RSS

losing my bridesmaid...

minggu nie sebenarnya adalah minggu yang sedih bagi saya. cuma sudah menjadi kebiasaan saya untuk tak terlalu mengikutkan sedih saya sebab saya nie kalau dah terlalu sedih semua keje tak boleh buat.


kenapa sedih?

sebab minggu nie adalah minggu terakhir bridesmaid saya bersama2 saya n sentiasa di sisi saya untuk membantu n menjadi pendua saya dalam setiap tugas harian saya di tempat keje. saya jarang bercerita tentang bridesmaid saya nie secara in person. entry kali nie, saya dedikasikan untuk bridesmaid saya nie...

kenapa saya panggil dia 'bridesmaid'? sebab dia memang bridesmaid saya. dialah bridesmaid saya yang pertama dalam hidup saya, bridesmaid waktu wedding saya n hubby di sebelah keluarga saya 3 tahun lepas. sebelum tu lagi, bridesmaid saya adalah salah seorang yang bertanggungjawab menyerbu rumah saya tanpa amaran bersama2 dengan my sis. waktu tu, kelab peminat tempat saya bekerja begitu aktif. jujurnya, tidak ada seorang pun di antara ahli2nya yang benar2 berhubung rapat dengan saya sebab saya agak memilih. bukan dari segi rupa sebab saya sama sekali tak memandang rupa. tapi dari segi komitmen, kerjasama n penerimaan mereka terhadap saya. n di antara beribu2 ahli itu, hanya ada 3 orang yang benar2 rapat dengan saya; adik saya, bridesmaid saya n sorang lagi adik lelaki saya.

kenapa saya 'memilih' mereka? sebab bagi saya mereka jujur dalam tanggungjawab yang diamanahkan. mereka tak perlu diberi arahan berkali2, tak perlu diterangkan dengan panjang lebar tentang apa yang perlu dilakukan, tak perlu terlalu disemak semula setiap hasil kejenya, tak perlu sering diawasi. n mereka juga tak perlu selalu dihubungi untuk diminta perkembangan terkini sebaliknya merekalah yang akan menghubungi saya atau memunculkan diri secara tiba2. yer, saya akui saya agak selektif. sebab saya tak suka merasakan diri saya seperti 'bos' yang asyik mengarah itu n ini. saya tak suka bila terpaksa menonjol ke hulu hilir menguruskan perkara2 yang telah diamanahkan pada individu2 yang dipilih. saya mahu 'kerja bersama2', bukan kerja atas arahan saya atau di bawah pengawasan saya.

suatu waktu, tugas2 saya di pejabat memerlukan saya mencari pembantu. saya ajukan cadangan pada bos saya pada waktu tu n beliau menyerahkan sepenuhnya kepada saya siapa yang saya mahu (sebab beliau sangat arif dengan ke-selektif-an saya itu). lalu saya telah memilih bridesmaid saya nie yang kebetulan baru tamat diplomanya. asalnya beliau diserapkan di bahagian jualan n pemasaran. tapi lama kelamaan, saya minta di membantu saya. kenapa saya cadangkan dia bahagian tersebut dulu? sebab saya masih mahu melihat cara kerjanya. apakah masih sama? sebab kehendak n suasana kerja di pejabat agak berbeza dengan kehendak n suasana kerja yang lebih santai seperti menguruskan kelab peminat.

sejak itu sehinggalah minggu ini, dia telah bersama2 saya dalam setiap kerja2 saya. saya tidak malu untuk mengaku yang dia sangat banyak membantu saya, selalu menjadi pendua saya, memudahkan semua kerja saya, meringankan workload saya malah manusia yang hampir tidak pernah melawan saya (hampir sebab saya percaya, ada juga satu dua perkara yang dia lawan dalam diam ;) ). jujurnya, saya tidak risau dengan setiap keje yang diamanahkan pada saya walau seberat n sebanyak mana sekalipun sebab saya tau saya ada dia untuk membantu saya. malah ada masanya, dia yang terus mengambil alih keje2 yang sepatutnya dipantau atau diselesaikan oleh saya. saya tidak risau untuk cuti maternity sebab saya tau saya ada dia. sungguh saya tidak risau.

saya tidak mengatakan dia sempurna... sesekali singgah juga beberapa rungutan kecil di telinga saya terhadap keje2 dia. tapi saya berpegang pada 'saya tau cara keje dia'. dah tentu ada juga kesilapan2 kecil di sana sini, tapi saya sendiri sebagai ketua pun ada juga melakukan kesilapan2 tertentu. saya juga ada juga melepaskan marah pada dia bila dia melakukan kesilapan2 tertentu. tapi hakikatnya seingat saya... dia sangat jarang menyusahkan saya. kalau ada pun, saya tak perlu membebel panjang atau memarahi dia dalam tempoh yang lama sebab dia akan terus paham perubahan air muka n suara saya lalu membetulkan kesilapan dia. yer, saya sama sekali tidak akan memihak pada dia atau terus membela dia bila ada yang mengadu tentang dia. tapi sekali lagi, saya kenal cara kerja dia. saya yang bekerja dengan dia, saya yang berhubung terus dengan dia, saya yang berkomunikasi dengan dia. mungkin saya kedengaran agak 'bias' tapi itu hakikatnya. sekali lagi, saya bukan terlalu memuji dia. dia tetap ada cacat celanya. tapi di mata saya, keje2nya hampir sempurna...

dari segi peribadi, bridesmaid saya seorang yang menurut tapi dalam masa yang sama ada sikap melawan. dia suka bershopping2, suka berjalan2, suka melaram, suka bergambar, suka ketawa dengan kuat, suka bergosip2an (sama ada sebagai pemula atau sebagai pemanasnya. hahahahaha!) n paling ketara, suka makan! hahahaha! dia juga suka memendam walaupun dalam masa yang sama bercerita (macam mana tu??). dia jarang bercerita kisah2 peribadinya pada saya (sebab saya suka berceramah, katanya) tapi di akhir2nya dia akan bercerita jugak dengan saya.

yer..... saya masih mood sedih... dari hari pertama saya dengar tentang berita nie saya sangat sedih n geram. geram sebab dia tak memberitahu saya lebih awal. notisnya pun tak cukup 30 hari. ditambah pula dengan disiplin kedatangannya yang sangat2 menggeramkan saya (n dia tau saya geram). tapi hakikatnya saya sangat sedih... saya terfikir adakah saya akan dapat cari pengganti secekap dia...? mungkin saya terlalu merasa 'manja' dengan keberadaan dia. sehingga saya yang sebenarnya bergantung pada bantuan dia, bukan dia yang bergantung dengan pemantauan saya. sehingga saya merasa risau n sedikit runsing. hm... patah tumbuh. hilang berganti. saya percaya, ada yang mungkin lebih baik dari dia di luar sana. n saya sendiri tak boleh membandingkan penggantinya dengan dia. n saya percaya, ada yang lebih cekap dari dia yang belum lagi saya jumpa.

tapi saper pun pengggantinya, dia tak akan sama dengan bridesmaid saya sebab --> dia selamanya salah sorang BRIDESMAID saya n akan selamanya salah sorang ADIK SAYA...

* all d best dearest sis... :((


(gambar adalah tidak dapat dipublish sebab folder photo saya terlupa nak save dalam portable hard disc saya)

0 comments: