seumur hidup aku setakat nie, aku dah jumpa 2 orang hamba Allah yang aku kategorikan sebagai si putar alam atau si pembelit. 2 orang nie memang dah aku maktubkan dalam list orang2 yang aku tak nak jumpa lagi. (list tu memang nama 2 nie jer yang ada!). aku jugak harap semoga aku tak kan jumpa lagi orang2 macam tu.
ada baca paper harian metro semalam? atas sebab2 tertentu, tak yah la aku mention title beritanya. tapi apa yang aku nak cakap, aku memang kenal dengan individu yang dimaksudkan n yup(!) dia memang kaki putar alam. aku jugak yakin yang dia memang ada amalkan apa2 amalan yang bertentangan dengan Islam. kenapa? sebab secara logiknya, macam mana dia boleh senang2 jer kaut lebih rm1 juta (aku percaya jumlahnya lebih banyak) dari orang2 yang dia jumpa. pulak tu, setiap orang yang dia jumpa dan pujuk untuk melabur dengan dia tu akan terus serahkan duit kat dia. duit melayang, projek pun tak nampak bayang!
aku ingat lagi macam mana aku boleh kenal dia. walaupun aku n company tak la kena tipu bab duit, tapi dari gaya dia n pengalaman aku berurusan dengan dia, aku memang dah tau yang dia nie penipu. bayangkan, masa tu kitorang ada projek dengan dia. n bila orang tu mintak duit kat dia, dia kata dah bagi kat kitorang. even kadang2 dia mention dah bagi kat AKU! saper tak hangin?? banyak lagi peristiwa2 yang memang buat aku rasa nak tampar jer dia masa tu. tapi walaupun tamparan tangan aku tak kena kat pipi dia, tapi tamparan mulut aku (yang boleh tahan laser kalau dah marah sangat) cukup jugak buat dia terdiam terus waktu tu! memang aku bahasakan dia macam2. dengan orang macam nie memang tak boleh bagi muka. setakat pijak kepala tu macam dah tak ada apa bagi dia.
aku jugak ingat macam mana ayah kepada salah sorang kenalan aku n my buddy dulu datang rumah aku. (masa tu pakcik tu cari dia n rumah dia depan rumah aku). disebabkan kecewa sangat sebab dia tak der kat rumah (tak balik2 berapa minggu dah), aku pelawa pakcik tu rehat kat rumah aku. yelah, penat, datang dari jauh tup2 hasilnya menghampakan. masa tu my buddy pun ada. dia n kenalan kitorang tu kena masuk lokap sebelum tu atas tuduhan menggelapkan wang pelaburan. yang panasnya, dia tuduh kenalan kitorang tu yang songlap duit tu! n yang sedihnya, pakcik tu terpaksa gadaikan tanak dia kat kampung untuk bayar balik duit tu kat tuan punya duit! heee!! hangin betul kalau diingat2kan peristiwa tu.
bukan tu jer. sorang lagi kenalan kat kelantan pun kena kapur jugak. percaya punya pasal (tak pun dah kena jampi2), hamba Allah nie setuju nak join dia approach sorang cina nie, nak suruh melabur kat satu projek nie. cina tu pun bagi duit. last2 habuk projek pun tak der. cina tu pun buat report tapi dia awal2 dah lesap. hamba Allah nie la yang kena masuk lokap! hamba Allah nie pun sebelum tu dah pernah melabur beratus2 ribu kat dia! yang kelakarnya, dalam tempoh polis cari dia tapi tak jumpa tu, rumah sewa dia boleh keluar kat satu magazine nie! pelik betul!
bila aku dengar yang dia nak bukak company baru n invite beberapa orang yang aku kenal rapat untuk join dia, aku terus call member2 aku n bagitau supaya hati2 dengan dia. tapi member2 aku nie tak caya. siap boleh salahkan aku balik. yang bestnya, dia turn table pulak. apa yang aku bagitau tentang citer2 dia yang aku tahu, dia reka citer lain pulak tentang company aku kat member2 aku tu. member2 aku nie pun ntah apa kenanya percaya la bulat2. yang dia pun boleh siap call n sound aku supaya tak masuk campur. tapi aku cakap, "kalau awak kenal somebody yang awak tau memang tak betul n jahat, n kawan awak pulak nak bekerjasama dengan dia, awak akan biarkan jer ker?" terus dia diam. sekarang, bila dah terhantuk, masing2 kalau boleh tak nak aku tau.
bukan nak bangga diri atau nak pulangkan balik paku buah keras kat diorang. tapi nasihat aku, dengar la amaran n nasihat dari orang2 yang dah berpengalaman. bukan sorang dua yang terkena, tapi aku yakin berpuluh2 malah mungkin beratus2. kalau pun tak tipu duit, tipu harta benda. tak pun gunakan nama. tak der faedahnya aku nak mendengki kalau diorang berjaya pun. kawan2 aku jugak. tapi kalau aku bagi amaran tu ada la sebabnya. aku bukan jenis yang suka masuk campur hal orang. lagi2 kalau aku tak kenal orang tu. jangan terlalu excited n tamak. yang penting, hati2.
isk! kalau nak citer n kalau nak dikenang2 memang kisah dia nie boleh buat hikayat seribu satu malam. serius! semoga Allah lindungi aku, keluarga, kawan2 n semua la muslimin n muslimat dari sikap yang sangat hina macam tu. bagi aku memang hina. parasit. meniti atas kesusahan orang lain. ambil kesempatan atas kepercayaan orang pada kita. Allah jer yang dapat membalas segala perbuatan hamba2Nya. hmm...
si putar alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment