Seingat saya, sepanjang saya berblog, inilah kali pertama saya menulis tentang apa yang saya nak tulis ni. Sebelum tu, saya nak buat disclaimer. Entry ni bukan satu luahan rasa. Bukan juga mahu membuka pekung di dada. Jauh sekali mahu membuka apa2 rahsia. Saya cuma mahu berkongsi pengalaman. Tapi saya tak berhasrat nak berkongsi banyak2 sangat. :) Saya tak pasti la siapa yang membaca blog saya ni. Jadi saya akan gunakan bahasa yang skema. Owhhh... saya kan 'suka' dan 'selalu' guna bahasa2 skema n angel2 nie.
Ok. Entrynya ialah tentang tempat saya mencari rezeki. Tahun nie, insyaAllah sudah lebih kurang 9 tahun saya berada di sini. Terlalu lama. Saya tak nafikan. Bagi setengah orang, bekerja di tempat yang sama selama bertahun2 adalah tak berkembang. Jadi bagi mereka, 5 tahun adalah masa yang lama. Bagi syarikat2 besar pula, bekerja dalam tempoh yang lama seperti itu berkemungkinan besar boleh memegang jawatan yang tinggi2 dengan gaji mencecah 5 angka. Owh... syarikat saya tak la besar. Jadi gaji 5 angka memang tak pernah saya angankan. Secara peribadi, bagi saya, tak ada salahnya bekerja lama di syarikat yang sama. Yang penting kita selesa. Semua orang pasti mencari comfort zonenya sendiri. Dan saya sudah jumpa comfort zone saya di syarikat ini. Apa yang membuatkan saya boleh bertahan lama? Kerana saya menguasai comfort zone saya, bukan comfort zone saya menguasai saya. Saya tahu apa yang saya sedang buat dan mahu buat dan saya tahu saya boleh buat apa yang saya mahu buat.
Ramai yang bertanya, kenapa saya masih kekal di situ. Tak kurang juga yang bertanya, tak mahu cari kerja lain ke? Pernah sekali saya sengaja letak status propa kononnya saya dah berpindah kerja di FB. Akibatnya, selama beberapa hari tu saya terpaksa menjawab soalan2 'confirmation' dari member2. :) Ada yang responnya, "alhamdulillah", ada yang responnya, "yeker?" Nak tergelak pulak. Dah gelak dah pun. :) Industri saya bekerja ni kecil saja. Jadi cerita kami tak ke mana. Lagi2 bila letak kat FB. Tu lan kan, apa yang kita cakap, itulah yang orang terima. :) Terus terang, saya memang tak ada jawapan untuk soalan "kenapa saya masih di situ". Saya cuma boleh jawab, "saya selesa dan saya suka keselesaan tu". Lagi satu, terus terangnya lagi, saya bukanlah seorang yang berani mengambil risiko atau mencuba sesuatu yang baru. Senang cakap, saya tak berapa sukakan perubahan. Teruk kan saya! ;) Memang dari dulu, zaman sekolah2, saya akan kenal pasti apa yang saya suka dan selesa dan saya akan menguasai keselesaan tu. Cuma sebenarnya dalam masa yang sama, terlintas juga di fikiran, "sampai bila?" Wallahu'alam... saya tak ada jawapan tu... Allah je yang tahu. Saya harap, jika saya berhenti dari situ, bukanlah sebab saya bekerja di tempat lain, tetapi adalah sebab saya sudah ada bisnes sendiri. Itu cita2 saya. ;)
Berbalik pada tempat kerja saya. Di situ, banyak perkara yang saya pelajari, banyak perkara yang saya temui dan banyak perkara yang saya dengar lihat setiap hari. Saya jumpa bermacam2 orang. Saya juga bekerja dengan bermacam2 ragam. Hipokrit memang tak boleh dielakkan. Tapi saya ada pandangan tersendiri dalam bab hipokrit. Bagi saya, tak apa berlakon demi menjaga hubungan baik sesama rakan sekerja. Dah pasti kita tak dapat puaskan hati semua orang dan kita sendiri tak kan puas hati dengan semua benda. Tak boleh nak marah atau terasa hati sangat kalau orang bercakap atau merungut pasal kita sebab dalam masa yang sama, kita sendiri merungut dan bercakap pasal orang. Tak boleh nak komen sangat kerja orang tak sempurna sebab kerja2 kita sendiri pun ada banyak kesilapan. Yang penting, kerja kita semua selesai, masih boleh duduk berbincang atau berbual2 santai, masih boleh sama2 mencetuskan idea2 baru, masih boleh bertukar2 cerita atau berkongsi rasa dan masalah, itu sudah lebih dari cukup. Hipokrit tak semestinya sesuatu yang buruk. Ia cuma satu perlakuan. Dan setiap perlakuan tu, kalau dibawa ke jalan yang baik, baik la hasilnya. Kalau jalan yang buruk, buruk la hasilnya. Saya pun tidak la sebaik mana. Tapi kalau boleh saya mahu jaga hubungan baik saya dengan member2 yang sedang atau pernah bekerja dengan saya. Walaupun jarang jumpa atau bertukar2 khabar, tapi sekurang2nya bertukar2 komen n 'like' kat FB pun dah ok. :) Kelemahan saya ialah contact kawan2. Owhh... memang betul2 kelemahan saya. Jadi saya tak hairan kalau kawan2 jarang contact saya. Heeheehee...
Sesekali, terbit juga rasa rindu pada kawan2 lama. Saya banyak kali terfikir untuk anjurkan makan2 dengan semua kawan lama yang pernah bekerja di syarikat saya. Setiap seorang dari mereka ada sumbangan. Sama ada besar atau kecil, nyata atau tidak saja. Dah tentu la ada juga yang mendatangkan masalah. Tapi kerja2 mereka tetap pernah mendatangkan kebaikan dan keuntungan pada syarikat. Saya tak akan sesekali menafikannya. Nantilah.. ada rezeki, diizinkan Allah, saya mahu buat juga... insyaAllah...
Saya adalah antara saksi kejatuhan dan kebangkitan syarikat saya. Bagi saya, walaupun usia syarikat saya sudah lama, tapi kami masih lagi bertatih untuk terus bangun dan bertahan supaya tak jatuh lagi. Masalah bersilih ganti. Tapi pasti ada jalan keluarnya. Saya tak nafikan, pernah satu tempoh, saya datang kerja 'tanpa hati'. Saya cuma datang untuk bekerja, selesaikan kerja saya. Saya tidak mahu ambil tahu masalah yang berlaku, tidak mahu dengar cerita2 masalah yang seolah2 tak pernah habis, malah tidak mahu fikir atau sama2 cuba cari jalan menyelesaikannya. Saya cuma buat kerja saya. Bila tak ada kerja, saya akan rehat serehat2nya. Waktu tu, saya fikir, itu bukan syarikat saya. Selama mana pun saya berhempas pulas, itu tetap bukan syarikat saya. Saya tidak peduli gaji saya lambat sekali pun. Saya betul2 lepas tangan. Kenapa? Sebab saya merasakan saya sudah penat membuat kerja yang bukan kerja saya, penat memberi cadangan dan pendapat, penat duduk berbincang mencari jalan keluar, sedangkan kerja2 saya, cuma saya seorang saja yang boleh buat sebab saya tak ada pembantu. Tapi saya melihat ada seorang 'fighter' di situ. Dia tak pernah putus asa, tak pernah putus harapan. DIa tak pernah berhenti mencari jalan malah selalu saja korbankan apa saja yang dia ada. Dia sembunyikan masalah yang dia tanggung dari orang lain sampai dia sendiri kena marah dan ramai tak suka dia. Beberapa kali juga saya cuba ajak dia 'berehat' sekejap tapi dia tak pernah peduli. Dia tak kisah apa orang luar kata tentang dia. Dia terpaksa tutup mata dan telinga pada marah2 orang dengan dia. Ramai yang mengatakan dia tidak adil, tapi dia tak peduli. Yang penting bagi dia, apa yang perlu didulukan, dia akan dulukan. Owhh... dia bukanlah idola saya... apatah lagi sumber inspirasi saya... ;p Tapi saya tak nafikan, saya meminjam semangat dari dia. Dan sedikit demi sedikit, saya bangun balik dan terus keluar dari situasi 'dorman' saya. :) Itulah asam garam di tempat kerja saya. Kami semua bergaduh, kemudian kami ketawa. Ada masa kami menangis sebab terasa hati tapi kemudian menangis tergelak bila masing2 cuba memujuk. Kami pening, tapi kami boleh makan2 dengan gembira. Kami gembira tapi kemudian kami pening balik. Hahahaha!
Saya sayang tempat kerja saya. Saya sayang semua kawan2 sekerja dan bekas2 kawan sekerja. Saya sayang kerja2 saya. Saya tak janji yang saya akan terus selamanya di situ, sentiasa bersama dalam setiap susah senang dan jatuh bangunnya. Saya tak janji yang saya akan bawa kejayaan besar di situ. Tapi apa yang boleh janjikan ialah saya akan berusaha membaiki apa yang perlu dibaiki termasuklah kerja2 saya sendiri. Dan saya berjanji akan bagi kerjasama sepenuhnya dan membantu apa yang saya mampu. InsyaAllah...
*Seseorang pernah bertanya saya, apa perubahan yang sudah saya buat sepanjang saya bekerja di situ (waktu itu saya baru 7 tahun di situ). Saya akui waktu itu saya tak ada jawapan untuk soalan tu. Sekarang saya sudah ada jawapan saya, tapi biarlah saya simpan saja... :)
