RSS

bila anak muda bercinta

me pun pernah muda. kita semua pun pernah muda. me akui, semua yang kita rasa waktu masih berjiwa muda dulu selalu saja mengikut perasaan. malah adakalanya keterlaluan. walau sebenarnya semua perasaan tu boleh diimbangkan dengan akal, tapi 'kebahagiaan' yang tengah kita rasa waktu tu menafikan keburukan rasa yang keterlaluan tu. makanya, jadilah kita anak2 muda yang 'terlalu' cinta, 'terlalu' merindu, 'terlalu' hampa dan macam2 lagi 'terlalu'nya. seterusnya, pasti akan ada rasa yang berbolak balik, bersorong tarik, dah dibuang tapi kemudian dikutip semula.


me tak pernah pandang semua perasaan mereka nie sebagai rendah walaupun me akui perasaan2 tu agak keterlaluan. me dah pernah lalui semua tu. n me akui, dulu2 pun, banyak kali me keterlaluan dalam berperasaan. tapi bercakap pasal perasaan... even orang tua pun keterlaluan bila berperasaan. cuma, sebagai orang yang dah pernah melalui semua rasa tu, me nak berkongsi buruk dan baiknya apabila mengikut perasaan. sama ada dalam tindak tanduk, tutur kata mahupun fikiran. mahu jugak me mengingat2kan apa yang wajar dan apa yang tak wajar. bagi me dulu, apa rasa yang keterlaluan yang sedang me rasa waktu tu, me tetap akan berpegang pada 'me tak kan bertahan atau berharap pada apa saja yang tak pasti.' motto rasmi me dulu ialah 'go with d flow'. tapi me admit, ada masanya motto tu sangat berguna tapi ada juga masanya motto tu langsung tak boleh pakai. hahahaha!

apapun, cinta nie perlukan ketahanan yang kuat, tegar yang sebenar2 tegar, ketegasan yang utuh dan ketabahan yang tak kan rapuh. tapi semuanya harus berada dalam kelembutan dan kesabaran yang berpanjangan dengan doa yang tak pernah putus. bukan senang... sungguh... bukan senang... sebab tak ada apa yang pasti dalam cinta tanpa akad. mengenangkan itulah, me tak suka buang masa dengan mengharap, menanti dan bertahan. kita boleh habiskan seberapa banyak waktu untuk mengenali, memahami dan mempertahankan perasaan kita. tapi akan sampai masanya, kita perlu lihat pada kewajarannya dan wajib berani mengambil keputusan. dah tentu... masih tiada yang pasti dalam keputusan itu... tapi insyaAllah... kalau keputusan tu diambil setelah kita menyerahkan urusan hati kita pada Allah, langkah kita lama kelamaan akan jadi lebih mudah. yakin dan percaya, bukan pada cinta, tapi kepada PEMILIK CINTA, yang hati-hati kita berada di TANGAN-NYA...

:)


0 comments: