rules - post this list on your blog replacing my answers with yours.Tag people to do the same thing.If I tagged you, it's because I want to know more about you.

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE
*err... mak kata, nama salah satu watak dalam salah satu novel yang mak suka. ejaan jer lain sikit.

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
*tak hingat laa..

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
*was like. hahahahaha!

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAL?
*apa2 yang mak masak n ada ikan keli.

5. DO YOU HAVE KIDS?
*expecting!

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
*of course...!

7. DO YOU USE SARCASM?
*sometimes

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
*nop

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
*oh no... n will not!

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
*nestum original. tapi tengah boikot nestle la..

11. DO YOU UNITE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
*yup

13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
*coklat of course n aiskrim kacang 20 sen satu tu.

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
*eyes n smile

15. RED OR PINK?
*i prefer pink

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
*my lesung pipit. hahahahaha!

17. WHO DO YOU MISS THE MOST ?
*everybody i used to be with

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
*errr... ulang soalan boleh??

19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
*black pants n brown shoes

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
*quran reciting by adik Taha from Iran

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
*d nicest n everybody's favorite color. :D

23. FAVOURITE SMELLS?
*minyak wangi kasturi, my husband's

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
*tak ingat. aku tertinggal hp kat ofis 3 hari. aman dunia. hahahaha!

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
*tak nak jawab boleh? hahahahahah!

26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
*gimrama

27. HAIR COLOUR?
*aku rasa macam black. tapi ramai yang cakap perang pekat. hmm...

28. EYE COLOUR?
*dark brown

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
*yup...

30. FAVOURITE FOOD?
*ikan keli n western

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
*happy ending la of course...

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
*tak ingat jugak! uiks! tahap ingatan aku dah makin menurun ker nih??

33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
*black n green

34. SUMMER OR WINTER?
*winter laa...

35. HUGS OR KISSES?
*greedy person! greedy person! both!

36. FAVOURITE DESSERT?
*anything yang sedap

37. MOST LIKELY TO RESPOND?
*yang aku suka la

38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
*kalau orang kacau or panggil time tengah khusyuk buat keje

39.WHAT BOOK ARE YOU READING?
*Asbabun Nuzul n Penyiasat Remaja! hahahahaha!

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
*nothing. my desk

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
*ntah! campur2. aku tak tengok tv sangat. keje banyak!

42. FAVOURITE SOUND(S)?
*bunyi hujan! :D

43. ROLLING STONES OR BEATLES?
*dua2 tak minat!

44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
*brunei n singapore

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
*tulis lirik i guess...

46. WHERE WERE YOU BORN?
*tg. malim

saat terindah...

apa saat2 paling indah dalam hidup anda setakat nie? mesti setiap orang ada jawapan masing2. tak semestinya sama. bagi aku, aku dah lalui macam2 peristiwa yang indah dan hepi. tapi berkongsi hidup dengan seorang yang bergelar suami adalah yang paling indah dan bahagia. tak lama lagi, jika diizinkan Allah, aku n hubby akan bergelar ummi n ayah pulak. n saat2 penantian kelahiran seorang Adam nie pun adalah antara saat2 terindah dalam hidup aku.

entry aku nie bukan nak mencanangkan kebahagian aku. tapi hati aku tersentuh sangat baca satu berita dalam Harian Metro nie pagi nie - Dugaan Ibu Hamil, yang kematian suami akibat kemalangan. 2 orang anaknya pulak dalam kritikal. sebagai salah sorang yang berbadan dua, aku memang cukup sensitif bila membaca atau mendengar berita2 sedih mereka yang berbadan dua nie jugak. terasa cukup meruntun n terpaksa aku tahan2 airmata nie dari turun depan orang.

aku tak nafikan. jiwa seorang perempuan yang sedang mengandung memang sangat2 nipis. kalau boleh nak dibelai, nak diberi perhatian, nak diteman n nak difahami setiap masa. most common reason yang kita dengar, sebab hormon. at this point, aku sangat2 bersyukur pada Allah kerana dikurniakan my hubby sebagai suami. not denying husband orang lain. i mean, aku salah seorang yang beruntung.

