ok. mari kita buat checklist persiapan raya tahun nie yer.
1. LANGSIR - BELUM. survey dah berbulan2. jumpa yang berkenan dah banyak dah. tapi belinya yang masih belum. rail langsir tu pun tak der lagi.
2. BAJU RAYA ME & HUBBY - Allahu'alam ada ker tak. kalau ada, ada la. kalau tak der pun, tak per la. kesimpulannya BELUM jugak.
3. BAJU RAYA ADAM - pun BELUM jugak.
4. KUIH RAYA - baru ada 4 balang. tu pun order dari SIL. n tu pun nak bawak ker rumah mak. kesimpulannya rumah sendiri punya kuih raya BELUM lagi.
5. DUIT RAYA - boleh dikatakan BELUM jugak la. tahun nie tak tukar duit raya pun. sebab tak der bajet nak bagi. bajet untuk anak2 SIL kat sg. besar tu jer. diorang lagi sian. yang lain insyaAllah bagi jugak... tapi guna duit2 seringgit2 yang me kumpul2 tu la. nasib baik me suka kumpul duit seringgit2. tapi dah konyok2 la.
6. KASUT RAYA - pun BELUM n tak tau lagi ada ker tak. kasut yang ada nie kasut serba guna. tu la kasut gie keje. tu la kasut gie jalan2. tu la kasut gie balik kampung. tu la kasut gie masuk ladang. tu la kasut gie pasar. semua kasut tu. banyak oooo jasa kasut tu... cuma dah namanya serba guna, so rupanya pun dah tak berapa nak raya la. kalau orang perasan, bahagian depannya dah agak hampir nak hancur. ihiks! isk! part kasut nie bukan salah saper2 la... salah sendiri. sebab dari dulu me memang tak pandai nak beli kasut. ada jer yang tak berkenan. kalau dah yang tu, yang tu jer la.
7. PERSIAPAN LAIN - persiapan apa ek? nak ganti sarung kusyen, sofa pun tak der. nak beli alas meja makan baru, meja makan pun tak der. nak buat kuih, memang idak la. isk! yang lain tak der apa sangat rasanya... biasa2 jer. yang wajib2 benda2 yang kat atas tu jer la. tu pun ada yang kena beli baru, ada yang tak yah beli pun tak per. tengok la dulu.
kita tengok pulak jadual menjelang raya nie.
hari nie hari SELASA. me keje. nak gie shopping malam... alahai... kalau terpaksa jer la. mesti ramai orang. bawak ada lagi. kalau me n hubby jer boleh jugak ampun lagi. n kalau si adam me tu jenis dok diam tak apa lagi.
esok hari RABU. me keje lagi. petang pulak hubby kena hantar BIL n family ke LCTT. tahun nie diorang beraya kat sarawak. again, option yang ada untuk shopping ialah malam. tapi sian hubby... mesti penat.
option lain is lusa, KHAMIS. gie PKNS ker pagi2 buta agak2 kedai baru buka, orang pun tak ramai lagi. tapi lepas tu nak berkemas2 balik gedangsa pulak. ingatkan nak balik puchong jer. tapi mak n abah plan nak balik sambut malam raya kat gedangsa. suasana kampung sikit.
isk.. tak baik me nie. dah terikut2 dengan orang dah. orang lain beli baru, me pun nak beli baru. tapi sampai kedai, semua rasa tak perlu. orang lain shopping raya, me pun nak shopping raya. tapi tak tau nak beli apa sebab rasa macam tak yah pun tak apa. tapi bagi me, nie semua sekadar nak memeriahkan sambutan raya. ok jer. berbelanja mana perlu jer la. rasanya sekarang nie ramai yang camtu. tak der nak berlawan2 macam orang dulu2 dah. lagipun pada me, apa salahnya kita beli yang baru. lagi2 yang memang perlu diganti. time raya nie la insyaAllah kita akan ramai tetamu. so nie pun kategori nak meraikan tetamu jugak. n setakat nie alhamdulillah la semua kawan2, sedara mara, adik2, kakak2, abang2 n saper2 yang me kenal tak der la sikap nak nunjuk2 benda baru kat rumah diorang. semua biasa2 jer. tu yang me rasa ok jer dengan apa yang ada nie. cuma macam me cakap tadi, dah namanya raya, nak jugak la menyibukkan2 diri kat shopping2 kompleks ngan orang ramai, saja nak bagi meriah raya jer. :D
makin meningkat umur nie, makin kurang dah perasaan nak meriah2kan raya semeriah2nya. tak macam tahun2 dulu. errr... betul ker sebab umur.. atau sebab bajet... syyyy! hahahahaha!

0 comments:
Post a Comment