baru2 nie ada member me tanya tentang pengalaman me menyusukan ayra. owhh....! seriously, i'm not d right person to ask. huhuhuhuhu.... but since pertanyaannya is tentang pengalaman me, so me jawab la ikut pengalaman me. me cakap, masa awal, memang penat n senang give up. emosi cepat jer rasa nak naik darah. lebih2 lagi bila baby tak henti2 menyusu (bukan menyusu pun tapi saja suka dipeluk2 n dicium2). bila bangun sekejap jer, baby dah terjaga n meraung, sedangkan tadi elok nyenyak tido. pengalaman me sendiri, 1st 1-2 weeks yang paling crucial sebab waktu tu, baby memang biasa tido siang n berjaga malam. sedangkan kita nie dah tersengguk2 walaupun siang tadi banyak tido. lepas tu masa ayra 1-2 weeks me tak berani nak susukan dia sambil baring, takut terhimpit, tengah halus lagi tu, tak kuat lagi nak menolak2 kita. so memang me akan menyandar jer kat bantal n ribakan dia. lagi2 time nie kena pangku betul2 sebab nak pastikan kepala dia lebih tinggi, takut tersedak. so, again, jawapan me, memang PENAT n kena banyak sabar!
masih tentang EBM
mari bercerita tentang EBM
sewaktu ayra masih dalam perut, me berazam nak exclusively bf dia until she's 2 years old. me setkan mind, setkan badan, kumpul sebanyak2 maklumat sama ada thru google, buku, sembang2 dengan yang lebih berpengalaman. i'm so excited. seriously! apa saja yang dikatakan petua untuk banyakkan susu, semua me buat. bila ayra dah lahir, nurse tanya sama ada me nak bf dia terus atau nak bagi ayra minum susu biasa dulu. tempat me bersalin tu bukan polisi penyusuannya tak sekuat hospital kerajaan, separa kerajaan atau beberapa private yang lain. sebab diorang consider kalau mummynya tengah lesu n tak larat sedangkan baby dah nangis kelaparan. macam ada dulu, lepas bersalin i terus tertido sampai tak ingat dunia. 1st time bersalin... sedangkan adam me dah meraung2 nak nyusu. setiap kali nurse bawak adam masuk bilik me nak susukan, me tengah tido. so nurse terpaksa bagi adam susu biasa using spoon. bukan salah diorang la.. cuma me sedikit kesal sebab tak pesan dekat diorang suruh kejutkan me. memang terus tido. bila me dah jaga pulak, adam yang tido dengan lenanya. begitulah kami 'bergilir2'. sampai sudahnya, nurse minta izin susukan adam dengan puting botol sebab bila me cuba bf dia, dia meraung2 tak nak. sedih tau... nangis...!
nak menulis sikit
Orang luar selalu 'lebih tahu' apa yang berlaku di dalam berbanding orang dalam sendiri. Memang mereka tahu dari 'sumber dalaman' tapi cuma maklumat yang berpihak kepada si pemberi sumber sahaja dan maklumatnya juga terhad. Selepas itu mereka akan membuat kesimpulan sendiri, menjatuhkan 'hukuman' sendiri dan berpandangan serong sendiri. Paling teruk, mereka akan menyebarkan cerita-cerita yang mereka sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya.
Allah menjadikan sesuatu secara berpasang-pasangan. Bagi orang-orang yang berfikir, mereka tidak akan 'membaca' dan 'menerima' firman Allah tu secara terus. Sebaliknya, jika kita betul-betul berfikir, Allah bukan semata-mata mencipta makhluk-makhluk bernyawa, benda-benda tak bernyawa atau alam saja. Allah juga mencipta perasaan dan mewujudkan sebab dan akibat sesuatu kejadian. Allah juga mencipta ujian-ujian dan dugaan-dugaan untuk kita. Dia menciptakan hati sebagai 'bekas penerimaan' kita terhadap ujian-ujian dan dugaan-dugaan tu. Dia juga menciptakan akal yang fungsinya lebih besar dari hati, untuk kita berfikir dan mencari jalan keluar. Dan dia juga menyediakan panduan bagi membantu kita dalam usaha itu.
Adakalanya kita jadi orang 'terbuang'. Tapi kebiasaannya itu berpunca dari diri kita sendiri. Adakalanya kita jadi orang yang 'dilepaskan'. Itu juga biasanya berpunca dari kita sendiri. Dan adakalanya pula kita jadi orang yang 'ditinggalkan' dan itu juga biasanya perpunca dari kita sendiri. Di mana pun kita berada dan dengan siapa pun kita sedang bersama, ceritanya adalah cerita yang sama.
