RSS

tasik jadi bengkel??

pelik tak? tak pelik sebenarnya... sah2 la maksud tajuk tu ialah destinasi asal iaitu 'tasik' bertukar jadi destinasi terpaksa iaitu 'bengkel'.


petang semalam dengan excitednya me n hubby nak bawak adam n anak sedara kitorang berjalan2 n berlepak2an di tepi tasik shah alam. husband me dah bersemangat nak berjoging sakan round tasik tu n me pulak dah semangat nak gie area2 yang kitorang tak pernah gie kat tasik tu. selalunya lepak minum kat restoran tu jer (minum jer selalunya sebab makanannya adalah mahal). sian tengok anak sedara kitorang tu. hari2 keje jer (dia buat part time kat company lama husband me). so hujung2 minggu nie ingat nak bawak la dia hirup udara segar sikit...

pukul 5 kitorang dah ready dalam kereta. tup tup enjin pulak tak nak hidup! cuak dah... kereta kitorang tu pun memang selalu dan dah lama dah buat aksi2 menggoda-tuannya-ke-bengkel. tapi kitorang jer yang kuatkan iman n belai2 pujuk penuh kasih mesra. tapi semalam bila dia start tak nak hidup tu, macam2 dah terbayang dalam otak dah. hari tu ekzos. nie enjin pulak. lampu2 bateri n segala mala lampu kat dashboard tu dah memang selalu dah jadi macam lampu disko yang bergilir2 berkelip2 tu. cuma yang baiknya, buat masa nie tak pernah lagi buat hal berenti tengah jalan. kalau dia buat hal gitu... aduhhh... memang tepuk kepala la kitorang. ongkos tak mengizinkan lagi nak menukar yang baru nie. dusssyyy!

husband me pun check. rupanya bateri. dah dekat RM200 jugak tu. nasib baik la ada duit sepit kat celah2 poket beg besar me nie. husband try lagi banyak kali dengan lebih lemah lembut. akhirnya dengan lemah lembut jugak enjin mula hidup... nasib baik la tak mati dah. terus bergegas mencari bengkel yang buka di petang minggu. ada 2 bengkel. satu tu RM200++ harga baterinya. husband dengan gagah n tawakalnya gie bengkel yang lagi satu. me nie berzikir jer la dalam hati... bengkel kedua RM100 jer. terus on! alhamdulillah... selamat jugak akhirnya... tapi uncle bengkel tu cakap, "ini enjin banyak nak kena buat oooo... u punya wiring pun dah ada problem. tak caya u tengok u punya lampu bateri." husband pun check n memang lampu baterinya menyala (dah lama dah nyala sesekali tu).

so misi ke tasik petang semalam gagal. sian tengok muka anak sedara me tu. dah la hujung minggu nie dia dah balik rumah dia balik. untuk pujuk hati dia, me n hubby pun tontong la belanja dia makan kat satu restoran fast food yang baru buka kat area rumah me nie. dia pulak memang tak pernah lagi makan kat situ. lagipun dah dekat nak maghrib dah masa tu. so nak jalan jauh2 sangat memang tak selesa la... nasib baik la dia ok.

sekarang nie me n hubby kembali gigih menyimpan duit standby untuk kereta tu. paling gigih mengumpul duit nak tukar lain. pilihan me memang waja la... walaupun dah old fashion tapi tak tau la, me memang suka waja la... luas, lapang, selesa, boot pun gedabak. memang asek kena gelak dengan member2 me. katanya tak der taste. ahaks! me memang... kalau dah berkenan memang berkenan. husband pulak tak kisah sangat asalkan dalam bajet. masalahnya bajet pun tak nampak rupa lagi nie. nak trade in kereta tu salah2 gaya kitorang yang kena bayar balik. husband pun tak check lagi. aduhhh... duit! duit! di mana kau duit!


0 comments: