alhamdulillah... weekend lepas aku dah pindah rumah baru. tapi serius walaupun dah letak2 barang, bila bercakap kuat sikit tetap bergema. kenapa? sebab rumah tu agak besar sedangkan barang2 aku memang sikit. ada jugak yang cakap, kena tambah barang lagi nie. tapi buat masa nie, me n hubby decide biar la dulu.. bersyukur dengan apa yang ada. tunggu dah pindah rumah sendiri nanti baru la start pikir nak tambah2 barang ker apa ker. cuma sekarang nie kitorang beli yang betul2 penting n memang diperlukan dalam masa terdekat nie jer.masa pindah hari tu pun aku terkejut jugak. aik! tak sampai sejam dah licin dah semua barang.
kalau ikut hati, aku lebih suka rumah setingkat n tak besar sangat. nak uruskan pun senang. lagi2 famili aku tak der la besar sangat. tambah pulak aku nie jenis penakut. mana husband aku pergi, kat situ la aku pergi. tak pun mana aku nak pergi, aku pujuk jugak my husband untuk ikut aku sekali. malam2 memang prohibited buat keje kat bawah. sebabnya PC aku kat tingkat atas. so husband aku pun kena buat keje kat tingkat atas jugak, kat bilik keje tu. siang tak per lagi. my husband layankan jer... :D sebenarnya rumah tu dah lebih kurang 2 tahun kosong. tuan rumahnya kena transfer ker sarawak, bawak famili sekali. sebelum nie ramai yang nak sewa tapi diorang agak keberatan nak sewakan. so ayah dia la yang jaga rumah tu. tapi ayah dia tak duduk situ la, ulang alik dari shah alam. cuma dah jadi rezeki kitorang, bila kitorang tanya, terus diorang setuju. lagipun maybe sebab risau jugak takut rumah tu tinggal lama2 nanti terus jadi sarang budak2 nakal ker. plus, bukan setakat budak2 nakal jer, tapi petempatan makhluk2 selain manusia pulak nanti. isk! sekarang nie tiap2 maghrib memang husband aku akan azan dalam rumah tu. n then lepas solat terus pasang surah al-baqarah. risau jugak benda2 yang kita tak nampak nie... bukan la nak cakap yang diorang nie semua jahat, cuma kena la berhati2. lagipun Rasul dah ajar adab2 masuk rumah kosong, ikut jer la. ada la sebab2nya tu. btw, walaupun rumah nie dah tinggal lama, tapi serius tetap terjaga n waktu nak hand over kat kitorang tu pun tuan rumahnya cat semua balik.
oh ye, rumah baru aku nie still sewa lagi. tinggi sikit dari sewa rumah lama tapi memang sangat murah kalau ditengokkan pada saiz rumahnya. in fact sebenarnya rate rumah tu 900-1000 lebih. tapi rezeki kitorang, harga sewanya dapat murah. bab2 tawar menawar nie memang aku respect dengan my husband. ketenangan n cool dia tu, campur pulak dengan sikap dia yang tegas dalam lembut tu, membuatkan setakat nie, apa yang kitorang decide dalam bajet, semuanya berlaku. alhamdulillah... kalau aku tu, kalau aku nak aku grab jer. bila tak dapat pulak, rungut aku tu tadah satu padang bola pun tak cukup. tapi my husband ayatnya senang jer, 'rezeki tu kat tangan Allah. kalau dah memang hak kita, tetap jadi hak kita jugak....' aku cuma boleh sengih jer bila dah kena tazkirah tu. :D
sebenarnya kitorang pindah rumah baru nie sebab sekarang parents aku dah duduk sekali dengan aku. in fact, me n hubby dah pujuk my parents duduk sekali dengan kitorang nie dari abah aku start bersara lagi. tapi waktu tu abah aku ada macam2 perancangan, so as my mum. tapi alhamdulillah... at last diorang agree. so sekarang aku tak perlu risau2 lagi pikirkan kesihatan diorang n tak pening2 lagi pikirkan our Adam nanti. nakal jer, biar opah n atuk dia cubitkan. lagipun bagi aku, kalau jadi apa2 pun (na'uzubillahiminzalik) biar la kat tangan famili sendiri dari kat tangan orang lain. bila baca paper, macam2 pulak berita tentang nasib baby kat tangan pengasuh nie. sampai aku dah terpikir nak quit. buat keje dari rumah jer. my hubby pulak on jer. cuma bila kitorang pikir balik tentang tuntutan kos sara hidup zaman sekarang nie, terpaksa la idea tu ditarik balik untuk sementara waktu. sekarang nie, alhamdulillah... Allah dah bagi jalan n dah mudahkan urusan. syukur...
so, nanti la tunggu aku buat house warming kalau nak datang rumah yer. agak2 larat, maybe buat sebelum bersalin nie. tapi kalau agak2 tak larat, buat lepas bersalin jer la nanti.
rumah baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment