RSS

cerita lama

*PROLOG*

dua malam lepas, aku mimpikan salah sorang member aku. dua malam berturut2 n mimpi tu sangat jelas. dengan wajah yang mendung, mengendong anaknya yang baru nak masuk setahun. tapi dalam mimpi tu anaknya masih berbedung lagi. mimpi yang pertama aku abaikan. mimpi jer... tapi bila mimpi kali kedua, husband aku suruh aku call member aku tu. "call la... tanya khabar". n semalam, dia, suami n anaknya datang ofis. alhamdulillah, tak ada sebarang khabar yang tak baik. bila aku citerkan mimpi aku tu, dia cuma cakap, "agaknya kak atie mimpi saya sebab 2-3 minggu nie saya n husband asek teringat n sebut nama akak jer..." waahhh... sangat hubungan hati. hahahahaha!

*DULU*

bukan nak mengenang atau membilang. tapi sekadar kenangan. antara kenangan paling manis bersama teman2.

pernah rapat n begitu akrab. pendapatnya penting bagi aku n macam tu jugak pendapat aku penting bagi dia sedangkan sebelum tu dia bukanlah jenis orang yang mudah nak terima pendapat orang (katanya...).

tak pernah berdua tapi kerap kelihatan bersama, walaupun tak la sentiasa. sebab teman2 kami orang yang sama. malah teman2nya automatik menjadi teman2 aku jugak.

sering berkongsi kisah n cerita. berkongsi gundah n ceria. berkongsi marah n gembira. malah hingga sampai pada tahap, hanya memandang, dah tahu apa yang terlintas di fikiran. sama2 ketawa, sama2 mencebik, sama2 buat muka, sama2 senyum sinis. orang keliling? cuma melihat kami tanpa memahami apa yang bermain di fikiran kami.

aku rasa, aku tak la terlalu menjaga dia. tapi, ya, aku tak nafikan, aku memang ambil berat pasal dia. atas dasar kawan2... tambah pulak, rasa terhutang budi sebab dia sendiri selalu ambil berat tentang aku malah tak keterlaluan kalau aku katakan, dia selalu n terlalu menjaga aku.

pernah dia temankan aku yang keseorangan menunggu di ofis pada jam 2.00 pagi, standby sebab sorang teman ditimpa kemalangan. sedangkan aku sendiri tak tau sebab aku di dalam ofis n dia cuma duduk di dalam kereta di luar ofis. sampai kemudian aku terdengar suara2 teman2 aku yang baru balik dari membantu teman yang kemalangan tu bertanya (aku tak tutup pintu ofis so boleh dengar dengan jelas sebarang bunyi kat luar ofis), "apa ko buat dalam kereta sorang2 kat sini?" n aku dengar suara dia menjawab, "atie sorang2 kat ofis tu..."

pernah aku n sorang lagi teman pulak menunggu dalam kereta. waktu tu kami n dia nak bergerak ke satu tempat, ada tugasan. tapi terpaksa berpatah balik ke rumahnya sebab dia tertinggal barang. dia tengah nak membuka pintu rumah dia bila tiba2 dia berpatah balik ke kereta n menghala ke cermin tingkap tempat aku duduk, n 'menulis' perkataan ALLAH dengan jarinya di cermin tingkap tu. kami terpinga2. bila dia dah kembali ke kereta, teman aku bertanya, "naper *** tulis perkataan ALLAH kat cermin tingkap kak atie tadi?" "risau..." jawabnya ringkas.

ada jugak bila sesekali aku bersuara teringin makan itu n ini, dia akan menghantarkannya ke rumah. tak kira la sama ada dia memasaknya sendiri atau membelinya di kedai. sedangkan aku pernah sekali dua jer hantar makanan kat dia. (hahahahaha!)

bila kadang2 kami berselisih paham, memang pelbagai ayat sinis n pedas yang akan aku smskan pada dia. begitu juga dia. tapi sekejap saja, kami akan bermaafan balik. pernah tak sms dia, tak bercakap dengan dia, apatah lagi bertegur sapa. marah punya pasal. bukan nak mencabar ego dia atau pun nak test power. tapi sebab memang aku marah. yang aku ingat hampir seminggu. kemudian, dia sms "err..tolong..boleh tak..err...". marah tetap marah, tapi kawan tetap kawan. mungkin ada yang dia nak mintak tolong, lalu aku balas, "awak ok ke? ada nak mintak tolong apa2 ker?" sms balasan dari dia, "boleh tak... tolong jangan buat macam nie... gaduh sikit2 cukup la... jangan la sampai tak nak bercakap n sms langsung. pelik jer rasanya." aku senyum n kami kembali ok n petang tu aku makan semangkuk laksa hasil air tangan dia.

