sewaktu ayra masih dalam perut, me berazam nak exclusively bf dia until she's 2 years old. me setkan mind, setkan badan, kumpul sebanyak2 maklumat sama ada thru google, buku, sembang2 dengan yang lebih berpengalaman. i'm so excited. seriously! apa saja yang dikatakan petua untuk banyakkan susu, semua me buat. bila ayra dah lahir, nurse tanya sama ada me nak bf dia terus atau nak bagi ayra minum susu biasa dulu. tempat me bersalin tu bukan polisi penyusuannya tak sekuat hospital kerajaan, separa kerajaan atau beberapa private yang lain. sebab diorang consider kalau mummynya tengah lesu n tak larat sedangkan baby dah nangis kelaparan. macam ada dulu, lepas bersalin i terus tertido sampai tak ingat dunia. 1st time bersalin... sedangkan adam me dah meraung2 nak nyusu. setiap kali nurse bawak adam masuk bilik me nak susukan, me tengah tido. so nurse terpaksa bagi adam susu biasa using spoon. bukan salah diorang la.. cuma me sedikit kesal sebab tak pesan dekat diorang suruh kejutkan me. memang terus tido. bila me dah jaga pulak, adam yang tido dengan lenanya. begitulah kami 'bergilir2'. sampai sudahnya, nurse minta izin susukan adam dengan puting botol sebab bila me cuba bf dia, dia meraung2 tak nak. sedih tau... nangis...!
back to ayra, mengambil pengalaman me dengan adam, me pesan sungguh2 dekat nurse, me nak bf dia. kalau me tertido, tolong kejutkan. alhamdulillah, ayra lahir2 terus tido... lama! tak macam abang dia yang keluar2 dari perut terus kelaparan. hahahaha! so by time ayra bangun n nak susu, me pun dah bangun dengan segar. tambah pulak masa ayra lahir, boleh dikatakan me tak rasa penat sangat. take a nap, tutup aircond dalam bilik tu bagi badan berpeluh sikit, within hour, me dah segar, so me ready tungguh ayra bangun jer. so memang berbunga2 la hati me nak bf ayra exclusively.
me banyak belajar tentang EBM. but 1 thing, n ini silap me, me rasa. biasanya bila tengok gambar EBM orang lain, mesti banyak. sedangkan bila me cuba buat stok me sendiri, sangat sikit! me minta advice doktor, just in case i need supplement untuk banyakkan susu. doktor kata tak perlu selagi baby boleh buang air besar dan kecil dengan baik. tapi kalau tengok pampers baby kering jer walaupun dah berjam2 pakai, itu baru ada kemungkinan dia tak betul2 kenyang, means, susu kita tak cukup. so i rajin sangat check drypers ayra n setiap kali check, memang lenjun. so senang la sikit hati me... but still ada sedih jugak la sebab tak dapat sediakan stok untuk dia. lagi2 masa tu dah nak dekat keje. tambah pula peti ais me yang memang tak tahan lama. me pernah try buat stok, tak banyak, 1 oz jer n me biarkan dalam fridge sebab nak tengok berapa lama boleh tahan. hasilnya, cuma 4 hari! owhhh... kecewa... tapi me gigih jugak buat stok walaupun cuma 1 oz, 2 oz. masa baru2 keje, me gigih pam kat ofis n hantar ker nursery. nasib baik la nurserynya dekat jer dengan ofis me. tiap2 pagi pulak me cuma boleh bagi 2 botol EBM, setiap satu paling banyak 2 oz. dah hepi dah, sebab dah tak 1 oz lagi. ;D tapi my ayra memang kuat nyusu n me tau 2 botol tu memang tak cukup sampai petang. so i izinkan nursery ayra bagi dia susu biasa, but only if stok susu me tu dah habis jer.
i asked doktor lagi, kalau me tak dapat nak exclusively bf my ayra sampai dia 2 tahun, bila umur minima should i give her bf exclusively? n d doc said, at least within 1st 6 months, usahakan bf exclusively. paling tidak pun, 'never feed her dengan susu campur when she's with u. so she still get 90% of mothers milk comparing to artificial milk." tapi doc tu ada tambahan ayat, "but i believe u can.. try yer mother.. for ur daughter...". maksudnya, doc itu tetap menyuruh me berusaha bf ayra exclusively for at least 6 months. n till now, that's what i'm doing.
apa perasaan me bila perancangan me untuk ayra tak berjaya? owhhh... sad... very sad... seriously sad! sangat dengki bila tengok mother lain dapat buat stok EBM dengan banyak n bertahan lama. susu diorang banyak n fridge diorang 2 or 3 doors. owhh... sangat dengki bila tengok badan baby lain tembam setembam2nya. tapi terpujuk sikit bila doc cakap every baby ada struktur badan n tumbesaran sendiri. lagi2 bila dia tetap ligat n aktif. "dont worry about that" walaupun she's still said, "i'll give supplement for ur baby." at first, ada jugak rasa "i'm a failed-mother". but my mum said, "semua ibu tak sempurna. yang penting dia kena berusaha jadi ibu yang begitu". huhuhuhu...
kesimpulannya, dont let other's EBM stock photo melemahkan semangat u. semua ibu tu pun bukan senang nak kumpul stock EBM sebegitu rupa. yang penting, jangan berhenti mengumpul. sikit atau banyak, usahakan juga baby dapat susu ibu walaupun like d doc said, just 90% of it. me sekarang pun tetap mengepam walaupun sekadar mengosongkan dada jer. walaupun tak dapat buat stok sebab tak boleh tahan lama. walaupun terpaksa terus bagi pada ayra. n walaupun lepas habis sebotol EBM tu, ayra terus continue direct feeding. walaupun ramai yang cakap ayra me nie kecik molek, maybe sebab ikut badan mak dia. asalkan dia cukup susu, n cukup makan. huhuhu... 'tak cukup susu' is every mother's worst nightmare.