RSS

Them...

Adik beradik kandung saya cuma 3 orang. Saya yang sulung dan dua adik saya tu lelaki. Tapi entah macam mana, saya ada dua orang adik perempuan. Saya pun tak ingat macam mana diorang boleh jadi adik saya. Yang pasti saya tak kutip diorang tepi jalan. Ihiks!

Saya sangat sayang mereka. Sangat2 sayang. Tapi saya mengaku yang saya sangat2 jarang cakap yang saya sayang mereka. Malah mungkin tak keterlaluan pun kalau saya cakap saya sangat2 jarang tunjukkan yang saya sayang mereka. Saya layan mereka sama je macam saya layan kawan2 saya yang lebih muda dari saya. Saya selalu laser mereka malah pernah marah mereka. Tapi jauh dalam hati saya sangat dan terlalu sangat sayangkan mereka.

Saya bukan jenis orang yang pandai tunjukkan ambil berat. Malah mungkin pada kebanyakan masa, saya lebih nampak tak ambil berat or tak ambil peduli. Jarang contact mereka, jarang tanya khabar mereka. Jarang ajak mereka berjumpa2 dan berjalan2. Yup, thats my weakness. Lagi2 bila dah berkeluarga nie, lagi la... Jadi mungkin ada ketikanya mereka merasakan yang mereka cuma 'penting' bagi saya bila ada apa2 kerja atau urusan (sebab selalunya bila ada urusan saja baru saya selalu contact or bersosial lebih sikit. Huhuhu...)

Hakikatnya, mereka antara adik2 terbaik yang saya pernah ada. Mengaku atau tidak, declare atau tidak, mereka sudah menjadi sebahagian daripada diri saya. Malah tak keterlaluan kalau saya katakan, mereka sentiasa ada dalam hati saya. Cuma saya sendiri yang bukan seorang kakak yang baik. Jadi bila masing2 sudah ada pasangan masing2, kami semua mula renggang (tu pun salah seorangnya dah jadi biras saya. Kalau tak, mungkin renggang dan jarang jumpa juga).

Hari ini, salah seorang dari mereka bertunang. Walaupun saya tak diberitahu, tapi saya tak kisah sangat. Majlis bertunang saja. Saya dulu pun masa bertunang tak beritahu saya. Sehari sebelum bertunang baru saya beritahu pada bos2 saya sebab tak mahu mereka kecil hati pula nanti. Sekadar menghormati. Melihat gambar adik saya tu di FB, tiba2 saja hati saya jadi sebak sangat. Airmata saya mula gugur. Owhh.. saya sangat rindukan waktu2 manis kami bertiga (dan beberapa orang lagi rakan2 yang lain). Sangat2 rindu. Dan setiap kali kalau teringatkan mereka, saya tak dapat imbas apa waktu sedih atau tersinggung yang saya pernah rasa dengan mereka. Hampir tidak ada bagi saya. Saya selalu gembira dengan mereka (tapi tak pasti la mereka pula bagaimana). Mereka sentiasa menyenangkan hati dan membuatkan saya ketawa. Terasa sangat seperti saya seorang kakak dengan dua orang adiknya yang banyak songeh dan kerenah. Saya selalu ketawa bila terkenangkan gaya dan mimik muka mereka bila marahkan sesiapa (sebab biasanya mereka sekepala dalam bab nie). Ahaks!

Untuk adik saya, Shima, tak kisah la u baca blog nie atau tidak (tadi pun i dah wish u kat fb dan sms), tahniah, sayang... Sangat2 happy for u... (macam nie la saya... setiap kali adik2 saya tu bertunang atau kahwin, saya yang nangis dalam bilik). Semoga kebahagiaan sentiasa jadi milik u dan semoga kegembiraan sentiasa jadi sebahagian daripada diri u. Tahniah again dear... (He better really take care of you! Kalau tak i doakan dia bukan2!) Huuhu...



Cerita FB

Me tak ada la nak update apa sangat (walaupun ada banyak cerita yang mahu dikongsi). Cuma nak pesan beberapa perkara (untuk diri sendiri juga) :

1. Toksah la asyik nak dok nilai apa orang lain buat. Betul ka, tak betul ka. Pastu nak banding2 diri sendiri kununnya. Nasib orang lain2. Kalau nak bagi nasihat, bagi nasihat betul2. Jangan kat depan hang senyum kat dia, kat belakang hang dok sengihkan dia. Hang dok komplen itu ini, maksud tak sampai jugak.

2. Kalau rasa diri bijak, kongsi2 la kebijakan tu dengan orang lain. Toksah tunjuk je bijak. Tapi tak berkongsi apa2. Sikap kita yang dok tunjuk bijak depan orang tu lebih mulia daripada sikap kita yang asyik nak komen orang lain yang tak bijak.

3. Jengkel jugak kadang2. La nie, zaman2 millenium nie, tambah2 lagi sejak2 ada fb nie, 'cakap depan2' bermaksud 'update status kat fb tentang orang tertentu'. Pastu datang la member2 yang tak tau ujung pangkal nie dok sokong status kita tu. Kita pun bangga la sebab orang dok sokong kita. Tak ada makna aihhh...

4. FB nie kununnya medium untuk 'menjalinkan silaturrahim'. Tapi sikap segelintar pihak nie membuatkan rasa jengkel nak buka FB. Malas sebab takut kot terbaca status2 terkini orang2 tertentu yang tak sudah2 dok komen sana sini. Nak skip pun, kalau dah kawan2 tu mesti kadang2 kita baca jugak. Nak remove karang, terasa sangat di jiwa dia pulak karang (walaupun ramai dah diremove). Jenuh pulak nak cipta2 alasan karang. Haissshhhh!! Serabut betul dengan sikap2 gini. Nak komen pun berpada2 la, Awang dan Mek oiii... Nie kalau setiap update hang asyik komen orang macam hang je yang betul, serabut kepala otak aihh... Orang buka FB nak release tension kerja n nak sembang dengan kawan2. Tapi disebabkan status2 hampa yang semua 'macam best' tu, terus hilang mood. Isk! Lemah jiwa aihh!

Sekian.