cuba letakkan diri dalam situasi wanita tadi. kandungan 6 bulan, suami pulak meninggal. macam tu jugak bila aku baca berita tentang nora danish dan cerita2 lain seumpamanya - yang bersendirian sewaktu mengandung. apa perasaan diorang? sedangkan waktu tu la pinggang tu asek sakit, kepala tu asek pening, nafas tu asek sesak, berjalan pun asek mengah, kaki pulak senang jer uratnya tegang n senang jer membengkak, tekak pulak asek rasa nak muntah jer. tapi apapun, rutin harian tetap kena diteruskan, sampai la kalau dah betul2 tak larat. kalau ada suami kat sisi, boleh jugak jadi peneman n peringan beban (bukan nak cakap baby tu beban ek... dont get me wrong). ada la jugak tempat mengadu n manja2. tapi mana yang sorang2 tu? belum lagi mereka2 yang ada suami kat sisi, tapi macam tak ada. semuanya buat sorang2. mengadu pun buat tak layan. kena marah lagi ada la. tertekan jiwa. kalau tak kuat semangat, mau jadi meroyan. aku tak dapat bayangkan perasaan mereka. kalau aku terus bayangkan jugak, mau aku amik half day hari nie, pening kepala sebab banyak nangis. :D

saat2 kehamilan seharusnya jadi saat2 penantian yang mengasyikkan. melayan kerenah badan sendiri, kerenah baby yang menendang2 tak sabar nak kenal dunia, kerena hubby yang kadang2 dia pulak yang terlebih manja. teruja nak lengkapkan hamba Allah yang bakal lahir tu dengan macam2 benda. tapi ujian Allah tak mengira tempat, masa n keadaan. kena sentiasa bersedia n sabar. hati n jiwa kena sentiasa kuat. tak kuat macam mana pun, kena jugak dikuat2kan. iman tu kena tetap. kerana dalam setiap ujian tu ada hikmah yang mengiringinya.

aku berdoa, semoga mereka terus tabah mengharungi setiap dugaan. n semoga Allah terus limpahkan rahmat n redhaNya pada kita semua. terima kasih, Allah... atas segala kurniaanMu...


* terbayang Saidatina Aminah Abd Wahab... baru kahwin, dah berpisah dengan suami. tengah hamil, berpisah kekal pulak tu...

out loud!!

actually nie cerita2 nie dah agak berbulan2 lamanya. tapi aku baru teringat nak citer. koleksi pelbagai situasi yang mengundang hamburan kata2 dan reaksi2 yang setengahnya sopan n setengahnya tak sopan sangat dari aku, bergantung pada situasi la.