bila tiba bulan puasa pulak, kami akan duduk bersila menghadap satu sama lain. kadang2 kami je, kadang2 pulak ada teman lain yang join sekali. aktivitinya? mengatur jadual berbuka puasa setiap hari n giliran siapa belanja siapa.

pernah di satu musim hujan. aku, dia, ex-bos n isteri ex-bos nak pergi makan malam di satu tempat. ex-bos, isterinya n dia dah menunggu dalam kereta. cuma aku jer yang tersangkut sebab menyiapkan keje sikit n bila keluar je dari ofis, hujan turun selebat2nya. terharu rasa bila dia keluar dari kereta tu dengan membawa payung. tapi disebabkan tak selesa n tak biasa, aku tega tunggu sampai hujan reda sikit n redah je hujan tu n terus masuk dalam kereta.

dia jugak la yang mencuci bilik air rumah baru mak n abah aku di pahang, waktu mak n abah baru berpindah dari sabah.

dia yang membawa aku n adik aku berhari raya di kampung dia (walaupun tak pergi rumah dia sebab keluarganya beraya di kedah).

dia yang menghantar adik aku mencari keje di rawang.

n dia yang berubah muka bila aku asek suarakan kebimbangan aku waktu tunang aku (yang kini husband aku) kena demam denggi.

waktu aku sms dia beritahu yang aku nak bertunang, dia tak balas sms aku. aku fikir, mungkin dia dah tidur. dalam pukul 3 pagi, aku terima sms dia, "saya sentiasa doakan awak bahagia walau saper pun pilihan awak.."

hari aku bertunang jugak, dia adik beradik n dua orang lagi adik aku yang lain, bertapa di rumah aku dari pagi, membantu pelbagai persiapan. maklum la, keluarga aku tak pernah buat kenduri.

takdir Allah, akhirnya aku n dia sama2 buat persiapan untuk perkahwinan n pernikahan kami.

*SEKARANG*

alhamdulillah... dia bahagia dengan isteri n anaknya n aku pula tersangat2 bahagia dengan suami tercinta sambil menghitung hari untuk melahirkan seorang Adam. sampai sekarang masih berhubung cuma tak lagi serapat dulu. aku baik dengan isterinya n isterinya pun selalu bertanya khabar n memberitakan perkembangan terkini mereka.

*EPILOG*

kalau nak ditulis satu persatu setiap kenangan yang kami dah lalui sama2, memang akan ambil masa lebih dari 1001 malam agaknya. tak semua yang kami kongsi sama2 tu, orang lain pun tahu. mereka cuma tahu apa yang kami ceritakan n cuma nampak apa yang mereka lihat. tapi aku tak nafikan - mereka boleh lihat keakraban kami dengan begitu jelas.

apapun yang kami kongsi, 'rasa' yang satu tu tak pernah kami luahkan dengan jelas. malah memang tak jelas pun di pandangan mata zahir kami masing2. tak tau la saper yang mula2 merasakannya. tapi kami sama2 memilih untuk 'go with d flow' sampai akhirnya dia memilih untuk meluahkan rasa itu 'di hujung' keakraban kami. aku sambut luahan tu dengan luahan jugak, tapi bagi dia masih tak jelas.

kami sepakat untuk putuskan - yang lepas biar lepas, apa pun rasa yang kami peruntukkan untuk satu sama lain sebelum tu, tak kan mampu mengalahkan harga keakraban n persahabatan yang kami bina. bagi kami, tak ada apa untuk dikesalkan. sebaliknya kami bersyukur ditemukan. malah begitu bersyukur kerana kami punya sahabat yang sangat2 baik n pasangan yang sangat2 membahagiakan. bagi kami, kamilah antara manusia2 bertuah yang ditakdirkan Allah untuk memiliki kasih sayang sebegitu rupa.

bagi aku sendiri, banyak yang aku belajar dari perjalanan cerita kami ni. aku telah belajar bahawa bukan mudah mencari teman untuk sentiasa berjalan di sisi kita, sanggup berhenti n menunggu bila kita terhenti, n sanggup menghulur tangan bila kita terjatuh. alhamdulillah, aku temui sorang teman yang begitu.

tapi, perkara paling penting yang aku pelajari, walaupun kita bertemu dengan 1000 orang teman yang begitu, tak kan sama dengan satu-satunya teman yang akan terus berjalan di sisi kita sehingga ke syurga (dengan izinNya...). n bagi aku... dialah SUAMIKU... :)

~ terima kasih wahai Tuhan... atas setiap pertemuan yang Engkau aturkan dan atas setiap perpisahan yang Engkau tetapkan... ~

0 comments: