RSS

hutang tag

seperti biasa, bila agak lama meninggalkan diari maya aku nie, akan ada la tag2 yang menanti untuk dijawab. dan seperti biasa jugak, THANKS to my sis sebab rajin beno tag aku. dan seperti biasa lagi, aku akan dengan rela hati menjawabnya sebab aku memang suka jawab tag. :D

TAG 1

1. Anda rasa anda hot? = kalau cuaca panas of course aku hot. :D
2. Upload gambar kegemaran anda. = tak leh upload la... :( nanti dah boleh aku upload.
3. Kenapa anda suka gambar ini? = sebab suka la. lagi2 bila dah edit tu. hehehe...
4. Bila kali terakhir anda makan pizza? = tak ingat dah. tengah boikot!
5. Lagu terakhir yang anda dengar = sekarang nie aku tengah lagu cintamu by ct nurhaliza. consider tak?
6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini? = keje2 ofis. hehehe...
7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda? = cute! ahaks!

8. Tag lagi 5 orang (tak bleh tag orang yang sama tau) = dearie yus = shima = abai = hood = saper2 yang nak buat
9. Siapa orang nombor 1? = best friend kesayangan
10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa? = dah kawin daa... anak 5 pun...
11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5 = errr...
12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4? = dah lama tak dengar citer. hahahaha!
13. Siapakah orang nombor 2? = ofismate aku.

TAG 2
1.atie nie nama panggilan sejak keje. tapi member2 masa study dulu semua panggil cuya. nickname kat rumah pulak 'uya'. cuba terbalikkan ejaan 'uya' tu. hahahahaha!
2.tengah tunggu ADAM aku keluar dari perut. isk! isk! tak sabarnya! :D
3.dalam banyak2 soalan, aku paling malas nak jawab kalau orang tanya aku keje kat mana. pertama, kalau aku cakap kat mana, orang mesti akan lebih berminat nak tanya pasal selebriti2 kat ofis aku tu. keduanya, aku malas betul nak huraikan bidang keje aku. senang jawab - tukang taip - jer.
4.suka sangat kumpul gift wrappers. berlambak2 kat rumah. nak buang sayang tapi tak guna pun. pastu aku suka jugak menyanyi, menulis. n latest nie aku suka design mendesign dan edit mengedit gambar.
5.aku paling tak suka makan BAWANG! buah pulak aku paling tak suka ciku. ulam2 pun aku kurang sikit.
6.aku tak ada driving lesen LANGSUNG! hahahaha! alaa... driver aku kan ramai. :D
7.aku kenal husband aku masa matriks. kira2 tahun 1998 la waktu tu. pastu kitorang kawin tahun 2007. bayangkan la berapa lama kenal. sempat ada adegan drama tv n novel2 lagi. but i'm hepi2 now! :D
8.tengah planning nak setup bisnes sendiri dengan hubby. but of course akan amik masa. tak per... step by step but never stop!
9.kat sekolah dulu aku juara debate, pidato, ceramah n semua pertandingan yang ada kaitan dengan bercakap nie. hahahahaha! masa sekolah rendah pulak suka cubit orang sampai pernah ada nama gelaran. SECRET!
10.mudah marah actually. tapi sekarang nie aku dah boleh control. kalau aku rasa nak marah jer, 4 benda yang aku akan cepat2 pikirkan -- 1. kalau aku kat tempat orang yang aku marah tu. 2. aku pun selalu gak buat salah n tersilap. 3. ntah2 orang yang aku marah tu tengah ada problem yang aku tak tau. 4. esok lusa dia jugak yang aku jumpa n ntah2 kat dia jugak aku mintak tolong apa2.

mistik!

PETUNJUK GANGGUAN JIN

A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA
1. Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
2. Suara berubah ketika marah.
3. Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan. Adakala ia menggigit lidahnya.
4. Berjalan terhoyong-hayang.
5. Cara makannya menjijikkan.
6. Berpaling daripada membaca Al-Quran, tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
7. Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za'faran.
8. Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa).
9. Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
10. Kelupaan atau sakit kepala ketika solat.
11. Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.
12. Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
13. Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.
14. Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
15. Selalu bermimpi.
16. Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan-bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
17. Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
18. Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
19. Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.
20. Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid.
21. Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
22. Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit.
23. Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.
24. Waswas.
25. Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.
26. Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzina.
27. Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidak berdaya.
28. Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.
29. Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya.
30. Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.

Mengikut Hamdy Ad Damardasy, “Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah diganggu oleh jin atau syaitan.”


