masih dalam mood emosss...
dulu masa me tensen2 pasal baby, me selalu terpikir, adakah me antara yang malang, yang ditakdirkan tak der zuriat sampai akhir hayat? me rasa, sedih jadi me. sampai la me tengok dan dengar cerita tentang kakak biras me yang dah kawin 3 tahun baru dapat n terus berderet2. then terkenang pulak bekas bos me, kawin 10 tahun baru dapat n terus selang setahun, sepasang. me terpikir, agaknya me berapa tahun pulak la... then ditakdirkan my sis pulak ectopic n cause her lost 1 of her saluran. Allahu akbar... sungguhlah Allah dah takdir rezeki setiap orang. macam nabi pernah cakap, jangan selalu tengok saper kat atas kita, tapi selalu2 la tengok saper kat bawah kita. walaupun me dah ada adam waktu tu, tapi me tetap rasa malu sebab pernah sampai lupa nak bersyukur. tengok my sis terlantar atas katil tu buatkan me tersentap, me dengan segala rungut n sedih sebelum tu, tetap Allah bagi rezeki kat me. me jer yang tak sabar.
ada 3 cerita yang me nak cerita. cerita2 nie semuanya cerita lama. means, bukan la me baru tau, cuma me baru nak citer kat blog nie.
1. citer nie me tau masa puasa hari tu tapi kejadiannya lebih kurang awal tahun nie. one of my friend, dia dok n mengajar kat kelantan tapi hubbynya mengajar kat lipis. so selalu la berulang alik kelantan-lipis. satu hari dia suami isteri nak balik ke kelantan dari lipis n accident. hubbynya meninggal n dia sendiri agak parah. me menangis dengar berita dia. tambah sedih bila member me yang bagitau tu cakap, dia tengah pregnant 6 bulan waktu tu. tapi baby tak dapat nak diselamatkan dan rahim dia sendiri kena buang. bayangkan la perasaannya macam mana. memang me menangis tak berenti. even sampai terbawak2 kat mana2 pun bila setiap kali teringat cerita dia. innalillahiwainnailahiraji'un... sekarang me tak tau cerita dia camner... contact memang tak dapat. yang lagi buatkan me sedih, sebab member me tu cakap, lepas accident tu dia down giler, sampai family kena bawak berubat sana sini. tapi beberapa bulan lepas tu dia ok balik.. zahirnya... :(((((
2. citer tentang kawan me kat kedah. dia ketua akaun, hubby dia bisnes sendiri. sekarang tengah pregnant anak ketiga. nak masuk 7 bulan. tapi kesiannya dia, anak sulung dia down syndrome n anak kedua dia cacat anggota. sekali lagi me sedih... sangat2 sedih... dia sampai risau sangat dengan yang ketiga. katanya setakat nie doktor kata normal. tapi dia cakap, anak sulung n kedua dulu pun doktor kata by scan nampak normal jugak... :(((
3. sorang kawan me kat terengganu pulak. dia antara member2 yang kawin paling awal. tapi anak dia baru sorang, 3 tahun. dia dapat anak lepas beberapa tahun kawin. n yang sulung tu sakit, kepala dia membesar, ada air. apa ntah nama penyakit tu. dia ada cakap tapi bahasa saintifik. memang mati hidup balik pun me tak ingat. so now dia dengan hubby terpaksa la ulang alik hospital.. member me nie lecturer yang very d bz (me pun tak tau apa bznya lecturer nie) n hubby dia engineer. tapi bak kat dia, "duit banyak pun semua habis untuk anak..." very true...
Allahu akbar.. Allahu akbar... ini baru cerita kawan2 me, yang me tau... yang me tak tau? n cerita orang yang me tak kenal pulak?
dah! sesi emoss wajib ditamatkan sekarang! syukur! syukur! syukur! jangan jadi manusia tak bersyukur, atie!
*tears for my frenz.. sharing dia broken dreams... n salute for them too, wanna share their toughest heart!

0 comments:
Post a Comment