RSS

nak jadi dependant atau independant

hari nie ada sorang adik cerita tentang husband dia yang sangat 'mengambil kesempatan' atas sifat independant dia. owhhh... sangat membiarkan ok... tak yah la cerita panjang2 tentang hal rumah tangga orang. yang pasti me memang tak boleh la camtu walaupun me nie jenis independant jugak. teringat pulak cerita adik me tentang husband dia jugak yang selalu biarkan dia ke hulu ke hilir sorang2 dengan alasan 'untuk menggalakkan isterinya memandu sendiri'. confusenya, part adik dia mintak hantar mintak amik ke mana saja, dia angguk jer pulak. cuba encourage jugak adik dia amik lesen n drive sama2 dengan wife dia tu. baru la adil sikit.


terpikir pulak me... kebanyakan orang lelaki nie memang suka perempuan yang independant. jadi diorang tak la terlalu bergantung dengan lelaki tu jer. tapi lelaki2 nie terlupa yang apa keadaan sekalipun, diorang ada tanggungjawab terhadap isteri n ahli keluarga diorang. tak yah la guna ayat 'perempuan nie kaum yang lemah' *geli me membacanya, macam la orang perempuan nie lemah sangat*. tapi kalau si lelaki2 nie ada rasa tanggungjawab, tak kira la wanita$ yang mendampingi mereka tu lemah atau tak, rasa tanggungjawab untuk jaga keselamatan wanita2 di sisi mereka akan tetap diutamakan. me tak suka bila diorang suka guna alasan, 'kita tak boleh manjakan sangat...'. hellooooo... bukan soal manja ok... u tak baca ker paper? tak tengok tv? tak dengar radio? ker u tengok katun jer? *opppsssss* macam2 kes yang pelik2 sekarang nie tau! mesti la kena ada rasa berwaspada. lagi2 bila wanita2 nie di bawah tanggungjawab kita. jangan sampai menyesal kemudian nanti. sementara boleh jaga nie, jaga la sedaya upaya. kalau memang tak der kudrat tu tak per la jugak... bolehlah jugak diampunkan... kalau sesekali tu, boleh la juga tutup mata. nie kalau dah selalu?

tengah2 adik tadi bercerita tentang husband dia tu, sorang member me yang jenis independant n belum kawin nie mencelah, 'baik aku tak yah kawin kalau camtu!' seeee....! kan contoh yang tak elok tu!

*baik lelaki, baik perempuan. kehendaknya banyak, kriteria2 pasangan pilihan meleret2 panjang senarainya. tapi selalu jer tak tengok diri sendiri dulu, adakah dah memenuhi kehendak dan kriteria pasangan pilihan tu. malang betul orang2 macam nie.* renung2kan dan selamat beramal...


laporan checkup

sabtu lepas me kena buat detail scan untuk 2nd baby nie. dah 24 minggu. alhamdulillah normal. jari tangan dia panjang betul! semua organ, tangan, kaki, bentuk muka, otak, semua normal. alhamdulillah... tapi bak kata doktor, itu setakat yang kita boleh nampak. yang lain, semuanya atas kuasa Allah. paling me n hubby happy, kali nie insyaAllah baby girl! yeay! alhamdulillah... so, me dah start panggil dia 'ayra' balik. sebelum nie masa mula2 doktor detect boy, kemudian nampak macam girl, bila buat 3d memang sah la girl. but again, bak kata doktor, nie cuma based apa yang boleh nampak saja... :)


hari nie me kena amik darah n check gula pulak. 2nd preganancy nie me tak berapa banyak makan. teringinnya banyak. tapi makannya ala2 jer. adam dulu masa 6 bulan, berat me dah 50. tapi kali nie berat me maintain 46-47. hari tu doktor kata underweight. tapi tak la teruk sangat.

part amik darah tu me boleh ampunkan lagi la... tapi part minum air gula tu memang me rasa nak minta ampun jer! aduhhh! dulu masa 1st time minum, me muntah teruk. bacaan terus lari sampai tak boleh baca then satu hari me collapse. pening gila! kena buat kali kedua. kali kedua tu dia bagi glukos rasa ribena. ada la masam2 sikit. baru la me boleh minum. tu pun sementara nak menunggu 2 jam tu, me tahan jer rasa nak muntah. so kali nie macam2 me request. tak nak mug besar sangat, tak nak gula pasir, lebihkan sikit rasa masam, nak air masak sikit. nasib baik la nurse tu ikutkan jer. tu pun still rasa nak nangis jer waktu minum. isk... air gula la yang paling me surrender sekali... yang lain2 tu insyaallah boleh gagah lagi.

result kali nie sama jer macam adam hari tu... diabetes. doktor pun pujuk la.. "it's ok puan... at least we know earlier. kadang2 sebab yang 1st u dah ada diabetes, so bila yang 2nd nie pun u akan tetap ada tak kisah la u jaga makan ker tak. cuma maintain jer dengan apa yang u makan sekarang, kurangkan gula, lebihkan air masak n make sure gula u tak lebih dari 10. kalau tak, sorry to say, u kena cucuk every 2 weeks." aduhhhh... baik doktor...

scan tadi, ayra songsang sikit, selalunya tangan dan kakinya ke atas, tadi kat bawah. n kedudukan kepalanya sedikit nak menghala ke atas. but since si ayra nie selalu bergerak2 n aktif macam abang dia, doktor kata nothing to worry yet. ada kemungkinan kedudukan dia tu sebab dia asek bergerak n berpusing2. but still ahad nie kena datang balik untuk scan, check kedudukan dia. yang lain alhamdulillah semua normal...

2nd pregnancy nie jugak macam2 ragam pulak badan nie. kesan tempat me jatuh tangga dulu2, kat belakang pinggang n pinggul nie makin horror. masa adam, me dah 7-8 bulan baru rasa sakit. tu pun boleh lagi gagah berjalan turun naik tangga ofis dengan laju. tapi kali nie, masuk 4 bulan hari tu dah rasa sakit. n sekarang nie makin horror. dah berapa kali me terpaksa merangkak sebab tak boleh jalan langsung. sakit sangat. kalau berdiri pulak, berapa kali terjatuh sebab tetiba jer tempat sakit tu menyucuk. selalunya me rileks jap... urut2 sikit... n berdiri n berjalan balik. tahan sakit tu, jalan pelan2, then slow2 rasa sakit tu berkerjasama walaupun tak hilang pun. kemuncaknya, baru2 nie, memang tak boleh berjalan langsung. me sedikit panik sebenarnya. husband me demam panas. adam pulak pagi2 dah meragam. sedangkan me nak berjalan pun tak boleh. merangkak sikit, mengengsot sikit, then berpaut n berjalan setapak dua macam orang baru nak berjalan. cepat2 buat susu adam, then duduk balik. nak dudu tu pun sakit. rasa satu pinggang sampai ke kaki kena cucuk dengan jarum. bila me berkeras jugak terus tangkap ke dada. aduhhh... dugaan sungguh...

tengahari tu panas badan husband surut sikit. n me try call kakak yang urut me masa pantang dulu. nasib baik rumah dia dekat jer dengan rumah me n alhamdulillah kali nie dia angkat. rupanya dia pun tengah sibuk menguruskan adik iparnya pantang. alhamdulillah kakak tu urut terus lega. sakitnya tak la hilang 100% tapi sekurang2nya me lebih laju la bergerak, lebih senang nak bangun n berjalan. dia cakap banyak sangat urat yang bengkak n bersimpul2. sampai ke kaki. urat semua naik. isk! tangan tukang urut... me yang hari2 urut sendiri nie memang tak rasa apa2 la... sungguh2 kakak tu urut sebab dia kata takut kalau tak leraikan cepat, nanti makin bersimpul2, lagi susah. pastu dia citer, dia baru urut sorang jiran dia tengah pregnant jugak. pernah jatuh n sakit sama macam me. tapi yang tu lagi kesian sebab dia terpaksa amik cuti sakit 2 bulan n pakai kerusi roda sebab tak boleh jalan langsung. bukan lumpuh atau apa, tapi sebab terlalu sakit sampai doktor kena bagi pil tahan sakit (sedangkan preganant woman sangat tidak digalakkan amik pil tu) n kena urut hampir hari2. isk! siannya... nasib baik me tak seteruk tu.

selain dari sakit jatuh tu, sakit gigi, asek muntah n tak der selera nak makan sangat, me rasa me ok jer semua benda. normal seperti biasa. tak la teruk sangat... cuma baby perempuan nie agaknya terlebih manja kot... *dulu me kurang darah. harap2 kali nie normal la hendaknya...*