B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR
1. Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan.
2. Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh.
3. la bermimpi berjalan di atas air atau darah.
4. Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku dan ini memberi kesan negatif terhadap jiwanya seperti ia bermimpi suatu kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku.
5. Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
6. Kerap terjaga tidur di waktu malam.
7. Mimpi berjumpa haiwan-haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus.
8. Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
9. Bermimpi seolah-olah ia jatuh dari tempat yang tinggi.
10. Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi (lagi menakutkan).
11. Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam.

C. PETUJUK TERKENA SIHIR
Antara tanda-tanda terkena sihir ialah:
1. Ketika rawatan dijalankan, pesakit menangis tetapi ia bukanlah dengan kehendak dirinya sendiri.
2. Melalui peroses rawatan, didapati pesakit sukar disembuhkan ataupun ia lambat sembuh dan memerlukan rawatan yang berulang-kali.
3. Pesakit berasa sakit perut apabila dibaca ruqyah padanya atau diberikan kepadanya minuman berjampi.
4. Tanda-tanda gangguan sihir juga banyak menyamai atau menyerupai tanda-tanda gangguan jin dan syaitan sepertimana yang dinyatakan dalam bab sebelum ini.
5. Kebanyakan pesakit sihir berasa kesempitan dada pada waktu-waktu yang tertentu terutamanya pada waktu Asar dan pada malam hari.

Kaedah Mudah Mengesan dan Merawat Gangguan

Terdapat banyak kaedah bagi mengesan dan merawat gangguan. Tentunya yang terbaik adalah yang datangnya dari Rasulullah saw dan penggunaan ayat-ayat Al-Quranul Karim. Ada juga perawat yang menjalankan try & error dalam usaha mengesan gangguan. Ini juga tidak salah selagi mana cubaan-cubaan berkenaan dari kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh Islam.

Bagi mereka yang mempunyai simptom yang terlalu banyak menepati diri anda, cepatlah melakukan sesuatu terutamanya membaca zikir-zikir ma'thurat dan Al-Quran. Di antara surah yang baik dalam merawat diri dari gangguan adalah seperti Surah Yasin, Al-Mulk, Al-Waqiah, Al-Jinn, Ar-Rahman, As-Sajadah, Al-Ma'arij, As-Soffat dan sebagainya. Pilihlah surah yang anda ingin jadikannya sebagai zikir harian anda dan istiqamahlah dengan zikir berkenaan.

Saya tegaskan bahawa jangan membaca zikir dengan meletakkan tujuan membenteng diri. Nanti anda akan rasa tertekan dan tidak mampu bertahan lama. Tetapi jika anda niat sebagai zikir, anda akan lebih tenang dan merasa rindu jika anda tidak dapat melakukannya seperti anda melakukannya selalu.

Untuk mengelakkan dari terjebak dengan khadam ayat, sebelum berzikir mestilah memulakan dengan Al-Fatihah, selawat, istighfar, kalimah syadah dan ta'awuz (a'uzubiLLAH...). Kemudian barulah berzikir.

Bagi mereka yang ada simptom tetapi agak kurang yakin sama ada benar atau tidak anda mengalami gangguan, kaedah untuk mengesan yang mudah adalah seperti berikut: Baca surah Al-Falaq (41 kali) dan An-Nas (41 kali). Sebelum berzikir lakukanlah perkara yang sama seperti mana di atas. Carilah satu masa yang anda amat selesa, tiada gangguan, bersendirian dan bacalah secara berterusan 41 kali dan 41 kali.

Apabila anda mengamalkan bacaan ini, jika anda ada gangguan, anda akan dapat merasakan paling tidak denyutan berulang-ulang kali pada anggota badan anda. Adakalanya denyutan ini akan berubah-ubah tempat.

Untuk gangguan yang melibatkan sihir anda akan amat mengantuk sehingga tertidur dan gagal menyempurnakan bacaan 41 kali berkenaan. Jika sihir berkenaan dari serangan yang kuat, anda akan sakit di bahagian-bahagian tempat serangan bertapak.

Jika anda mendapati tanda-tanda di atas, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk mencari perawat. Cubalah merawat diri anda sendiri terlebih dahulu. Caranya adalah dengan terus mengamalkan membaca Al-Falaq 41 kali dan An-Nas 41 kali. Berzikirlah secara istiqamah mengharapkan bantuan ALLAH. InsyaAllah dalam tempoh tertentu denyutan, rasa sakit, rasa mengantuk dan sebagainya akan hilang. Jika tiada lagi tanda-tanda ini bermakna anda berjaya merawat diri anda dengan izin ALLAH.
Tetapi sekiranya semakin dirawat, semakin mengganas, berbulan-bulan masih tiada perubahan, maka saya syorkan anda berjumpalah dengan perawat yang anda yakini mengikut sunnah.