SITUASI 1
peristiwa nie berlaku dekat sebuah hentian R&R. waktu tu aku n famili aku, nak solat subuh. surau kat hentian tu tak berapa besar. sejadah n telekungnya pun tak banyak. yang aku pulak terlupa nak amik telekung kat dalam kereta. nak patah balik, paking jauh. call husband aku pun tak angkat, maybe tengah solat. so nak tak nak, aku n mak aku pun tunggu jer la giliran sambil tunggu mak aku amik wudhuk. apa yang buat aku geram, ada segelintir pengunjung surau tu yang siap ber'cop2' tempat solat. siap letak beg, bentang sejadah, letak telekung. mula2 aku ok lagi. tiba2 ada sorang remaja nak solat dekat salah satu tempat yang dah di'cop' tu. tiba2 'pemilik tempat' tu datang (baru lepas amik wudhuk). budak tu pulak dah start angkat takbir. terpaksa la 'pemilik' tu amik balik barang dia, dengan muka masam n membebel2 n tunggu kat tepi. bila budak tu dah habis solat, dia siap boleh perli2 lagi budak tu. tak hormat tempat orang la, itu la, ini la. budak tu pun mintak maaf. aku dah mula rasa tak puas hati. tapi disebabkan tak der kena mengena aku diam jer la. tak lama lepas tu mak aku datang pastu nak solat kat satu tempat yang sejadahnya dah terbentang n telekung pun ada kat situ. tiba2 datang 'tuan punya' tempat tu pulak dengan muka masam jugak, "makcik, nie tempat saya.saya dah cop dulu." masa nie aku dah angin. aku terus cakap, "dik. orang tengah ramai. jangan la main cop2. ker telekung n sejadah nie adik punya? (dia geleng) siapa dapat dulu la. nak kejar apa? lagipun nie orang tua, hormat la sikit." budak tu pun terus ke tepi. aku dengar dia bebel2 dengan kawan2 dia. "sibuk jer. aku dah cop dulu dari tadi dah." aku sabar jer. mak aku habis solat jer, terus aku pergi kat mak aku n membebel jugak. "mak. uya nak solat pulak. diorang nie tengok orang ramai, lagi nak cop2. ingat nie kat asrama ker? kalau telekung n sejadah sendiri tak per jugak.pastu nak marah bila orang amik tempat dia. nie surau dia ker?" saja jer aku sebut perkataan 'mak' tu kuat sikit. pastu aku kerling kat budak tu. baru muka dia nampak macam serba salah. padan muka. pastu aku tak nampak dah budak tu kat mana.

moral : timbang rasa la sikit... kalau solat kat surau yang kecil, telekung n sejadah dia terhad, orang pulak ramai, jangan la nak cop2. dulukan la saper yang dah amik wudhuk. lagi2 kalau orang tu orang tua. hmm..

SITUASI 2
peristiwa nie pulak berlaku di Tesco (sebelum aku banned). aku tengah beratur nak timbang sayur2 aku. kebetulan orang yang depan sekali tu banyak barangnya. depan aku sorang mamat india n belakang aku sorang pakcik cina. tiba2 datang sekumpulan minah indon bersama2 dengan mat2nya bawak pisang yang sangat banyak n terus MENUNGGU DI TEPI ORANG PERTAMA tu tadi. muka tak bersalah jer masing2. padahal diorang dah tengok barisan panjang tu. pastu siap bergelak ketawa n bergurau senda. orang kedua n ketiga (aku orang keempat) n seterusnya dah start buat reaksi tak puas hati. nasib baik semua 'bersatu hati'. lepas jer orang pertama tu bayar, terus dia amik barang orang kedua, letak kat kaunter tu. siap pastikan kakak penimbang tu amik barang orang kedua tu dulu, baru dia pergi. minah2 n mat2 nie buat bodo lagi. pastu orang kedua nie terus bagi ruang kat orang ketiga nie pulak (mamat india depan aku tu). masa nie minah2 n mat2 tu dah mula buat muka tak puas hati n bising2 (tak paham aku). lepas jer mamat india nie habis timbang, terus dia amik barang2 aku pulak n tunggu situ jugak sampai kakak penimbang tu timbang barang aku, baru dia pergi. tiba2 sorang minah nie cakap kat aku, "kak, timbang barang saya dulu boleh tak?" aku terus jawab. "beratur dulu boleh tak?" "barang saya nie banyak kak. tak kan nak pegang sambil beratur?" "mintak la kawan2 awak pegangkan jugak. tak pun tinggalkan barang2 awak kat sini, mintak sorang kawan tunggu, awak pulak pergi beratur." pakcik cina belakang aku tu pun menyampuk, "kat malaysia nie ada peraturan la. semua orang beratur, u pun beratur la." minah tu terus masam muka pastu terus pergi beratur. lepas habis turn aku, aku pun amik jugak barang pakcik cina tu letak atas kaunter. pakcik tu senyum jer.

moral : hello... di mana bumi dipijak, di situ la langit dijunjung yer. mana2 pergi pun ada adab n budayanya. sila hormat yer. harap maklum.