Allah itu maha adil. Kita akan merasa berdiri di atas, satu masa kita juga akan merasa duduk di bawah. Allah tidak akan menjadikan kita susah tanpa sebab. Dia tak akan beri penyakit tanpa penawar. Dia tak akan 'kurung' kita dalam sangkar ujian-nya yang tidak ada kunci. Dan selalunya, kita adalah punca dan penyebab kepada kesusahan kita sendiri, penyakit kita sendiri dan 'kurungan' kita sendiri. Kita boleh menuding jari semahunya pada orang lain. Kita boleh lantang berteriak orang itu salah, orang ini salah. Tapi kalau seluruh masa kita dihabiskan dengan menuding dan mencari salah orang, kita tidak akan nampak yang diri kita juga turut menjadi punca dan tidak akan mahu mengaku salah. Mungkin akan datang, orang lain yang memang bersalah akan menjadi semakin baik kerana membaiki kesalahannya. Tapi kita yang leka melihat dan menuding kesalahan orang, akan terus dengan sikap buruk kita itu.
Selagi kita tidak mahu berehat seketika dari perasaan benci dan menuding jari serta mahu membuka mata dan hati lalu mendengar luahan rasa orang lain terhadap kekurangan diri kita sendiri, selagi itulah kita akan jadi orang-orang yang membangga diri dan tidak tahan diuji. Tiada manusia yang sempurna. Kerana itulah Allah tidak menjadikan kita hidup bersendiri.
Kuncinya, Allah Maha Adil. Itu saja. Noktah.
Senyum.
senyum sendiri
kena banyak sabar...
when i said i want to breastfeed my ayra, ayat pertama yang me dengar, "bagus la!". ayat kedua pulak, "tapi kena banyak sangat sabar." n ayat ketiga ialah petua2 untuk banyakkan air susu.
d secret
Dari dulu aku tak berapa suka Aku betul-betul suka Aku suka tengok dia suka Aku tak suka tengok dia tak suka Tapi aku tak suka kalau aku suka dia Aku bukan suka-suka... suka Dan bukan suka-suka... tak suka Dan aku pasti suka Kalau aku boleh suka bila-bila aku suka Dan tak suka bila-bila aku tak suka Aku tahu Orang tak suka bila aku suka Orang tak suka bila dia suka Sebab bila aku dan dia suka Ada 'orang' yang tak suka dan tak kan suka Tapi sekarang aku memang tak suka Sungguh-sungguh tak suka Apa yang dia mula suka Sebab 'org' yang dia suka Tak suka bila aku suka Tak suka bila dia suka Dan lebih tak suka bila kami suka Suka atau tak suka Aku dah jarang suka. Sebab aku rasa dia sentiasa suka Dia memang suka bila 'org' yang dia suka, suka dia Tapi aku....? Aku tak suka aku Sebab suka dia Kalau aku boleh tak suka dia Betul-betul tak suka Tak suka sungguh-sungguh Sentiasa tak suka Tak Sampai bila-bila Sebab aku tau Suka aku Selamanya! Jadi, sebelum dia tak suka aku Biarlah aku tak suka dia Walaupun aku tak suka Tak suka dia Kerana aku tau Yang dia lebih suka... bukan aku Yang dia lebih suka... bukan yang aku suka Yang dia lebih suka... Adalah 'org' yang dia suka...
bila anak muda bercinta
me pun pernah muda. kita semua pun pernah muda. me akui, semua yang kita rasa waktu masih berjiwa muda dulu selalu saja mengikut perasaan. malah adakalanya keterlaluan. walau sebenarnya semua perasaan tu boleh diimbangkan dengan akal, tapi 'kebahagiaan' yang tengah kita rasa waktu tu menafikan keburukan rasa yang keterlaluan tu. makanya, jadilah kita anak2 muda yang 'terlalu' cinta, 'terlalu' merindu, 'terlalu' hampa dan macam2 lagi 'terlalu'nya. seterusnya, pasti akan ada rasa yang berbolak balik, bersorong tarik, dah dibuang tapi kemudian dikutip semula.
my diaries...
20 june lepas, me genap 31 tahun. alhamdulillah... Allah masih izinkan me bernafas di dunia nie, sekali gus bagi peluang pada me untuk betulkan kesilapan2 lepas2 n berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik dari hari nie.
~ jangan bimbang ~
suami saya...
~ hidup ini tidak mudah ~
... tapi tidak juga sukar ...
cara orang... cara kita...
ok. we definitely cannot ask people to do things in our way as we definitely cannot totally do things in other people's way. that's what i learned today. bukan la baru tau or betul2 baru belajar. but what i mean is lesson tu lebih jelas. kadang2 kita rasa cara kita betul, tapi orang tetap tak boleh ikut dan kita sendiri tak boleh nak paksa orang ikut cara tu. sama la, kadang2 jugak cara orang lebih tepat dari kita tapi kita sendiri tetap tak boleh nak ikut. everythings take time. cannot la kita petik jari jer semua boleh ikut dalam satu cara jer. kita dah hidup kat dunia berpuluh2 tahun lamanya. dalam tempoh tu, kita dah terlalu biasa n sebati dengan cara kita sendiri. of course la susah kita nak ubah.
dulu me selalu pesan dekat adik me yang paling bertuah sorang tu. "kita tak boleh suruh2 or paksa2 orang faham kita, tapi sebaliknya kita la yang kena belajar untuk faham cara diorang". me pun selalu tell myself benda yang sama. kita kena belajar faham orang lain walaupun kita tak nak ikut cara dia. tapi kadang2 me sendiri pun terlepas laku, cakap tak serupa bikin. sangat la khilaf manusia yang cepat lupa dengan kata2 n pesanan2 sendiri.
kadang2 kita mintak orang lebih sensitif dengan kita. tapi kita sendiri tak berapa sensitif dengan orang. or kita sebenarnya sensitif tapi konon2nya cuba nak ubah keadaan supaya jadi lebih baik, tup2 jadi lebih tak baik. terus la rasa bersalah.
so, to those yang me dah terlepas cara, me minta maaf. it's my fault n my own mistake. blame it on me, i admit it n accept it. tak der saper yang betul2 salah or betul2 betul. masing2 cuma dengan cara masing2. anyway, still appologize n hopefully accepted... :)
syyyyy! jangan bagitau saper2 tau!
kadang2 bila kita diberitahu tentang sesuatu n orang tu minta kita rahsiakan, kita akan usaha untuk jaga rahsia tu kan? mintak la hints camner pun, kita tak kan buka mulut. insyaAllah...
nasib orang...
tiba2 teringat kat anak member baik abang ipar me. katanya ada bau2 bacang dengan family husband me. sian sangat me dengar citer dia. anaknya sakit... me pun tak berapa ikut sangat jalan citer asalnya. tapi yang me ingat, abang ipar me citer, mata anak member dia tu tiba2 jer tak nampak. pastu hantar hospital then macam2 lagi la yang jadi tiba2 kat anak dia sampai kena tahan ICU. rupanya ada selaput dalam otak. paling sedih bila doktor cakap, mungkin kena masukkan sejenis ubat tu dalam otak anak dia tapi risikonya 50-50. dah la harga ubat tu mahal! me tak ingat member tu amik ker tak ubat tu.
iktibar
dulu, me pernah cakap yang blog nie is diari kita. macam diari yang biasa kita sorok bawah bantal or dalam laci yang berkunci. bezanya, blog nie diari maya kita yang kalau tak hati2 or semua nak citer, lambat laun semua orang akan tau isi hati kita. walaupun kita tak pernah hebahkan tentang diari maya kita nie pada sesaper. tapi kalau dah namanya zaman internet, yang kita nie pulak malas nak godek2 setting2 tertentu dalam setting blog tu, harus la blog kita nie akan masuk dalam enjin carian jugak.
*saya tak dengki*
tidak... tidak... semoga dijauhkan Allah dari rasa dengki tu. cemburu mungkin ada. tapi tak la sampai tahap dengki. ye... saya cemburu dengan kawan2 n sedara mara yang dah sampai ke tanah suci sana. rezeki mereka lebih awal dari saya. alhamdulillah... saya selalu berdoa semoga Allah panjangkan umur saya dan sampaikan hajat saya untuk ke tanah haram-Nya bersama orang2 yang saya sayang. cuma... seboleh2nya, saya mahu ke sana tanpa ada rasa tanggungjawab yang masih terpikul dan belum selesai. jujurnya, kalau boleh, biar la semua hutang piutang saya habis atas sekurang-kurangnya tak terlalu membebankan lagi.