Selamat mengesan dan merawat diri anda sendiri. Mudah-mudahan anda tiada gangguan dan jika ada mudah-mudahan anda berjaya merawat diri anda.

Kaedah Mengesan Gangguan Pada Kanak-kanak

Kanak-kanak kecil agak sukar untur dibacakan ruqyah. Berikut adalah panduan bagi mengesan sama ada anak anda yang berusia di bawah umur 7 tahun mengalami gangguan atau tidak.

Ketika anak anda tidur lakukan langkah-langkah berikut:
1. Ambil wudhuk.
2. Letakan tangan anda di bahagian kepala anak berkenaan.
3. Baca : Al-Fatihah (1 kali), Ayat Qursi (7 kali), Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (setiap satu 3 kali)
4. Perhatikan tangan dan kaki anak anda. Adakah bergerak-gerak semasa bacaan dilakukan.
5. Jika ada, kemungkinan ada gangguan.

Rawatan:
1. Azankan 7 kali di telinga anak berkenaan; atau
2. Mandikan dengan air yang dibacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi dan 4 Qul.

Bila telah dirawat, scan semula dan ulangi rawatan jika masih ada gangguan. Jika dilakukan berulangkali tetapi masih berlaku, jumpalah dengan mu'allij yang anda yakini.


yang....

yang tersayang...
always my dear... gembira seperti biasa. tercinta seperti selalu. calm.. cool.. n always smile... :D

yang bahagia...
of course my bakal biras n my adik ipar are in d group. n also my officemates yang tengah terawang2 sekarang...

yang kecewa...
thats life. smile n tears, here n there. but tabik untuk mereka2 yang begitu berjaya berpura2 n menahan hati n begitu berjaya meneruskan harian tanpa menunjukkan perasaan sebenar. semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kalian. me sentiasa doakan...

semalam on d way back to ofis, me n kak fai bercerita tentang banyak benda. kitorang memang camtu. ada jer benda yang nak dibincangkan. dari hal keje sampai la ker personal, termasuk hal 'adik2'. but then she said, 'orang nie macam nie masalahnya, orang nie macam nie masalahnya, akak macam nie masalahnya. atie mesti tak der pikir apa2 masalah sekarang kan? ntah2 tak der masalah pun.' ops! me terkedu. serius! that sangkaan really hit my mind. some sort of, what to say... wake-up call? not really.. alarm clock? really not. but like something's knocking saying that "u're fine now." yup. that's d feeling.

all this time, aku lalui rutin aku seperti biasa. bangun pagi, pegi keje, balik keje, tido. n begitulah rutin aku berulang2 setiap hari (of course with my dear hubby on my side :) ). sometimes aku rasa boring sebab buat benda yang sama. sometimes aku rasa thrill. some other times aku rasa messy sebab banyak sangat keje. but then baru aku realize yang aku sebenarnya sangat2 beruntung untuk masa nie. messy aku semua hal keje. but my personal life really going smooth.. ALHAMDULILLAH... bila kak fai tanya camtu, aku tak tau nak jawab apa. dulu, mesti aku jawab, "ala, sama jer. saya pun ada masalah sendiri jugak." kalau aku tak jawab pun, aku senyum, hiding my mind. but now, aku tak jawab sebab memang tak tau nak jawab apa. n that time actually aku really2 bersyukur dengan life aku sekarang.

maybe sebab aku jenis yang memang tak suka pikir problem. boleh let go n lupakan macam tu jer? maybe jugak tu salah satu faktor. selagi satu2 masalah tu tak terlalu membebankan mind aku, selagi tu la aku tak kan pikirkan sangat. bagi aku, satu2 benda tu cuma kena selesaikan. selagi ada jalan penyelesaian yang boleh difikirkan, selagi tu la itu bukan satu masalah lagi. dia akan jadi masalah kalau aku tak dapat pikirkan satu pun jalan penyelesaiannya. pendek kata, tak jumpa langsung. sedangkan semua usaha dah diusahakan. itu pun aku pegang pada - setiap sesuatu yang Allah bagi kita ada hikmahnya. always think positif. kadang2 satu2 masalah tu kita sendiri yang develop. bila dah sebati dalam mind, of course kita akan susah lepaskan diri kita. n satu2nya perkara yang dapat 'selamatkan' diri kita dari masalah tu is KEBERANIAN. d courage to step out. i've been through it. sebab tu aku berani cakap. kesimpulannya, salah sendiri.

tapi aku tak nafikan yang setiap hari kita bermain dengan risiko berhadapan dengan masalah. cannot deny. itu la cabaran n ujian yang Allah dah sediakan untuk kita. cuba kita senaraikan setiap satu masalah yang kita sedang hadapi sekarang nie n listkan penyelesaian untuk setiap satu masalah tu. tengok mana yang paling banyak 'calon2' penyelesaiannya. setelkan yang tu dulu atau kalau tak dapat selesaikan lagi, at least, less burden. jangan pikirkan sangat masalah tu. pikirkan masalah yang betul2 susah jer. dalam masa yang sama, jangan sekali2 putus asa dengan rahmat Allah. yakin, setiap perkara ada hikmah. cuma dalam tempoh hikmah tu nak terzahir depan mata, kita kena bersakit sikit. ubatnya cuma SABAR n REDHA. hakikatnya, itulah hikmah masalah yang paling besar - kita akan lebih dekatkan diri pada DIA. merayu n meminta n Allah sangat suka. :)

sampai ofis, aku solat asar n terus kemas barang. my hubby dah lama setia menunggu, nak balik. masuk dalam kereta, aku tengok muka dia. dia senyum. aku senyum. dia bagi salam. aku jawab. dia tanya, 'hi, sweetie. how's ur day?' aku jawab, 'hi, hensem. very2 fine. everyday.' dia senyum lagi. aku senyum lagi.

Allahu Akbar! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah...! :)

oksigen! oksigen!

seriously! i need it! NOW! very d terkejar2! very d a lot! very d messy! very d dateline! rasa tak cukup nafas sangat. aku nak siapkan dan kena siapkan sebelum aku bercuti panjang nanti. walaupun cuti aku tu nampak macam lama lagi, but d fact is, my keje tu banyak sangat susur n alurnya! kalau banyak sekalipun tapi in 1 day boleh siap 1 keje tak per la jugak! aku dah plan tak nak update apa2 kat blog nie sampai semua keje aku setel. but think back, update jer la... curi 'tempoh bertenang' sikit. kad my bakal biras pun tak sempat2 aku printkan lagi nie. hampun!

in 24 hrs, my masa rehat really time makan, solat n tido. balik rumah pun, aku sambung buat keje sebanyak yang boleh. sampai my hubby shut down laptop dia n buat2 gaya mengemas nak tido (sebab nak suruh aku tido jugak), baru aku pun shut down my pc. isk! tak berani aku buat keje sorang2 malam2! :D

ok, enuff pasal keje. semalam sehari suntuk aku kat putrajaya. aku memang jarang2 ke sana. bukan tak nak pegi tapi keadaan keje tak mengizinkan n lagipun, kalau aku pergi, bukan aku buat apa pun. sebab my keje tak banyak sangat kat sana n aku tersangat2 la tak suka nak bersenggang2 tak tentu hala. baik aku siapkan keje aku kat sini.

tapi semalam, got few things yang perlu aku setelkan. termasuk la konflik dalaman emosi n sebagainya. of course la melibatkan staf pompuan... kadang2 aku pelik betul... naper la orang pompuan nie mudah benar emosinya. aku rasa most of d things, kecik jer. tapi dibesar2kan, dipanjang2kan n dilama2kan. ok la... cannot deny jugak... kadang2 masalah attitude orang nie memang mengganggu perjalanan rutin harian kita sampai kita sendiri tak der mood nak keje ker apa ker. tapi cuba abaikan. boleh tak? ibaratnya, kalau u dah tak suka satu benda tu, toksah la nak perati jugak. karang orang nie pakai baju apa pun u nak komen, nak cakap dengan saper pun nak tegur, cara berjalan pun boleh jadi isu. isk! very d budak2 laa... malas betul aku nak melayan.

so semalam dengan tegasnya aku cakap yang aku tak nak dengar semua benda2 ngarut macam tu. both side kena. tapi aku cakap baik2 la... yela.. emosi diorang tengah tak stabil tetiba kena hambur dengan aku. kalau aku jadi diorang pun naik angin. tapi tegas tetap kena tegas. tak der istilah military kat situ. NO MORE n CANNOT! paling aku tegaskan, NO NGADU2! isk! aku paling tak suka orang banyak ngadu, banyak rungut, banyak komplen. hello... mirror urself also... kita sama jer.. ada kelemahan sendiri.

aku tak anggap semalam aku dapat setelkan. sebab masalah dalaman camtu hakikatnya tak der saper yang boleh tolong melainkan tuan2 punya badan. tapi again aku tegaskan, jangan sampai aku panggil both side face to face with d presence of 1 of my boss. bukan nak besarkan. tapi bila dah dibesar2kan sampai ganggu keje camtu, itu dah melibatkan etika n attitude keje. so, lets hope tak sampai ke tahap tu.

again. NO NGADU2! biasanya orang yang banyak ngadu n banyak komplen nie, dia la yang paling banyak tak betulnya. meh kita cuba tak letakkan diri kita dalam kelompok2 nih. meh! meh!

bertag lagi

ok. tak yah banyak citer. meh buat tag dulu.

1.what is your enthnicity?= Malay+Bugis+Kerinchi
2.what are your interests outside of fashion?= graphic design
3.favorite musicians/bands:=takdo
4.favorite movies:= banyak bona. tak tersenarai
5.what do you plan to study? what do you plan to do for a career?= dah habis study dan dah keje pun. but for future planning, own my own business. what business? tunggu...
6.how often do you shop?= very d jarang

7.do you have a job/work?= yup! alhamdulillah..
8.how do you afford your clothes?= my own money of course...
9.how do people react to how you dress?= mana boleh bagitau... hahahaha!
10.what are your summer plans?= hello...! sini malaysia ok...

—————————————————————–

1. THREE NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?= my syg, shima, mak
2. YOUR MAIN RINGTONE?= miraie by kiroro
3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?= megholoh. bahasa orang perak
4. WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?= my hubby of course...
5. THE COLOR OF THE SHIRT YOU’RE WEARING NOW?= black purple
6. THE LAST THING U DID?= had breakfast with my hubby, my bro n my parents

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?= my computer, my computer, my dress
8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?= green blue
9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?= cannot tell laa..
11. YOUR FAVORITE CITY?= kundasang sabah. hahahaha!
12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?= donno yet. stay at home doing some job or at d office, also doing some job. cannot help maa.. nak cuti panjang nie...
13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?= this morning
14. WHERE IS SHE NOW?= at my home. tapi dah nak balik dah sat lagi
15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?= this morning
16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?= shima
17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT?= a restaurant kat jejantas
18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?= secret... hahahahahaha!
19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?= tak ingat la..
21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?= my hubby la! hahahaha!
22. WHAT DO YOU FEEL NOW?= very messy. banyak gile keje!!
23. WANNA SHARE WITH WHO?= of course my darling hubby
24. WHO KNOWS UR SECRET?= close fren. but most, my own self... :D
25. DO THEY KEEP UR SECRET?= so far so good...
27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?= yup but long gone..
28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?= boikot! boikot!
29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?= seriously! dah tak ingat!

mari melayan tag (lagi)

i like tag! tag lagi! tag lagi! i can know others n others can also know me! :D

TAG 1
1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

Name : zuryati/uya/cuya/atie/yon/tie
Sisters : me d only
Brothers : 2 (both my younger bros)
Shoe size : 5
Height : 150 cm. cute haa...
Where do you live : damansara damai
Have you ever been on a plane : yup
Swam in the ocean : never n dont want. takut...
Fallen asleep at school : err... selalu... lagi2 time bahasa arab. ihiks!
Broken someone’s heart : ops! pernah... tapi tak sengaja ek...
Fell off your chair : sipi2 jer.. bak telur di hujung tanduk
Sat by the phone all night waiting for someone to call : pernah jugak. hee.... :D
Saved e-mails : always
What is your room like : bedroom la
What’s right beside you: not 'what' actually. who - my husband
What is the last thing you ate : nasi putih, lauk ikan keli masak sambal, sayur terung

Ever had…
Chicken pox : yup
Sore throat : yup
Stitches : nop
Broken nose : never so far. hope never never. sakit!

Do you Believe in love at first sight : nop. it's not love. it's LIKE. for me la..
Like picnics : of course...

Who was/were…
The last person you danced with : my hubby. last week. hahahahaha!
Last made you smile : my hubby again...
You last yelled at : tak ingat la. my temperature is under control now...

Today did you…
Talk to someone you like : yup..my hubby, my parents n all my officemates
Kissed anyone : my hubby... *muka merah... heeheehee...
Get sick : pagi tadi jer sakit perut sikit
Talk to an ex : nop. dont have pun. :D
Miss someone : today, nop. sometimes2 jer my close2 frenz
Who do you really hate: let it be secret
Do you like your hand-writing : dulu, yes... now, big NOOOO. in fact, i hate writing!
Are your toe nails painted : never
Whose bed other than yours would you rather sleep in : my hubby... heeheehee
What color shirt are you wearing now : dark green n yellow
Are you a friendly person : take time but yes i am. i think la..
Do you have any pets : nop
Do you sleep with the TV on : always! always!
What are you doing right now : layan tag si bride-to-be
Can you handle the truth : uiks! tough questions!
Are you closer to your mother or father : both
Do you eat healthy : hehehhee.. since pregnant, yes. green salad, fruit salad, fibre, milk. for me n my baby... ;D
Do you still have pictures of you & your ex : still... ada kat dalam album. ahaks! n my hubby will always tersengih bangga every time dia tengok gambar tu. :D
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : my hubby
Are you loud or quiet most of the time : depends. my frenz said, i nie 'lantang dalam senyap'. ??
Are you confident : always... (from d looking la.. ) *evil

5 things I was doing 10 years ago :
1. study at USM n know my matrix member (inc. my hubby)
2. know my employer n working with them now
3. doing this n that for SH n SNE
4. love creating cards n collecting gift wrappers
5. gather sweet2 memories with families n frenz (inc. my hubby...)

5 things I would do if I were a billionaire :
1. perform hajj sebanyak yang mungkin with both mine n my hubby's parents (of course after finish bayar my PTPTN... :D)
2. there will NO peminta sedekah or penganggur or orang tua yang still keje teruk
3. round d world
4. big n cosy house for all mine n my hubby's families
5. mintak jer berapa nak. for sure aku bagi. tapi dengan syarat, for good purpose

5 of my bad habits :
1. bad tempered tapi cepat cool. long gone, i think...
2. selalu tangguh keje. lagi2 time boring n takder idea or takder mood
3. malas. bila tiba time nie, rasa nak baring jer 24 hrs. hehehehe... have to admit la... everybody got this habits...
4. cepat marah kalau diganggu time tengah leka n khusyuk buat keje.
5. sinis2 sindir. hehehehe... cannot help la...

5 places I’ve lived/living :
1. felda mempaga, pahang
2. felda trolak utara, perak
3. ampang
4. penang
5. kl


5 peep to tag this survey :
1. shim (do u have blog??)
2. my dear yusniza
3. sesaper yang rasa nak buat
4. sesaper yang tengah boring tak der buat apa
5. sesaper yang suka menjawab tag

cerita kad kawin

last saturday jugak aku mendedicatekan masa aku untuk menyiapkan design wedding card my adik ipar. actually dah dekat sebulan jugak dia amanahkan aku untuk buat kad dia. n i've got few ideas, design n concept playing in my mind. n to be frank, aku dah buat few rough design pun. but think back, i've decided untuk buat design kad tu sekali dengan dia. suruh dia datang rumah, dok sebelah aku, design sesama. senang citer. sebabnya? err... kena jujur jugak ker? sebabnya... aura kesongehah tunang adik ipar aku tu boleh tahan jugak... mana aku tau?? of course la... i've known her for 5 years! *evil*. buktinya? dengan duduknya dia di sebelah aku pada petang itu, 3 design kad dia aku siapkan terus. plus aku bagi extra lagi 1 design tambahan. hehehehe... yela kan.. lawyer2 nie kadang2 tak semua yang bersandarkan fact jer. ada jugak segelintirnya yang selalu terbang di awang2an, imaginasi melampau batasan, something different. hasilnya, aku gerenti design wedding card diorang tak wujud kat mana2 kedai wedding card dalam dunia nie. hehehehehe... *evil! *evil!. (sori sis, best pulak komen mengomen kat dalam blog nie). :D

anyway, alhamdulillah, tinggal design 1 kad untuk kakak my sis nie jer (a.k.a bakal kakak ipar adik ipar aku). tapi to be honest lagi, aku tak kisah pun sebenarnya mendesign2 nie. lagi2 yang pelik2. maklum la, amatur. jadinya banyak yang perlu dipelajari, dibongkar, dituntut. idea aku pun berkembang, so as my creativity.

cuma sayangnya, aku tak leh lagi nak preview kad2 tu kat blog nie. nanti hilang seri, kata bakal pengantin tu. isk! tangan aku nie memang gatal sangat2 nak preview jer. tengok la. kalau tangan aku nie terlalu gatal n aku pun dah tak mampu nak garu dah, aku publish jer la. hehehe... err.. sis, member2 u mana ada yang masuk blog i nie kan?? so kira line clear la tu! :D

sushi king ek....!

it's a BOY!!

kalau nak ikutkan kesibukan keje, memang blog aku nie akan kembali bersawang (bak kat my sis...). tapi nie aku baru lepas lunch n terus mencuri masa sikit untuk update blog nie.

last saturday, aku buat routine monthly checkup my pregnancy kat shah alam. alhamdulillah, so far semua ok. baby aku pun sihat. yang bestnya, baby aku sekarang dah pandai tendang menendang, siku menyiku. tapi nasib baik la aku tak rasa senak atau sakit apa2 lagi. cuma sesekali tu rasa la geli2 sikit. masa doktor tengah scan tu pun, very clear on d screen my baby tengah aktif tendang menendang n siku menyiku. tergelak kitorang. amazing sangat rasa bila memikirkan ada manusia dalam perut aku. Subhanallah... Maha Suci Allah... Allahu Akbar... Allah Maha Besar.

BTW, my baby is a BOY! n me n dear husband dah pilihkan nama, ADAM. :) insyaAllah... yup! i admit. we both so excited dengan coming baby nie. almost every minutes i can feel his kaki n tangan menendang2 my perut. sometimes i laugh n sometimes i 'pukul' sikit kaki n tangan dia tu. mana taknya, time ummi dia nak tido pun dia boleh nak main lagi. sampai husband aku cakap, malam2 bila dia terjaga n letak tangan kat perut aku time aku tido, dia dapat rasa our Adam tengah tendang menendang lagi. Adam... Adam...

masa checkup tu jugak i kena amik suntikan ATT (kancing gigi). as long as i can remember, last aku kena cucuk masa sekolah rendah. so bayangkan la... aku pun tak ingat dah rasa sakit tu camner. tapi yang aku tau SAKIT. masa nak cucuk tu pun, mata aku terpejam2 takut sakit. nurse2 tu pun gelak. boleh siap tanya, akak nak cucuk kat lengan ker, dekat buntut? sahih la aku jawab kat lengan... :D hakikatnya tak la sakit sangat pun... cuma bengkaknya still ada lagi nie. my husband ketawa jer.

harap2 lepas nie tak kena cucuk dah...

a year older

semalam birthday my husband. HEPI BELATED BDAY, SAYANG.. berapa ratus kali agaknya semalam aku wish bday kat dia. sampai dia cakap "udah2 la tu.." baru aku diam. dia as usual, senyum n ketawa jer tengok aku.

semalam jugak, disebabkan kesibukan n keje2 mendatang yang tiba2 jer muncul, aku tak sempat buat apa2 entry untuk dia. plan nak buat surprise lunch kat dia pun tak jadi. sempat buat short-special-dedication jer. but last friday aku dah belikan hadiah n kad untuk dia. nasib baik la. kalau tak, tak sempat jugak nak belikan apa2. actually dia tak kisah pun, but i feel like buying something for him. maybe not so special but still d sentimental value is there.

so, semalam, aku ajak dia dinner dengan officemates aku sekali. kitorang balik lambat sikit sebab dia terpaksa OT sekejap n aku pun ada keje. celebrate kat kedai mamak kat area ofis aku nie jer. keknya? ada... ada... bos dia belikan untuk dia. aku? aku bagi hadiah aku tu la. hadiah yang dibungkus dengan plastik bungkus jer sebab terlupa nak balut dengan gift wrapper. cadang nak amik gambar, tapi segan pulak.. sahih jadi bahan kutukan sebab bagi hadiah sebegitu rupa pada yang tercinta. aku tengah balut tu pun budak2 ofis aku dah gelak sakan... ada jugak yang tanya, naper tak buat kad sendiri since aku tengah suka design mendesign sekarang (sampai my hubby cakap baby aku nanti salah2 gaya jadi designer sebab ummi dia asek mendesign2 jer...).

for my dear... luv u so much. no words can represent my luv to u. only ALLAH knows how dearly u are to me... luv u sayang... more n more n more n beyond.. HEPI BDAY... :)

~ special dedication... ~


My Dear, Hubby...
I'm Now Flying Without Wings...

Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be

Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings

Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry

You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings

So, impossible as they may seem
You've got to fight for every dream
Coz who's to know which one you let go
Would have made you complete

Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
In any given time or place

It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
Cos you're my special thing
I'm flying without wings

And you're the place my life begins
And you'll be where it ends
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings

Dear...
My sight and voice might be lost in times
But my love will remain forever
I pray to be your angel
In life before and after death
I pray to be always by your side
Until ALLAH do us part

I Love You, Dear...
Beyond words...
HAPPY BIRTHDAY!
I'M GLAD YOU'RE BORN...

mari bercuti-cuti

minggu lepas, aku n hubby menunaikan janji dan hajat anak2 sedara aku di sg. besar untuk bercuti di KL. lepas keje 24/12 tu, kitorang terus ke sg. besar dan balik semula ke damansara malam tu jugak.

25/12, khamis - pagi2 lagi dah keluar. bfast kat kfc restoran jejantas then terus ke KL. actually banyak tempat nak bawak diorang. tapi disebabkan kemampuan kaki masing2 yang terbatas, terpaksa la ditunda ke lain hari jer. so, kitorang cuma pegi tengok Bedtime Stories kat TGV KLCC, Aquaria KLCC n minum2 petang di Putrajaya. lepas solat Isyak, baru kitorang ballik rumah. tu baru 3 tempat, masing2 dah ngadu sakit kaki la, lenguh kaki la, urut2 betis la. aku yang perut besar nie pun maintain lagi kaki, cuma tapak kaki yang memang sentiasa sengal2 nie jer yang buat hal. tu belum citer bab pening2 dalam keta tu. last2 aku cakap, "camner nak jalan sana jalan sini nie, naik keta jer pening, naik keta jer pening. tu belum lagi naik flight ker, bot ker tu." dan kata2 aku tu disambut dengan sengihan oleh mereka.

26/12, jumaat - husband aku pulak selsema. pagi2 lagi dah bersin2. nasib baik tak sakit kepala ker, demam ker. risau gak aku. cuma lemah2 badan jer. so, plan nak balik ke jengka lebih awal terpaksa la cancel. pukul 11 lebih baru bertolak dari rumah. plan nak singgah di genting highlands pun dicancelkan. pagi tu hujan ala2 lebat. tambah pulak budak2 tu masuk keta, baru gerak 2 minit dah pening lagi. adoiii... aku yang tak pening nie pun jadi pening. so, terus aku cancelkan plan dan balik jengka jer. kitorang sampai lebih kurang pukul 3 lebih. tak ke mana pun. rehat sungguh. adik2 ipar aku yang lain pun ada. har, kerol, cik am, yayak. kak ct n famili pun balik jugak, anak2 abang nang lagi.. meriah la.. pastu atur plan nak gie picnic. me n hubby nak bawak2 budak2 nie gie area cherating. tapi risau jugak musim2 hujan nie. last2 nak cari air terjun atau sungai jer. tapi tak tau pulak kat mana. siap surf internet lagi. jumpa la lembah kiol.. mm.. macam menarik... malam tu kitorang pun bergotong royong sediakan makanan nak picnic. excited... :D

27/12, sabtu - pagi2 lagi semua dah bersiap. dekat pukul 9 me, hubby n anak2 sedara aku gerak dulu. konon nak tengok port dulu la. cari punya cari, jupe la lembah kiol tu. aduhh... ingat dah sesat dah. mana taknya, masuk kampung orang asli. dah la jauh ke dalam, hutan jer pulak tu, ada la sikit ladang getah. betul2 kat kaki bukit tapi apa ntah nama bukit tu. dalam keta masing2 siap cakap lagi, kalau tempatnya tak cantik... memang la... rupa2nya memang cantik. siap dah disediakan port untuk makan2, airnya pun tak deras. tak dalam sangat, tak cetek sangat. redup pun redup. hati pun tak risau bawak budak2 mandi situ sebab semua mandi depan mata jer. batu pun tak banyak. memang best la. biras aku, abang lan, siap dirikan khemah lagi. mak mertua aku yang tak tau nak ikut ker tak tu pun last2 ikut jugak. isk, memang puas la mandi... walaupun masing2 menggigil gila sebab sejuk. tapi tetap masing2 nak tunjuk skill menyelam n berenangnya. my hubby yang selsema lagi tu pun tergoda jugak nak turun mandi sama. aku setakat berendam jer la... ingat nak stay lama sikit. tapi telekung pulak tertinggal... kena la jugak balik. tapi masing2 dah pakat dah, akan datang nie, pakat nak balik sesama lagi n picnic kat situ. kali nie dah siap plan nak berbarbeque. emm.. tak sabarnya.

28/12, ahad - gerak balik kl. hari nie ada kenduri yang wajib pegi. kenduri si muaz yang aku buatkan kadnya tu. dalam pukul 1.30 kitorang sampai kat tempat kenduri tu. lepas makan ala kadar, jupe pengantin sat, terus kitorang gerak ker sg. besar hantar anak2 sedara aku tu. singgah jap n terus gerak balik damansara. huh! penat giler badan... paling penat husband aku la. nasib baik dia tak selsema dah. sampai rumah tengah azan maghrib. sampai serentak dengan parents aku. o yer, parent aku dah ada kat rumah aku dari hari sabtu. well.. thats my parents... very senang hati ke sana ke mari bila2 masa jer.. :D

29/12, isnin - cuti awal muharram. hari tak der buat apa. dok rumah jer rehat n buat keje. fuh! baru berapa hari cuti, dah lenguh2 badan. camner nak cuti sampai 2 bulan nie??